Selasa, Januari 08, 2008

Minyak

“Hitam” kata aku. Merujuk kepada warna minyak masak dalam kuali besar itu. Yang entah berapa kali diulang guna menggoreng ayam kesukaan ramai.

“Tepati seruan Kerajaan bang. Konsep kitar semula dan berjimat cermat. Lebih-lebih lagi masa minyak susah nak ada kat kedai sekarang nie” ujarnya tanpa dipinta.

Wow. Kamu memang warganegara yang baik. Menuruti segala saranan Kerajaan dengan penuh berhemah. Bijaknya dia. Meminimumkan perbelanjaan, memaksimumkan keuntungan. Dalam kesempitan, ada kesempatan bagi yang cuba mengambil peluang.

25 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Euwwww.... Tak geli kerrr cik kemat?

mudin001 berkata...

Ada peluang bagi yang cuba mengambil kesempatan, mungkin lebih tepat? :)

puterikurekure berkata...

hehehe..
sama ngan ibu saya. suka kitar semula minyak.
tapi tak elok kitar banyak2 kali. kalau dah hitam tu, elok buang je sebab minyak tu dah tak elok.

mazudi berkata...

hahah.. wife aku pun ada tempat khas untuk simpan minyak masak recycle. Dan botol untuk tempat minyak yang baru dah kosong laa...

sinaganaga berkata...

konsep kitar semula dengan guna semula tak sama beb. perbanyakkan menyelidik. he he.

Aku Bukan Bidadari berkata...

kemat..itu menjurus kearah tahap kolestrol yg tinggi..jangan makan akt kedai lagi ya..masak sndiri tau ..

nUr@dDeEn berkata...

Memang perancang ekonomi sejati, ieow! Minyak! Minyak! Minyak!

Pegawai Khalwat berkata...

Minyak yang kitar semula itulah yang sedap.

Aku dok tunggu nak kitar semula minyak petrol.

DAYAT berkata...

Jangan terlalu nak ikut seruan kerajaan. kesihatan kena jaga jgk. Byk gn minyak recycle boleh kena sakit jantung beb!!!!

Dong berkata...

erk...cm geli jer. cek kemat enak kah ayam yg dibeli tu?

Mak Su berkata...

oh... bila oghang seru kita kena ikut... ikut beb, jangan tak ikut

skidg8 berkata...

tak elok utk kesihatan tu...

13may berkata...

aku penah minum minyak masak...sebab aku ingatkan air Teh 'O'...

akirasuri berkata...

Ermm..
Tak amanah dalam perniagaan :|

blackpurple @ jowopinter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
blackpurple @ jowopinter berkata...

Bayangkan minyak goreng ikan masin kemudian diguna untuk goreng pisang kemudian diguna pula untuk goreng jemput-jemput...kemudian diguna pula untuk...bla..bla..bla... Uweks!

lindosh berkata...

wahaha bagosnya kitar semula.. tapi jgn amal selalu ok.

khairyn berkata...

Murah dan tidak berkualiti
eh macam projek kerajaan jer hahahaha

shasha berkata...

isskk..pakai minyak sampai hitam bahaya...tak baik utk kesihatan..penyumbang kolestrol..

neeziee berkata...

aku mula bertukar masakan yang berasaskan rebusan.lebih jimat dan rendah kolesterol.mi segera misalnya..

achik berkata...

kalau ye pun kitar guna, melampau la sampai hitam.. huhuhu..

cikdinz berkata...

jgn pakai gula merah ganti gula pasir, udahlah. mcm seruan kerajaan gak....

kengkadang bercakap tak pakai logik, susah gak kan.....

nasazfrog... berkata...

hello where are u!! Kemat...

kemat berkata...

azhar:
alah bisa tegal biasa

mudin:
manusia suka meragut kesempatan di celah insan lain kesempitan

puterikurekure:
jgn buat terus dalam longkang, cemar alam lak nnti..

mazudi:
jgn salah guna udah

naga:
ya..ya..memang tak sama..akan lebih teliti dan meneliti

aku bukan bidadari:
ya..ya..say no to kolesterol

nuraddean:
kira pakar ekonomi ker gitu..heheh

peg khalwat:
wow..kalau minyak petrol leh kitar semual kira best tu

dayat:
jimat tapi sihat rugi juga akhirnya nnti

dong:
macam kfc

mak su:
:)

skidg8:
iya..

13may:
minum minyak masak..hebat2x

akirasuri:
mereka hanya tahu untung

jowopinter:
serba guna tu

lindosh:
err..aku tak

shasha:
kne report ngan MOH nie

neezie:
heheh

achik:
mereka pedili apa

cikdinz:
:)

nazfrog:
menghilangkan diri seketika..heheh

p.e.e.p.a berkata...

eee gelinya..tp stil jd kesukaan org ramai lagi eh ayam tu