Rabu, Januari 02, 2008

Azam & Mimpi

3 hari kami berkampung. Membincangkan pencapaian 2007. Dan sasaran kerja 2008. Sabtu tengah hari. Baru dapat dibuat rumusan. Tentang segala yang dibincangkan.

Lega. Selesai satu perkara. Kecewa. Tugasan ini meragut peluang aku untuk hadir dan beramah mesra di majlis perhimpunan hala GEJU. Macam Lebai Malang, aku sampai tika mereka sibuk berkemas mahu pulang.

Sasaran pencapaian ofis telah sama-sama kami bentukkan. Selepas ini, sama-sama bekerja ke arah matlamat yang digariskan. Berjaya aatau tidak, penghujung 2008 akan membongkarkan.

“Kamu. Dah ada azam baru. Untuk 2008” Tanya salah seorang dari mereka. Soalan tipikal di penghujung & permulaan tahun.


Aku Cuma senyum. Tiada jawapan. Kerana dalam fikiran sendiri bermain seribu pertanyaan. Kebelakangan ini, terlalu sibuk untuk berfikir tentang nasib diri sendiri. Apakah keutamaan aku tahun depan. Apakah impian yang ingin dijelmakan sebagai kenyataan. Azam apa untuk diri, keluarga, agama, masyarakat, bangsa, negara. Entah.

Pelikkan. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa yang diinginkan. Punyai kereta, ingin pula menaiki motosikal ke tempat kerja. Jentera beroda dua yang mampu mencelah-celah dalam kesesakan untuk kita tiba sebelum warnanya merah. Bila hujan, terkenangkan untungnya mereka yang berkereta. Tak perlu menumpang teduh di bawah jambatan.

Selalunya, aku ciptakan azam dan kemudian aku mimpikan bagaima ia akan terlaksana. Kali ini, biarlah aku mimpikan dahulu azam yang ingin digapai. baru difikrkan cara melaksanakannya. Bolehkan.

Aku akan berkampung lagi. 3 hari. Dengan harapan Sabtu tengah hari nanti. Dapat dirumuskan. Hasil perbincangan. Bukan tentang aku.

Mari. Sama-sama bermimpi. Tentang hari-hari indah. Esok. Lusa. Selamanya.

17 ulasan:

akirasuri berkata...

Salam tahun baru incet kemat..

Mari berangan-angan untuk keindahan hari esok lusa dan seterusnya ;]

Intan and The Boys berkata...

selamat tahun baru!

saya berazam nak bayar ptptn setiap bulan. hohohohoho!

skidg8 berkata...

selamat tahun baru kemat.

tersentuhnya ayat2 terakhir tu...:)

Tanpa Nama berkata...

Selamat tahun baru :)
Seumur hidup aku, tak pernah sekalipun aku buat azam tahun baru.
Dan aku tak mahu memulakannya tahun ini.

achik berkata...

selamat thn baru en kemat.. :)

Azhar Ahmad berkata...

Mimpi yang indah2.... Kerana kita perlukan ia, disebabkan hiudp tak seindah mimpi....

13may berkata...

jgn lupa mengundi incik kemat :D

Qaseh Bidadari berkata...

semoga mendapat mimpi yg indah...

Mak Su berkata...

boleh gak mimpi

shasha berkata...

selamat tahun baru kemat...azam saya nak kumpul duit byk2 jadi org kaya...hikss..bole tak?

Tanpa Nama berkata...

Semua orang kena bermimpi, nanti dia akan plan untuk capai mimpi dia.

Aku pun tak pandai berazam. Sekadar menghadapi apa yg mendatang dengan kaedah yang terbaik.

Aku Bukan Bidadari berkata...

happy new year.. kemat and awek chequ..

saya pun takder azam..

Bunga Rampai berkata...

Salam Tahun Baru 2008 juga Salam Hijrah 1429.

Seperti biasa, azam baru tiada kerana azam sering timbul di celah-celah keperitan hidup. Jadi, saya lebih suka bermimpi. Yang indah-indah saja.

Moga yang indah-indah saja diberiNya untukmu tahun ini :-)

cikdinz berkata...

azam jelah, capai nya belum tentu...hehehee....

salam tahun baru...

jagoan berkata...

Maal Hijrah akan datang...

Kemat berkata...

akirsuri:
jom

kurekuredlmperahu:
jgn lupe ek..ramai lagi nak pakia duit ptptn nie

skidg8:
:)

mudin001:
tunggu tahun hijrah ek

achik:
selamaaaa..t

azhar:
aha

13may:
kamu pun dah tahu tarikh pilihanraya..mcam 'dia'

mama ranggie:
harap2nya

maksu:
sila..sila

shahsa:
akhir tahun nie kamu dah jadi org kaya la nampaknya

mazudi:
jgn take for granted jer..

bunga rampai:
selamat bermimpi

cikdinz:
azam jer dulu

ke:
rmai yg simpan azam time maal hijrah nampaknya

DeeN berkata...

Tanpa mimpi, impian dan cita2, manusia akan terus tenggelam dalam kelemahan! Mimpikan sesuatu meskipun sekejap!

;)