Isnin, Jun 30, 2008

Kemat : Fobia Exam

Aku memang fobia dengan exam. Dengar pasal exam jer boleh buat aku demam. Kadang-kadang panik tak tentu arah. Bukan budak darjah enam yang nak amik UPSR jer rasa cuak, aku yang dah berusia nie pun hati cepat gelisah.

Ada masa yang tertentu, aku teruja pula untuk exam. Tak sabar-sabar. Sebab aku dah bersedia atau sebenarnya cuma nak hilangkan rasa resah gelisah dari dalam diri ini. Lagi cepat exam lagi cepat untuk lupakan segala rasa tak tentu arah ini.

Exam kadang-kadang macam dejavu dalam hidup aku. Macam-macam bermain dalam kepala. Nak buat persediaan awal. Bangun baca buku awal pagi. Moga senang nak faham dan hafal apa yang perlu. Tapi bab nak laksanakan itu yang susah.

Aku memang dah terbiasa study last minute. Konon-kononnya ada thrill. Tapi bila dah exam, menyesal lak itu tak baca ini tak ulangkaji lagi. Rezeki baik, kadang-kadang trick study last minute menjadi tapi itu yang buat aku lupa diri. Masa depan ulang lagi tabiat study last minute nie. Setiap kali nak exam semangat baru akan muncul dan penyesalan tak mengikuti perancangan semangat baru akan timbul di akhirnya.

Oh ya. Adik-adik yang masih belajar, jangan dicontohi tabiat buruk ini. Don’t practice this at home. (Haha, macam ketam ajar anaknya berjalan, ada hati nak nasihatkan orang)

Usaha, doa dan tawakkal. Moga aku berjaya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah malas dah nak ambik apa apa exam, bukan fobia tapi malas.

Tapi masih ada satu lagi exam yang tak pass pass dari dulu lagi. PTK.

tasekM berkata...

aku ni lagi penyakit... tak ready, gabra... dah ready pun gabra..

rasa jantung nak tercabut selagi tak exam... ades....

kurang daya ketahanan diri gamaknya nih....

Tanpa Nama berkata...

semoga berjaya encik kemat!

*aku pun dah lama x exam. last exam SPA utk gred 41. huhuhu..

Amyz! berkata...

sebagai seorang student, saya juga menyarankan kepada adik-adik agar tidak study last minute juga. walaupun saya pun demikian rupa.

Haha.

Intan and The Boys berkata...

sama la ngan kite kemat. tak suka exammm!!!!!!!

erggghhhhhhhh!!!!!!!!!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Studi minit-minit terakhirlah baru menduga intelektual kita dude. Hehehe!

achik berkata...

saya tiap2 awal sem, kunun2 nak study awal.. tapi last2 study last minute gak.. ;p

Brader Black berkata...

Mau amek exam naek pangkat ke?
Slamat!

CikguZue berkata...

itula biasanye.
adik saya tu ada yg sampai demam2 tiap kali ambik exam. Upsr demam, PMR demam sampaila masuk U pun demam. alhamdulillah habis jugak....walaupun dia dah study dr awal. entah berjangkit dgn sapa, tak tahu la..

Kemat berkata...

mazudi:
aku baru nak amik nie

tasik merah:
sama lah kita

cikin:
teriama kasih

amyz:
ramai satu tabiat rupanya

puterikure2:
haha

jowopinter:
betul dude

achik:
azam separuh jalan hhee

sikachak:
tak nak naik pangkat, nak gaji jer

cikguzue:
cikgu leh kasi petua nak hilang gemuruh exam tak