Isnin, November 09, 2009

Salam Sayang Untuk Mama Husna II

Maafkan ayah.
Tidak tinggalkan bekal makan yang cukup dalam peti ais di rumah itu.

Sibuk ayah.
Mencari meggi hanya untuk mengisi tembolok ayah di sini.

Lupa dan leka.
Memikirkan untuk kalian berdua. Cukupkah makan minum di sana.

Dengan sedikit wang belanja yang ditinggalkan itu.
Makan dan minumlah. Semahunya.
Carilah. Yang berkhasiat penuh manfaat.

Moga dengan keberkatan dan perlindungan dari-Nya.
Cukup untuk mengenyangkan.
Dapat menyenangkan segala urusan.

5 ulasan:

shasha berkata...

aminnn..semoga mama husna dan husna sihat2 saje ye bro..

. berkata...

Takpe.
Rumah atuk dekat.
Hehe.

tasuke berkata...

hai baru berapa hari....sejuk2 tokyo kot bikin api dalam dada membara mengenang si dia...hahaha

Layla Haq berkata...

Nak nangis pula yang di sini. Wah, kalah saya begini.

Ili Khalil berkata...

adoi. bestnya.