Isnin, November 19, 2007

Mengemas

Mak selalu bising benda yang sama. Adik perempuan aku pun juga. Awek Che’gu pun ikut sama. Komplen pasal bilik aku. Yang berselerak. Mereka pelik macam mana aku boleh hidup dengan selesa dalam keadaan begini. Aku bagi alasan aku nie lelaki. Boleh berdikari tak kira situasi.

Bukan selalu pun. Sekali sekala. Cuma bila dah berselerak tu ia akan mengambil tempoh yang agak lama. Sehingga ia dikemaskan. Macam lori sampah kat kawasan rumah kamu juga. Seminggu baru 2-3 kali nampak kelibatnya. Kalau tak anjing, monyet terlebih dahulu memunggahkan segala isinya.

Bukannya tak nak kemas. Kurang rajin. Tabiat yang diwarisi dari zaman bujang. Tapi sekali operasi pembersihan dilakukan, aku vakum dan semburkan pewangi sekali. Baju2 dilipat rapi2, kain cadar pasti berganti. Tapi bukan selalu lah. Kecuali kalau ada barang hilang atau ada sesuatu istimewa yang dicari. Habis satu bilik aku punggah dan susun kembali. Ada rezeki jumpa, kalau tak sekurang2nya bilik aku kembali berseri.

Nampaknya awek che’gu dah tahu cara nak suruh aku kemaskan bilik. Hari tu, puas aku cari brooch yg aku belikan untuknya. Lega. Brooch jumpa. Bilik kemas dari biasa.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha!
awek che'gu... kamu mengadu sahaja ada barang hilang setiap hari. Pasti beres!

Brader Black berkata...

orang "bujang" yg tipikal..
tapi sy kira, org bujang sekarang sudah ramai yg teruja apbila melihat bilik yg sentiasa kemas. cth terbaik: saya..
ngehehe..

Azhar Ahmad berkata...

Ahahah, lepas ni senag saja cik kemat. Kamu beli brooch 4. Pastu kamu sorokkan. Tiap2 minggu kamu kena berikan brooch kat awek che'gu bukan? So, setiap minggu akan kemaslah bilik kamu itu...

p/s Saya pun sama...

Pa'chik berkata...

hahah...
macam kalau hilang sokongan lah juga... baru kalut nak bersih kejap... macam 2004 dulu... ni lagi sekali lah...

errr... ke lain pulak aku pikir...

Tanpa Nama berkata...

Huh! Pemalas.

Aku sejak kawen ni tak pernah langsung mengemas bilik. Lagi la...
Tak kecoh pun.

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni berkata...

hey hey abg kemat..

ish2..kalu cmtu naya la...
hik hik..

but still, its okay, asalkan bilik tak kemas tp dlm keadaan "bersih"..kalu tak, nk solat tang mana..aiiyaakk..

hehhe..abg kemat pemalash..yeay yeay..eeiii...tak mayu!! :)

DeeN berkata...

Er.. No komen, no komen. Kalo aku kutuk ko, macam aku kutuk diri sendiri plak. Maka biarlah mengikut arus sesekali.

((((((HAK HAK HAK))))))

Ungku Nor berkata...

rajinnya..
;p

Aku Bukan Bidadari berkata...

kemat..beckham pun mcm kamu,
agaknya spesis orang lelaki camnih kut?? hihi
tapi tak leh nk kata apa ar terima saja dah sayang kan..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Lain kali tunjukkanlah dalam blog macamana kondisi bilik kamu sebelum dikemas itu... :D

ida napi berkata...

kesian..tak pepasal berpeluh kemas bilik psl brooch lak tu..

Mak Su berkata...

kukikukikuki, oh macam tu kisahnyer cara nak kemas bilik

cikdinz berkata...

lelaki mmg mcm tu lah kan. kalau tak, takan lah ada tukang kemas....heheheee...

Tanpa Nama berkata...

aduh.. semua lelaki camni ke? ade jugak yg kena cubit tiap hari kalau suke sepahkan brg dlm bilik ni nnt.. huhuhu...

LadyTiz berkata...

alamak... cam familiar je deskripsi kemat. cam pernahku lalui... tp dimana ya..

Tanpa Nama berkata...

Ya...dulu 'dia' pun begitu, hari tu pergi melawat rumah yang 'dia' duduk tanpa izin, dah macam rumah pendatang haram...!

Rasa pressure giler!!!

nanonano berkata...

ahahhaha..
lelaki bujang !
kawen cepat. ade owg kemaskn, heh !
:D

akirasuri berkata...

Ha ha ha.
Saya punya bilik akan jadi sepah yang amat masa sebok siapkan asgmt ataupun masa exam..
Merata tempat penuh dengan buku dan kertas.

Adeii..

Erk?
Senanglah zaujah incet kemat nak suruh incet kemat berkemas sekarang ni ek.
Dah tahu apa rahsia dia!
he he he.

p.e.e.p.a berkata...

hmmm..rajin btul ek
lelaki, sepah2 tu la istimewanya =)

TedungS berkata...

haha

aku dh bertahun2 kawin tk ubah2 lagi perangai mengemas ni heheh

Kemat berkata...

mudin:
alahai....

brandal:
:)

azhar:
jgn lah sampai tiap minggu

pa'chik:
kamu dah tak sabar lagikan

mazudi:
hehhe

pawana malam:
azam 2008 jd org rajin

nuraddean:
hehe

kak ungku:
tersenyum sipu2 malu saya

tiara:
kami serupa

jowopinter:
bilik aku selalu tak berlampu..susah nak amik gambar

hani:
sekali sekala

maksu:
leh pakai trick nie

cikdinz:
dunia lelaki

cikin:
adoi..kot yer pun cubit jgn kuat sngt

tyrexia:
agak dah..hehe

chentahati:
sedih la baca komen kamu

nanonano:
saya dah tak bujang

akirasuri:
nasib zaujah menolong juga

peepa:
lelaki ini

tedungS:
dah ader kat Mesia ker

shasha berkata...

hmm..berbeza sekali dengan en black yg suka mengemas..camno tuh??