Selasa, Jun 03, 2008

Ini Bukan Cerita Pasal Tali Pinggang Keledar

“Kita jumpa jam 12 kat gerai cendol luar simpang tu” ada sorang buat keputusan. Dia umpama ketua antara kami.

“Tak awal sangat ker. Pengantin jam 1 baru sampai” tanya yang lain pula.

“Ok ler tu. Korang semua kalau cakap jam 1, kul 2 baru masing-masing nampak batang hidung” kata dia yang seumpama ketua antara kami.

“Oo.. kira pukul 1 la nie” kata aku mengakhiri perbualan.

Dulu. Masa bujang. Kalau kami ingin ke majlis kenduri kahwin kawan-kawan, pasti kami bergerak secara rombongan. Jarang-jarang pergi kenduri sorang-sorang. Masa mula-mula kerja, kebanyakannya masih menggunakan motor lagi. Antara harta yang diwarisi dari zaman bergelar siswa universiti. Kami akan berkumpul kat mana-mana tempat yang senang dalam jarak 1 km dari rumah kenduri. Orang bujang macam kami (dulu la..) cukup seronok pergi kenduri kahwin nie. Selain dapat makan free, ada peluang tengok anak dara melaram. Masing-masing sibuk cari jodoh kat sini. Tapi strategi datang ramai-ramai tak membantu sebenarnya. Yelah...bila bunga hanya sekuntum, kumbang pula berekor-ekor.

Bila dah ada yang berkereta. Status kami pun dah up sikit. Tak main la merempit. Mengamalkan seruan Kerajaan untuk berkongsi kereta, kami naik ramai-ramai. Kancil kadang-kadang pun boleh muat sampai 6 orang. Lagipun kami masing-masing tengah berjimat cermat nak kumpul duit hantaran. Mana tahan asyik tengok member jer kat atas pelamin. Minyak dan tol semua kena bayar kongsi-kongsi.

Bila naik kereta ramai-ramai, aku paling suka duduk kat belakang (kecuali kereta aku punya sendiri la). Kalau dok depan jadi co-pilot, kamu akan dipertanggungjawabkan membaca peta mencari jalan. Kalau tersalah lorong tersilap jalan, pedaslah kena kutuk dengan penumpang-penumpang lain (pelik pulak, driver jarang-jarang marah, mungkin kene beri tumpuan pada pemanduan). Juga yang aku tak suka duduk depan kena pakai tali pinggang keledar. Memanglah untuk keselamatan. Tapi anak muda bujang tak rasa cool jika duduk dalam kereta elok-elok pakai tali pinggang keledar.

Sekarang. Kamu naik depan atau belakang. Kena pakai tali pinggang keledar juga. Tak percaya. Baca kat sini. Juga sini. Kat sini pun ada.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku seorang co-pilot yg berhemat kerana aku suka pakai tali pinggang keledar. heheheh..

jagoan berkata...

naik teksi kalau dok nelakang kena pakai tak?

akirasuri berkata...

Huhu..

Nasib baek dorang tak arahkan penumpang wajib pakai helmet sekalikan..?
Mesti nampak macam astronot di daratan je semua kan :))

13may berkata...

hehhe hehhe

Aku Bukan Bidadari berkata...

pakai tali pinggang pun..kalo bawa mcm lipas kudung sama gak kan kan kan?? patutnya sumer keta hadkan kelajuan smpai 80 jer.. tekan minyak smpai abih pun x leh pi laju

Layla Haq berkata...

Kalau dah 4 org duk belakang, camne ek nak pakai tali pinggang keledar.

Saya tak suka g kenduri kawen!

sinaganaga berkata...

Kena pakai 2 talipinggang. 1 talipinggang keledar. 1 talipinggang seluar.

Mak Su berkata...

skrg lg kerap ler berpoolcar ya

Tanpa Nama berkata...

pakai seatbelt tu baik utk kesihatan.hehe..

Aku Comel berkata...

tali pinggang menyelamatkan adik saya dari terhentam teruk masa kemalangan..

tali pinggan dan air-bag menyelamatkan kawan saya yang sedang 7 bulan sarat mengandung(tapi masih lagi memandu sebab husband dia away outstation) ketika kemalangan bersiri (7 kereta)...

jadi pakai lah tali pinggan keledar utk keselamatan anda..hehe

rupiah berkata...

Ni bukan komen tali pinggang tapi nak komen entry yg lepas...
Dah setahun ke? biar betul.. baru lagi tengok kad jemputan kemat dalam blog ni. masih ternampak gambar kaki bersetokin hitam berseluar putih mula nak melangkah turun tangga.
Masa berlalu begitu pantas, baru isi minyak RM10 naik setakuk, dah plak tak berapa jelas naiknya.. takuk E ke atas skit E ke..

CikguZue berkata...

ini cerita kenduri kendara la ni,yea...

tapi saya nak cerita ttg seat belt jugak. kat UK ni, undang2 penumpang seat belakang kena pakai tali pinggang ni dah lama digunapakai, dan sungguh ketat penguatkuasaannye.

Ted berkata...

iyup, berkuatkuasa 1 Jan 2009.

saya selalu melihat didalam cerita ceriti filem mat salleh atau korea atau jepun, kalau mama atau papanya memandu, anaknya pakai seatbelt di belakang. Walaupun tempat duduk hadapan kosong, tetap juga diletak dibelakang. Ianya bagus.

shasha berkata...

musim org kawin..ahakss..bila accident ari tuh..sgt bersyukur sbb tak penah lupa seat belt bila naik kete...

kingbinjai berkata...

dulu aku suka pakai tali pinggang keledar tu, tapi skang aku tak suka. napa ntah. mungkin kerana kerajaan suruh kot!

Kemat berkata...

cikin:
bagus...bagus.. baik budak cikin nie

ah tok:
kena la...

akirasuri:
merasa gak cam angkasawan

13 may:
:)

tiara:
kesian la yg beli subaru impreza tu, setakat kancil pun leh layan

bayan:
tapi bila dijemput kene pergi tau

naga:
pompuan sama gak ker

maksu:
aha

aku chomel:
banyak pengajaran bagi yang pernah alami

penyubiru:
sehat buah pinggang ek..hehe

makcik anne:
cepat masa berlalu kan

cikgu zue:
berkesan tak

ted:
kita tgk ramai tak ikut peraturan nie

shasha:
ingatlah orang tersayang

kingbinjai:
:)

p.e.e.p.a berkata...

xmau pakai tali pinggang kat blakang..