Selasa, Mac 03, 2009

Salam Buat Semua

Dah lama tak menulis. 2 bulan lamanya. Yang bersalin pun dah abis berpantang. Pokok cili pun kalau ditanam dah berbuah. Apatah lagi semak dan lalang.

Hampir-hampir aku terlupa password ke blog nie (aku tak pasti nama awek ketiga aku Milah atau Minah, nasib leh reset) . Perjalanan blog ini dah tak seperti dulu, yang kini umpama

1. Hidup segan mati tak mahu
2. Telur dihujung tanduk
3. Nyawa-nyawa ikan
4. Sepandai-pandai tupai melompat
5. Ku sangka panas hingga ke petang
6. Diluah mati bapak, ditelan mati emak

Kadang-kadang nak saja ditinggalkan dunia blog ini. Yang seringkali menuntut aku berkorban masa untuknya. Kadang-kadang tuntutannya mengganggu kehidupan aku. Tapi tanpa blog ini, ia sebenarnya lebih mengganggu. Fikiran dan perasaan. Manusia (yang malu dan pendiam)perlukan medium untuk bersuara.

Aku tak berhasrat untuk berhenti. Walau letih jari menari. Cuma lenggoknya mungkin perlahan. Harap tiada yang sumbang.

Salam buat semua. Jumpa kamu lagi nanti. Aku tak berjanji. Cuma ingin sekali terus berceloteh disini.


Khabar terkini. Baby Husna dah berusia 3 bulan. Keletahnya menyenangkan. Senyumannya mendamaikan. Wajahnya menenangkan fikiran. Jelas perwatakan yang diwarisi dari awek che'gu.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Welcome back. Jom ziarah kawan kita kat Puncak Alam.

hayad berkata...

wah, cpt ms berlalu.

tak kesah la jrg updet, jnji tak berhenti.

letak la gambo baby husna.

Aku Bukan Bidadari berkata...

wah..rindu sama kamu, hi hi hi

selamat menjadi ayah ya,,tahniah sekali lagi

achik berkata...

lamanya menghilang..
duk ralit layan baby husna ek.. :)

ida napi berkata...

sesama join awek chegu berpantang eh? terlalu bahagia dgn kehadiran orang baru, silap2 thn dpn tambah lagi satu..heheheehehe

selamat kembali...

Tanpa Nama berkata...

Tak apa la.. Update tak update, tak penting.. Kalu tak da keje, update la.. Ok?? Huhu..

Pentingkan yang penting dulu..

shasha berkata...

ohh...thank god u r back bro..cepat2 update lagi..hehehe

Tanpa Nama berkata...

en kemat welcome back. lama sangat senyap. apepun moga semuanya baik² aje. gambar terbaru husna takde ke?

amrarfazmn berkata...

dengar cerita mencarik nikon d60?
aku ade satu nak tolak..

ade minat? ;)

Kemat berkata...

amirmyself:
aisseh bro..baru angkat daa...