"Eh, Mat. Ngko kenapa. Tak bermaya jer nie". Entah dari mana. Tiba-tiba saja awek suka kucing muncul. Meluru masuk bilik aku. Wajahnya nampak cemas.
"Aku tak berapa sehat la. Lagipun anak aku pun tak sehat. Kena tahad wad. Itu buat aku lagi tak sehat tu"
"Laa... kenapa tak amik mc jer"
"Semalam dah amik cuti pun. Nak amik mc, malas lak nak ke klinik"
"Cheh. Kamu takut doktor yer. Haha. Ngko kan takut makan ubat" gelak awek suka kucing. Wajah simpati di awal tadi dah hilang. Mengekeh-ngekeh dia gelak.
"Dah besar panjang pun takut makan ubat lagi" sambung awek suka kucing selepas gelak terakhirnya sambil tinggalkan bilik aku.
2 ulasan:
hehehe...takpe takpe...kita satu geng la bro...
shasha:
heheh
Catat Ulasan