Jumaat, November 02, 2007

Luka

Mak pernah berkata. Bingkai kaca perhiasan itu sangat bermakna buat dirinya. Biarpun ia cuma bingkai biasa. Namun ada sesuatu yang istimewa di sebaliknya.

Dah lama aku lihat bingkai kaca itu di bawah. Seaakan tidak dipedulikan. Maka, atas niat ingin mengembalikan semula kenangan dan keistimewaan bingkai kaca itu, aku ingin gantungkan ia semula. Di tempat yang tinggi biar semua mata dapat menatapi.

Mula2, dibersihkan bingkai kaca itu dari sawang dan debu yang melekat. Dan semakin bersinarlah pantulan biasan dari bingkisan kaca itu. Dan kerja-kerja mengantung dimulakan.

Entah bagaimana, bingkai kaca itu terlepas dari genggaman. Jatuh. Pecah. Berderai.

Jari dan tangan aku luka. Aku tak endahkan. Kerna aku dapat melihat hati emak lebih terluka tatkala mengemas dan mengutip sisa kaca yang bertaburan.

Kesal. Aku hanya mampu mohon kemaafan dari hati dalam diam.

17 ulasan:

Brader Black berkata...

kdg2, niat baik kita x selalu berjalan seiring rencana.

Azhar Ahmad berkata...

Hummm sian mak kamu....

Iman Mawaddah berkata...

Alahai..kesiannya

Tanpa Nama berkata...

accidents do happen, Encik Kemat.

Unknown berkata...

mudah-mudahan mak en. Kemat faham niat en. Kemat yg murni tu.

Bunga Rampai berkata...

OOoohh! ...

Gantikan dengan doa yang berpanjangan untuk bondamu.

Tanpa Nama berkata...

mmmm... tak tau nak cakap pe.. tapi kesian mak kamu..

LadyTiz berkata...

sedihnya.
:(

Tanpa Nama berkata...

pernah merasainya...

Aku Bukan Bidadari berkata...

takper nnti beli yang baru.. bingkai kaca tu dh tak ikut peredaran zaman kut.. tuh sebab letak bawah..

nanti gi kat litle egypt ada banyak or gi NILAI 3 murah2 lagik and cecantik

Mak Su berkata...

aiyookkk, kenaper ni? dun wori, saya rasa mak awak cuma tolong bersihkan sebab tak mahu awak lebih terluka... percayalah... mak awak tak de ler sedih sangat, apa sangat harga bingkai kaca dengan tubuh badan anak kiter (eh.. emosi plaks mak su ni)

ida napi berkata...

kesian..inisiatif yang baik tapi jadi yang sebaliknya..

benda nak terjadi..nak wat camner..sabajerlah..

Tanpa Nama berkata...

pernah juga buat benda yang sama dengan bunga kristal ibu...sangat rasa bersalah sampai hari ini...

Ungku Nor berkata...

kesian Kemat kena kaca..dah letak ubat kuning?

takpe la. dah janji sampai kat tangan awk frame tu nak pecah..
dalam dunia ni memang takde benda yang baka' kecuali Sang Pencipta..ingat tu.

skidg8 berkata...

isk.

sedih.

sabar eh.

takde yg kekal kecualiNYA...

Kemat berkata...

brandal lokajaya:
huhuhu

azhar ahmad:
terasa bersalah aku

iman mawaddah:
:(

wann:
:(

acikaminbakish:
moga2

bunga rampai:
baik...

tz:
:(

chentahati:
rasa serba salah kan..

tiara:
litte egypt mahal tu..takperlah untuk ibu

maksu:
tq

hani:
huhuhu

kak ungku:
tima kasih

skidg8:
kamu jgn buat begini ek...

akirasuri berkata...

siannya kat mak kamu :(