Isnin, November 12, 2007

BER...

Kata kawanku yang melewati stesen elarti Masjid Jamek sewaku pergi ke tempat kerja pagi ini, keadaanyanya bersih sekali. Tak seperti biasa. Bukanlah dia maksudkan kawasan itu selalunya kotor. Walaupun di hujung minggu, ramai yg mengambil kesempatan berniaga di kaki lima kecuali bila disergah penguatkuasa, jarang benar kawasan itu kotor dengan sampah hasil urus niaga. Kalau adapun, pekerja2 Alam Flora sudah bersihkan di awal pagi, ketika kamu masih dibuai mimpi. Cuma kali ini, kebersihannya lebih dari biasa.

Kata kawanku lagi. Kali terakhir dia melihat kawasan di sekitar elarti itu dibersihkan dengan pancutan air dari pili bomba sewaktu bandar kota itu dilimpahi banjir lumpur. Beberapa bulan yang lalu. Entah mimpi apa agaknya, kawasan sekitar elarti masjid jamek itu dibersihkan dengan sebegitu rupa hujung minggu yang lalu. Tak dapat dipastikan pula apakah pancutan pili bomba juga yang digunakan bagi mencuci jalan2 di situ.

Baguslah. Teringat slogan kempen kat RTM dulu2, 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. Sewaktu kecil2 dulu, aku sering membersihkan longkang keliling rumah tika hari hujan. Senang, tak yah susah2 nak pancut ngan air. Air hujan yang lebat dah cukup laju dan deras untuk menolak sampah2 yang terlekat di salur. Seronoknya. Sambil main hujan, dapat juga bersihkan lumut2 hijau di longkang.

14 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Dengan ini, saya Azhar Ahmad dari Teratak Nurani menganugerahkan Anugerah Karya Blog Paling Best yang menyentuh isu terkini, dengan cara paling sopan, anggun, dan menarik....

Amyz! berkata...

kalau bersih-bersihkan selalu kan bagus. tak adalah semakkk mata memandang..

LadyTiz berkata...

akhirnya, ada juga orang yang prihatin dengan kempen RTM dengan melakukan pembersihan dengan pili bomba di sekitar Masjid Jamek.

syabas. :)
terharu betul!

Tanpa Nama berkata...

jangan ada orang ber...ak dah ler, tak bersih lah nanti... :)

Tanpa Nama berkata...

Kebersihan separuh dr iman

skidg8 berkata...

part ujung tu best. tingat masa kecik.
camtu gak, time ujan, basuh longkang. air deras.

:)

Tanpa Nama berkata...

patutlah gerakan tu diberi nama BERSIH.bagus..bagus..

Iman Mawaddah berkata...

Itulah hasil pancutan gas pembersih mata yang effektif..hehe

cikdinz berkata...

mana satu ko buat ni. nak bersihkan longkang ke, nak main hujan...

Mak Su berkata...

mak su pun selalu cam tu masa dolu2, bersihkan longkang time ujan. tapi kat elarti kat key ell ni tak leh ler tunggu ujan ek, kalu ujan aje jadi crita lain plaks

DeeN berkata...

Sepatutnya DBKL turun beramai2 utk memBERSIHkan lagi kawasan elarti itu bukan hanya memBERSIHkan kakak2 & abang2 yg berurusniaga sepanjang koridor yg berbau hamis dan hancing. Sungguh!
Mmg kawasan itu agak berbau. Kurang BERSIH (kecuali hari Sabtu lepas!)

Brader Black berkata...

ohoho..
KERAjaan pon ade bwat kempen BERSIH gak ek?
elok la tu..
ngehehehe..

Pa'chik berkata...

yang itu bersih lah...
yang aku ni... pening nak mencari orang beralamat tingkat 17... kat satu tanah kosong yang cuma ada kandang kambing...

Kemat berkata...

azhar:
err..terima kasih tuan...

amyz!:
kene rajin la sama2 turut membersihkan

tyrexia:
yayyaya

mudin:
heheh

ise:
Benar

skidg8:
kita semua sama time kecik2...

penyubiru:
yp

iman mawaddah:
heheh

cikdinz:
2 in 1

mak su:
kl takut kalu dgr hujan lebat2 nie

nuraddean:
saya bangga dgn kamu

brandal:
heheh

pa'chik:
tingkat 17???