“Ia bermula dari bawah. Memang payah” kata En Bos. Ketika aku merungut tentang beban kerja yang meningkat. Segalanya mau cepat dan tepat. En Bos meneruskan ceramah meningkatkan semangat aku di awal tahun ini dengan analogi panjat gunung.
“Masa tengah dok panjat gunung, rasa letih sekali, kalau boleh lain kali dah tak nak panjat gunung lagi. Tapi bila dah sampai ke puncak, segala rasa penat lelah hilang. Kepuasaan yang dirasai berdiri megah di puncak gunung sukar digambarkan. Dan tika itu, kamu bercita-cita nak panjat gunung lagi. Lagi dan lagi”
Hmm… patutlah ramai suka berada di puncak. Ada kepuasan yang menanti. Dan mereka impikan puncak lain. Lagi dan lagi.
Sebagai mereka di peringkat bawahan, kami akur tugasan yang diamanahkan perlu diselesaikan. Cuma sejak kebelakangan nie, asyik benar kene kerja hari Sabtu. Sekali sekala mungkin ia dapat diterima. Hidup ini perlukan pengorbanan. Termasuk berkorban masa cuti untuk tugasan pejabat. Tapi, masa bersama keluarga juga perlu diutamakan. Sekurang-kurangnya diseimbangkan.
“Sabarlah. Kamu masih di bawah. Jauh lagi perjalanan sebelum sampai ke puncak idaman. Kamu tak akan faham kepentingan pengalaman dan pengetahuan yang kamu kutip sepanjang perjalanan, sehinggalah kamu sampai di atas nanti. Biar jatuh bergolek, kaki tersadung akar yang berbelit, selagi kamu terus melangkah, kamu pasti ke hadapan”
Kata kawan, “ Perjalanan kita semua ke puncak. Ada yang tiba di puncak yang tinggi. Ada yang berhenti di puncak yang rendah. Itu semua atas kemampuan diri. Menangani cabaran, menggalas harapan, memikul tanggungjawab yang diamanahkan”.
Di puncak yang sempit, kadang2 kita berseorangan. Biarlah dilembah ini sahaja, asalkan berteman kiri dan kanan. Aku suka disini. Cuma, biarlah ramai yang meneman. Sama-sama kita usahakan. Capai apa jua yang disasarkan.

14 ulasan:
hmm..bersemangat nak menuju ke puncak lepas baca nih...harap2 saya tak patah semangat di tengah jalan..
Salam Kemat,
Memang bukan mudah mendaki gunung. Semangat saja tak cukup, kena ada stamina, kesabaran, kecekalan. Kena cukup bekalan, kalau tak bawa kompas, silap-silap boleh tersesat.
helikopter ada tak?
bang,
cara bos kau berceramah tu, macam ada ciri-ciri kau akan dinaikkan pangkat.
**taakulan semata-mata.
fuh!!!
saya pun tgh berperang dgn bebanan tugas dan kerja ni.
rasa lega pulak lps baca entry en.kemat ni,ehe
aku kat sini pernah 2 bulan punch card penuh.tak pernah sehari pun aku tak ada di pejabat dalam masa 2 bulan itu.dan cuti tahunan pun dibekukan.dan 2 bulan itu datang lagi tahun ini..closing closing closing..account..account..account..dan sekarang aku masih di pejabat.
neeziee
9.19pm
menuju puncak!
gemilang cahaya..
mengukir cita,
seindah rasa!
hehehehehe!
terima kasih kemat:)
bila smp puncak nnt kena igt masa dok kat lembah. slalu org lupa tu
slow slow slowwwwww
wah panjang ya amat citernyer..
Hhmm betul tue, dh sampai ke puncak, pasti rs seronok, sy pon dalam pendakian menuju ke puncak, masih di kaki bukit,dan masih banyak lgkah utk menuju ke puncak, cuma hrpnya halangan nk ke puncak itu tidak sukar :D
*terus berusaha :D
shasha:
kene teruskan azam nie
jowo:
sebab tu kene ada kawan, baru sama2 leh cari jalan
maksu:
tak berani nak naik Nuri
brandal:
jauh lagi tu...
hayad:
baguslah kalau enteri ini dapt membantu melegakan kamu..memang itu tujuannya
neezie:
kamu para akauntan memang tak leh cuti hujung dan awal tahun
puterikure:
nak masuk AF6 ker nie..hehe
skidg8:
sama2..err.untuk aper yer
tedungS:
harap tak lupa..
king:
masa sekarang beredar terlalau laju.tak terkejar aku
nasazfrog:
sesekali ilham datang
fizz:
chaiyok..chaiyok
Lega aku baca citer ko, seolah2 mcm kau tengah berciter dengan aku pulak! Aku tengah byk keje mcm kau jgk!!!!
Catat Ulasan