Awek che'gu sebagai Menteri Kewangan mengumumkan Bajet Mini kami yang terbaru. Selari dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua oleh Kerajaan (tapi aku rasa ia lebih selari dengan karnival jualan murah GP yang sedang berlangsung sekarang).
Tema bajet mini kami "Bajet Kasih Sayang". Ini berdasarkan sebahagian besar peruntukan disalurkan untuk si kecil comel Nur Azalea Husna. Kalau boleh, kami tak ingin terlalu limpahkan puteri itu dengan kemewahan harta benda (dimaksudkan di sini ialah barang permainan, pakaian dan juga peralatan bayi yang lain seperti stroller, baby coat, playgym, car seat dsb). Namun lumrah, dia anak pertama. Sebagai pengguna pertama dia akan perolehi yang baru belaka (aku anak kedua tiba-tiba terasa iri hati ngan abang selepas baca kenyataan ini..heheh)
"PM.... macam mana.. ok tak" tanya awek che'gu mohon sokongan.
Err.. yang mana satu. Aku nak jadi Perdana Menteri atau Papa Mithali (meminjam kata-kata Jonos).

6 ulasan:
saya sokong!!
tetiba aku menyampuk. heheh. tak payah jadi Perdana Menteri, jadi Papa Mithali pun dah cukup. :)
ekekek kitaorg pun ada bajet gak.. mmg ukt si kecik jer yg byk..rezeki dia
salam...
sokong2... jika sesorang itu dilimpahi dgn harta benda, adakah masa depan dia leh cerah? (tertanya2)
hohoho...kalo abg kemat dan awek che'gu tak manjakan pun...atuk2 dan nenek2...serta mak2 sedara yg take over...huhuhu...kan selalu camtu
bajet husna kena kasi lebih. bajet papa n mama kena kurang. he he.
.
lepas ada anak.. sumer bajet akan disalurkan pada anak lah.. lumrah beb.. :P
iyakan aje lahhh.. :P
Catat Ulasan