Khamis, Julai 10, 2008

Exam: Tamat


Aku terasa nak melompat sebaik keluar dari bilik exam. Bukan sebab aku yakin akan berjaya dengan cemerlang, tapi yang lebih penting terasa satu beban besar telah aku buang. Tiada lagi perkara yang mampu mengganggu lena tidurku. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

Memang aku tak banyak menumpukan masa dan usaha untuk belajar sepenuhnya (ayat-ayat selamat jika ditanya kenapa tak dapat markah 100. Rasanya kali terakhir aku exam dapat markah 100 masa sekolah rendah kot). Walupun begitu exam memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupan aku sebelum nie. Jiwa rasa tak tenteram. Asyik teringat akan exam tapi kesibukan antara tugasan di pejabat, dan juga keperluan sosial untuk berfoya2 juga berblog menyukarkan aku membahagikan masa sebaiknya.

Rumah aku, diri aku, kehidupan aku, segalanya serba tak terurus sepanjang aku nak melalui exam ini. Kesian awek che'gu. Dia terpaksa sama-sama merasai kacaunya jiwa aku menunggu hari exam itu.
Sekarang. Exam dah tamat. Lupakan pasal exam. Biarlah aku senyum untuk hari ini.

Nota: Semalam aku layan Sepi ngan awek che’gu kat GSC 1 Utama. 4 bintang.
Moral: Hargailah setiap insan yang ada dan hadir dalam hidup kita.

"Bulan..... jangan biar siang, biarlah alam terus kelam...sepi seperti diriku"


Kredit: Terima kasih pada kamu, kawan-kawan yang memberi sokongan dan turut mendoakan.

12 ulasan:

skidg8 berkata...

legalah kemat...apepun, mudah2an lulus cemerlang:)

sy pulak tak lega. nak perabihkan lagi 10 minggu ni...

doakan sy berjaya yer...

Mr PenyuBiru berkata...

tahniah! dah abis exam. apa lagi kita enjoy la!

GDIZ berkata...

aisehh, enci kemat pun layan sepi juga ek, igtkan layan teater jer, ;p.

syoknya dah bole ambik ptk, SPA ni bila nk kuarkan surat pengesahan ns niiiii..;(

ah tok berkata...

Pergh, sikit punya struggle preapare nak exam. Botol kicap, botol sos segala pun ada di sisi. Hehe..

Peace,

Gua pun nak layan sepi lah...

Si kachak berkata...

Perghh!
Gile ah ko bang.
Abes exam je tros layan jiwang.

I Likee! ha ha.

Papehal pon, smoga cemerlang la result tu.

antalya berkata...

alhamdulillah.moga lulus dgn cemerlang ye.
hihi sure incik kemat nangis tgk citer sepi tu kan :-P

cikin berkata...

perghh...siap berkubang ngan buku² ye. jemput² la kemas balik ye. ekekekek. exam dah lepas, doa je banyak².

Sepi? erm, tak tengok pun. aku biarkan incik iteww layan sepi sendiri. ekekekek..

tasikmerah berkata...

ya ampun... sungguh tonggang terbalik... sian awek cekgu... :)

kemat berkata...

skidg8:
semoga berjaya

penyubiru:
aha..kita enjoy...

gdiz:
kena rajin follow up..jgn tunggu jer

sepi berbalai gi tgk

ahtok:
hehe

sikachak:
release beb,,,

antalya:
nangis..syyyy...jgnbgtau orang..hehe

cikin:
apalagi call incik iteww lah

tasik merah:
haha

Tanpa Nama berkata...

wei,kau amik exam apa? Exam PE ker? Ke PTK? -DAYAT-

Amy Z! berkata...

awww.. sweetnya gambar tu.. :)

kemat berkata...

DAYAT:
exam naik pangkat + gaji

amyz:
gambar kaki kamu juga sweet..auuchhh