Isnin, Jun 09, 2008

MARAH (yang tertangguh atau yang tak bersungguh)

Sepatutnya aku gembira untuk bercuti sambil berjalan-jalan dan menghadiri kenduri kawen member opis kat Kelantan. Entah macam mana, minyak boleh naik sampai 8 kupang malam tu. Nak tak nak, aku pergi gak beratur ramai-ramai kat stesyen minyak. Macam pesta.

Dekat 45 lima minit baru dapat isi. Sepatutnya aku bersyukur, masih boleh isi harga lama. Tapi hati aku tak berhenti-henti menyumpah. Oh. Aku juga berkongsi kutukan itu dengan kawan-kawan secara lintas langsung menerusi telefon jua sms sambil tunggu turn nak tuang minyak.

Malam tu gak, dalam kereta, radio dah bukak topik penjimatan minyak. Entah sapa ntah. Bagi idea, untuk ubah cara hidup. Kurangkan perjalanan.

Kalau ikut nasihat dia, aku kensel pergi kenduri member aku kat Kelantan (yelah, sebelah pompuan aku dah pergi dah)

Kalau ikut nasihat dia, aku kensel plan nak balik kg awek che’gu kat Mentakab (yelah...raya nanti leh balik lagi)

Kalau ikut nasihat dia, aku kensel plan nak balik umah mentua dah umah mak aku hari Ahad lepas (yelah. minggu lepas dah balik dah)

Tapi, aku degil. Aku tak layan nasihat dia. Aku pegang janji pada awek che’gu nak bawak dia berjalan-jalan cuti sekolah baru-baru nie. Lagipun dah 11 kali aku bagitau member opis aku akan sampai kenduri kawen dia.

Pagi Khamis tu. Aku bagitau awek che’gu. Sebelum memulakan perjalanan. Sebolehnya, aku inginkan perjalanan yang selamat dan penuh keriangan. Tiada kerisauan tentang harga minyak yang perlu dibelanjakan.

“Memang benarlah kita ini orang marhaen sahaja. Pasti terasa bila segalanya naik. Tapi perjalanan ini untuk meraikan kawan. Juga ambil peluang jalan-jalan rehatkan fikiran. Untuk menziarahi keluarga di kampung. Bertanya khabar menerusi telefon tak mampu hilangkan rindu yang sekian lama tersimpan. Ada yang lebih bernilai tapi kadang-kadang kita lupa untuk menilai”

Sebenarnya, aku malas dah nak tulis citer pasal minyak nie. Hampir semua blog citer sama. Tak ader yang tulis pasal Mawi atau CT. Tiba-tiba ada orang YM aku tanya kenapa tak update blog. Citer pasal minyak nie. Atau aku tak marah dengan kenaikan harga minyak nie.

Lambat benar aku ceritakan kat sini. Mungkin dah ada yang terbiasa isi minyak seliter dua ringgit tujuh kupang. Dah tak hairan lagi.

Marah aku macam tak bersungguh. Sekadar melepas geram sesama sendiri di kedai kopi. Atau sebenarnya marah aku tertangguh (aku isi minyak guna kad kredit, dah dapat bil nanti baru nak melompat lagi kot).

Nantilah. Ada kesempatan aku ceritakan kisah kembara aku ke negeri cik siti wan kembang. Ia tentu lebih menarik dari kisah minyak yang naik tak sudah.

9 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Asalnya saya pun tak mau cerita pasal minyak naik ni. Konon nak buat dek aja. Tapi perasaan marah, tak boleh dikawal-kawal lagi bila harga barangan lain turut menaik.

Lepas tu pak2 menteri suruh ubah gaya hidup pulak. Lagi la saya naik minyak. Aiseh...

Alahai.

kingbinjai berkata...

betul betul aku setuju

adie berkata...

tunggu la hujung bulan nie, psti ramai yang naik minyak.huhu..

Tok Rimau berkata...

Lipan,
Selepas tolak masa menunggu dan minyak yg terbakar ketika menunggu, berapa penjimatan dibuat?

Cik Keju berkata...

ubah gaya hidup:
simpan keta. pi keje naik beskal.

itu kot gaya hidup yg diorg suruh ubah. sesuka ati je!

Ted berkata...

cepat2 update cerita yang menarek lagi dr cerita minyak.

bagi saya, isu minyak itu biasa2 sahaja.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik aku kaya.haha.

Kemat berkata...

waterlily:
kalau kita juga naik minyak, makin bertambah-tambah la kenaikan tu,

king:
wop

penyubiru:
mengamuk lagi la nanti

tok rimau:
ikut ilmu hisab untung ada la dlm 20. ikut ilmu ekonomi mungkin 10 jer kot (tolak masa menunggu)

cikin:
kamu berubah tak

ted:
ya..cerita baru sudah mari

neeziee:
ko keje bendahari kan, kasi transfer duit kat account aku cikit

p.e.e.p.a berkata...

'..Ada yang lebih bernilai tapi kadang-kadang kita lupa untuk menilai'

sungguh =)