Selasa, Julai 01, 2008

Exam: Percaya Pada Angin

Aku yang separa kutu dekat U dulu sering jugalah ponteng kuliah. Dah macam jadi satu keperluan. Untuk menjadi kutu. Mesti kena ponteng kuliah. Tiru assignment. Buat kacau dalam kuliah. Lagipun kami budak kelas engineering memang kena jadi kutu. Kalau mahu jadi budak baik, 'nerd' jadilah student Law atau Business.

Untuk ponteng, kamu kena bijak. Sekurang-kurangnya ada sorang rakan yang baik sikit untuk tolong tanda kehadiran kamu. Benarlah kata orang, hidup ini simbiosis. Esoknya giliran kamu untuk tolong dia ponteng pula.

Kalau dah selalu ponteng, memang susah sikitlah nak follow aper yang lecturer ajar. Masuk kuliah pun nganga jer. Selain dok usha awek-awek cun, aku selalu gunakan masa tu untuk siapkan assignment bagi kuliah seterusnya.

Kadang-kadang, lecturer bijak jugak (lecturer memang bijak sebenarnya). Bila tengok kelas separuh penuh, masa tulah tiba-tiba dia buat kuiz. Saper-saper yang tak datang tu, kurang la markah akhir semesternya nanti.

Ada sekali, untuk subjek Bengkel Kejuruteraan (apatah nama betul course nie, lupa dah) lecturer bagi tips pasal exam. Tapi kawan-kawan aku baik sekali. Mereka sedia berkongsi dengan kutu dan separa kutu macam kami yang selalu ponteng kelas nie.

Malam sebelum exam tu, kami buat soalan tahun lepas. Macam yang dipesan oleh lecturer. Yang kami dengar dari kawan-kawan. Seperti yang disampaikan oleh kawan atas kawan atas kawan. "Soalan tahun nie sama jer ngan soalan tahun lepas"

Pagi tu, aku rasa gembira sekali nak exam. Tak macam selalu. Rasa yakin dan penuh semangat. Sambil-sambil lepak kat luar dewan exam sebelum dibenarkan masuk, kami sibuk dok ulang jawapan pada soalan tahun lepas. Superb. Semua boleh ingat. Memang A lah subjek nie.

Tiba-tiba ade awek tegur. “Eh, camner ko tahu soalan yang nak keluar nie Mat. Tak bagitau aku pun” tanya Mas, awek yang tegur aku tu.

“Kitaorang yang ponteng nie pun tahu lecturer guna soalan tahun lepas. Kan ker kau jugak yang kasi soalan tu kat aku”

”Bila pulak lecturer cakap macam tu. Dia bagitau format soalan macam tahun-tahun lepas. Patut la ko beriya-iya mintak aku pinjamkan soalan tahun lepas. Apa pun good luck lah”

Kami terlopong mendengar penjelasan Mas. Dari sebelum masuk dewan sehinggalah keluar dewan.

”Chess... kena repeat balik la nie tahun depan”


Moral:

1. Jangan percaya pada khabar angin. Cerita yang disampaikan pada kamu dari mulut ke mulut.

2. Jangan ponteng kelas.

Nota:

1. Aku tak layak jadi kutu sepenuhnya sebab tak der motor. Selalu jadi pembonceng jer.

2. Aku belajar di U tempatan di Lembah Kelang. Tapi aku bukan budak Uniten tau.

10 ulasan:

Cinta berkata...

ape kaitan ngan budak UNITEN neh? tak paham paham

puterikurekure berkata...

hehehe...

cian la korang masa tuu.......beria2 dok hafal Q&A.

ida berkata...

ya ya lecturer mmg bijak. Hahahaha...

Penoreh Getah berkata...

dkt u terdahulu aku sebagai student engine memang selalu ponteng.. akhirnya aku dpt G1..

u kemudian aku jarang2 sekali ponteng kelas.. alhamdulillah selesai

cikin berkata...

erk.. aku pon separa kutu mcm ko kemat. tp aku tak usha awek cun. aku usha mamat hensem je. hahahaha..

kemat berkata...

cinta:
entah..cuma tak nak dikaitkan dgn UNITEN (hehe)

puterikure2:
tu la sapa suruh ponteng

ida:
macam kamu kan

penoreh getah:
G1 tu aper, dah lamer tinggal U

cikin:
kira kamu awek separa kutu la...hehe

Penoreh Getah berkata...

G1 = terus gagal semester pertama rayuan tidak dibenarkan..:D

cikin berkata...

hahahaha.. aku dah tau naper ko mengelak untuk dikaitkan dgn UNITEN. hahahah..

kemat berkata...

penoreh getah:
oho

cikin:
hehe

Acik Aminbakish berkata...

tak tahan tu... siap bagitau bukan budak UNITEN hak hak hak...

Oit exam pe skrg, PTK? lambat lagikan???