Isnin, Jun 02, 2008

Anniversary

"Terima kasih" Kata awek Che’gu. SMS aku awal pagi tadi romantik sekali. Walau ada tersalah tulis, tapi tak mengapa. Ia cukup bererti.

Aku. Diam seketika. Memikirkan semula kata-kata indah yang aku susun dalam SMS pagi tadi.

Tak mungkin tersalah hantar. Hanya dia seorang sahaja, yang teristimewa dalam hidupku.

"Err.. silap kat mana ek"

"Sepatutnya ulang tahun perkahwinan. Bukan kelahiran"

Ooh... mesti salah tekan butang kekunci pada henset nie. Dah setahun kahwin, tapi pagi tadi perasaan berdebar ketika berjabat tangan di majlis akad nikah masih terasa.

* Hari ini. 2 Jun 2008. Ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Baru teringat album kahwin tak siap-siap lagi. Semua gambar masih dalam bentuk soft copy sama ada dalam cd atau kat pc. Bila entah nak print semua nie.

16 ulasan:

Acaii Jawe berkata...

hehehe, cam best je bila baca entry ni..:) kekadang setahun tu macam sekejab je..masih ingat dengan jelas time akad nikah kan?hehee..ceewahh..ckp mcm dah kahwin je,hahaa

Tanpa Nama berkata...

slamat ulangthun perkahwinan =)
akad nikah paling indah kan? bagi sy, kehangatan tgn suami masa fes time bersalaman tu masih terasa hingga skrg =)

Ted berkata...

selamat ulangtahun bro..hope u happy, bila nak tambah family?hehe

ns berkata...

Tahniah..Selamat Ulangthun Perkahwinan. Berseri2 lagi dgn kehadiran org baru..:)Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.

Qaseh Bidadari berkata...

selamat ulang tahun perkahwinan ya!

semoga akan kekal sampai bila2..

Cik Keju berkata...

hepi anniveseri en kemat...
moga kekal bahagia ke akhir hayat..

Aku Comel berkata...

it takes 2 special people,
to make a loving pair.
may it be forever,
the love that you share.

happy anniversary...(^_^)

Intan and The Boys berkata...

HaPpY AnNiVeRsArY KeMaT!!!

:)

achik berkata...

Happy Anniversary :)

Dong_Sanchai berkata...

wah cepat jer dah setahun.. tahniahh

Kemat berkata...

acai:
aha..sekejap jer rasa setahun tu

peepa:
kenangan terindah

ted:
dlm proses bro

gdiz:
terima kasih

mamaranggie:
thanks mama

cikin:
:)

aku comel:
nice poem, thanks

puterikure2:
tima kasih

achik:
tima kasih banyak2

sanchai:
lepas nie akmu pula selebret..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!!
Semoga Ulangtahun ke-10, ke-20 dan seterusnya masih ditulis di sini..

antalya berkata...

happy anniversary buat en.kemat n isteri tercinta.mcm baru je mkn nasik minyak sedap kenduri kawen korang aritu :-).puji ikhlas ni tau

hayad berkata...

gambo konvo saya pun dah 2 tahun dah g anto print lg.

*oh ya, konvo adalah antara anniversary yg sy sambut setakat hari ini,haha

akirasuri berkata...

Woah!

Hepi enibeseri incet kemat dan zaujah..
Moga jodoh dipanjangkan hingga ke syurga..

Amin.. :)

Kemat berkata...

neeziee:
utk menulis kisah ulang tahun ke10, ke20 disini macam tinggijer harapannya..entahkan ada lagi tidak blog liepan nie

yun:
nnti ada kenduri adik saya, saya jemput lagi

hayad:
gambar konvo saya yg amik kat studio rasanya dah kene lelong ngan kedai tu..dah bertahun tak amik

akirasuri:
terima kasih