Khamis, November 22, 2007

Musang Bulunya Ayam

Di awal pagi. Di kedai kopi. Kami tak banyak berbual. Macam biasa. Mungkin kerana korum kali ini sedikit berkurang jumlah ahlinya. Mata asyik memandang pada yang lalu lalang. Namun telinga aku lebih tertarik untuk menangkap perbualan mereka di meja sebelah.

‘Zaman sekarang. Orang baik susah nak dipercayai. Kene tengok 2-3 kali’ kata salah seorang dari mereka. Yang merujuk kepada berita2 sensasi di akhbar akhir2 ini. Oh, tidak. Bukan pasal artis. Kali ini pasal orang2 yang diamanahkan. Yang mengambil peluang di celah kesempatan. Mereka bercerita tentang hakim, peguam, polis dan pegawai2 berpangkat dan berkuasa bergilir2 turun naik mahkamah.

Mungkin terlalu awal kesimpulan yang cuba dibuat. Hukum dunia, selagi mahkamah belum putuskan bersalah, jangan kata dia bersalah.

Aku pun tak sedap jika dianggap terlalu baik dan berbudi pekerti. Satu hari nanti, bila buat silap, macam satu kesalahan besar dalam hidup ini. Lainlah kalau kamu jenis yang tak berapa boleh dipercayai. Orang dah tak heran apa yang terjadi. Bukanlah bermaksud kene jadi jahat. Atau tunjukkan perwatakan yang tak senonoh semata-mata untuk kamu dilabelkan sebagai golongan kiri.

‘Kamu jangan risau Kemat. Dari hari pertama jumpa, aku dah rasa hang memang jenis kepala tak betul punya. Itu sebab aku pelik, bila time nak ajak lepak minum2, hang tiba2 jer jadi rajin, banyak keje nak buat’ kata mereka mematikan angan2 ku nak berlagak baik.

20 ulasan:

zizie ali berkata...

dulu ada orang besar kata. kita bukan sahaja perlu baik. tapi dilihat baik. kalau kita baik, tapi dilihat tak baik, tak guna juga.

akirasuri berkata...

Huhu.
Sekarang ramai orang baek di sangka jahat.
Orang jahat di sangka baek.
dunia sudah terbalik daaa..

booraa berkata...

ada org tunjuk baik bila kat depan..kat belakang xbaik..huhu

arianna adrizal berkata...

susahnyaa...

Tanpa Nama berkata...

semakin sukar nak menilai org..
baik luaran,belum tentu baik dalaman..

13may berkata...

sekrg sukar nak jumpa kelibat musang....mungkin dah semakin pupus..

cikdinz berkata...

apa nak jadi dgn dunia skang nih..
semua nya dah tak betul...

DeeN berkata...

Alim-alim kucing!
(Mula2 ingat nak kata kat ko, tp lupa pulak yg ko tu pemalu kan, kan) hak hak hak!!
*larikkkk*

Azhar Ahmad berkata...

Kamu... Cik Kemat.... Lipan berbulu helang lah..... Erkkk lipan berbulu?!

Brader Black berkata...

adakah bulu ayam yg dipakai oleh musang itu bulu asli?
si ayam sepatutnya dapat membedakan bulu yg asli dgn bulu yg palsu..

relevan-kah?

Mak Su berkata...

naper ko rajin tiba2 ek? ada apa2 ker?

Tanpa Nama berkata...

Remaja yang mencuri RM50 kat pasar untuki beli tiket balik kampung tu lebih jahat dari mereka, sebab tu remaja yang macam ni kena hukum penjara 3 tahun.

Mereka?

khairyn berkata...

jadi kamu dalam kategori mana sekarang ni?

musang berbulu ayam
atau musang fake fur? (artificial) hehehe

kunci hilang berkata...

'orang baik susah nak dipercayai..'
hmm...

Ungku Nor berkata...

‘Zaman sekarang. Orang baik susah nak dipercayai. Kene tengok 2-3 kali’

Mungkin sebab zaman sekarang spesis 'orang jahat' tu dah ramai sangat kot..;p

Aku Bukan Bidadari berkata...

caihh... tapi saya percaya kemat ni baik orangnya..

ps: bodek nih

zwitterion berkata...

nak buat baik pun kena hati2 gak..
cth: ada orang nak tumpang kat tgh jalan, rupanya perompak yg tahan..huhu

blackpurple @ jowopinter berkata...

Janga buruk sangka. Itu kuncinya.

Tapi kalau tengok muka pun dah tau jahat, apa cerita.... :D

Tanpa Nama berkata...

Semenjak cuti sekolah, en kemat sudah semakin sibuk.

Sudah malas mau update..

Ahak! jahat! jahat!

Kemat berkata...

zizie ali:
:)

akirasuri:
dunia atau tanggapan kita yg terbalik

n:
:(

anne:
jgn pening2

cikin:
biarlah org baik atau tidak. kita kekalkan jati diri kita

13may:
hutan semakin gondol

cikdinz:
puncanya kita juga kan

nurraddean:
terasa aku..heheh

azhar:
liepan bersisik...heheh

brandal:
kualiti hampir sama..susah nak beza

maksu:
heheh

mazudi:
:(

khairyn:
entah..risau juga

kuncihilang:
sapa yg boleh dipercayai..org jahat

kak ungku:
mungkin

tiara:
hehhehe

zwiitt:
ahah

bp:
yg penting tanggapan kita

chentahati:
susah la..bz