Jumaat, Disember 21, 2007

Tajam

“Belakang parang kalau diasah pasti akan tajam jua akhirnya”

Itu antara peribahasa Melayu yang aku pelajari sejak sekolah rendah dulu. Orang Melayu. Memang begitu. Kaya dengan perumpamaan. Gemar bermain dengan kata-kata. Lembut nada bicara, tegas maksudnya. Di sebalik kata yang tersurat, ada yang tersirat.

“Belakang parang kalau diasah pasti akan tajam jua akhirnya”

Jangan sesekali mengalah mengajar orang yang tidak arif tentang sesuatu perkara. Kalau usaha berterusan kita itu ikhlas, pasti akan ditemui hasil di pengakhirannya nanti.

“Wooitt…. Yang kamu pegi asah belakang parang tu buat aper. Patutlah dah dekat setengah jam tunggu tak siap2 lagi. Cepat la, orang dah nak lapah lembu nie”

Moral : pastikan pisau/parang/kapak yang kamu gunakan untuk tujuan korban nie tajam yer. Kalau dah tumpul, asah la kat mata pisau tu. Heheh

Salam Aidil Adha.

25 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

hihi..kemat2..
tapi smlm .. ada org korban unta..

shasha berkata...

hehehe..kemat korban apa tahun ni??minta sikit bole ke?

Qaseh Bidadari berkata...

ingatkan ape ler td..

khairyn berkata...

oh sama-sama berperang ek? tu sapa la yang tak pandai bezakan belakang dan mata parang tu. ish ish ish

kingbinjai berkata...

ada satu lagi peribahasa melayu yang dah tak popular : alang alang korek idung bior sampei ke pangkal lengan!

banggugar berkata...

salam,

asah!..

asah bakat anda supaya menjadi tajam

(",)

Amyz! berkata...

Hahahaha. Perumpamaan itu tak applicable masa nak guna parang untuk lapah lembu. Haha

Intan and The Boys berkata...

hehehehe........

slamat hari raya korban!

Tanpa Nama berkata...

HaHaHaHampeh!!
Sian lombu tuh. Berdebor2 nak nanti kamu asah belakang parang tuh. Aparaa!!

;)

Mak Su berkata...

nak rendang daging skit... ada lagi tak?

zizie ali berkata...

aku asah mata parang pun belum tentu tajam. mengasah perlu skil.

Azhar Ahmad berkata...

Saya sedang mencerna.... Apa kaitan dengan belakang parang dan sembelih lembu.... Hummm...

Adehhh, nak terbe*ak!

Unknown berkata...

ade unta tak kemat?

Mrs.A berkata...

hahahaha... lawaknya... kelakar la...

cikdinz berkata...

depan ngan belakang parang pun dah tak tau beza...hihiiii....
selamat melapah...

Pegawai Khalwat berkata...

Pakai sembilu boleh tak? Tak payah nak asah.

Tanpa Nama berkata...

Aku pelik dgn peribahasa tu. Kenapa nak asah belakang parang? Mcm buat kerja tak berfaedah je. Baik asah mata parang yg tumpul tu.

Ceera berkata...

update!!!
lamanye cuti...

sinaganaga berkata...

HA HA.

achik berkata...

kalau en kemat asah belakang parang dari skang, next year buleh la guna utk melapah.. hahaha.. :D

tumismenumis berkata...

haha....
memang kena pakai parang eek... kat tempat aku ada yang dah pakai mesin tebang pokok tu.

Pa'chik berkata...

maksud perumpamaan ni, buat kerja menyusahkan diri sendiri dan orang lain... lama-lama ada hasil juga... tapi lambattttttttt sangat lah nak dapat... ekekekke...

13may berkata...

Wishing you a happy and prosperous new year..

p.e.e.p.a berkata...

selamat hari raya, selamat thun baru =)

fizz berkata...

selamat taun baru 2008 :)