Sabtu, November 10, 2007

Hingga Ke Hujung Dunia

Janji mereka yang sedang bercinta itu, walau sampai ke hujung dunia, pasti dicari, dituruti jejaknya agar mereka tetap berdua bersama. Kat maner hujung dunia tu. Di sebelah kutub utara atau kutub selatan. Datuk Paduka Sharifah Mazlina juga berseorangan menjelajah bumi kutub.

Aku tak salahkan mereka yang ingin berjanji begitu. Kamu nak buktikan agungnya cinta kamu. Cuma biarlah kamu sedar dan tahu apa yang dijanjikan. Kan senang kalau hanya setakat nak dituruti sehingga ke tanah terselatan benua Asia aka Tanjung Piai.



Tanjung Piai, sekalipun mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan merupakan salah satu daripada 17 tapak Ramsar di dunia (pengiktirafan List of Wetlands of International Importance – sebagai paya yang mempunyai kepelbagaian bio-diversiti unik), jarang sekali ia jadi tumpuan ramai. Sesekali ia cuma digemparkan dengan kehadiran dan misteri Big Foot serta usaha bersiaran 50jam oleh Muzik FM kat sini. Aku tak tahu nak bercerita. Aku terpaku pada keistimewaan dan kelaianan yang disajikan oleh Tanjung Piai ini. Ada sesuatu yg pasti meninggalkan kenangan manis tika kamu jejak ke sini. Bak kata Farah Fauzana, kamu layan ajelah gambar2 nie.




Kalau kamu rasa tak puas dengan perjalanan kamu ke sini, panjangkan langkah kamu ke Sabah pula. Cuba teroka Simpang Mengayau, Kudat yang diberi gelaran "Tip of Borneo". Entah di mana aku simpan gambar2 tu. Tak per lah usha ajer gambar yg aku cilok kat Internet ni.

Tak kisahlah kamu ke sini nak menguatkan hujah cinta kamu, nak mencari cinta atau melupakan kisah cinta yang lara, cuti2 lah di Malaysia. Bumi merdeka ini merindui jejak kamu.

20 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kakai aku tak pernah sampai lagi ke Tangung Piai itu, walaupun di negeri kelahiran sendiri...Ohhhh!

Brader Black berkata...

wo..
sm la ngan ncik BP..
pnah lalu je, tp x pnah singgah..

*sigh~

kingbinjai berkata...

duit takde

Tanpa Nama berkata...

ya,ya... Insya Allah sampai nanti.

BaYu SenJa berkata...

wa..
sakan berjalan !!

ada tinggal kesan?

akirasuri berkata...

Aramak..
Sama macam kang jowo..
Tak pernah pun sampai ke sana walaupun lahir kat johor..
Heh!~

Intan and The Boys berkata...

nak pegi! nak pegi!

Ungku Nor berkata...

tak sampai lagi..

tapi kalo Jusco bukak cawangan kat situ, akak tetap akan sampai jugak la kot..;p

Tanpa Nama berkata...

Salam En. Kemat...
Selama ni silent reader je.. ari ni nak komen sikit..
Saya & family 1st time gi Tg. Piai lebih kurang 4 tahun dulu w/pun saya lahir kat Pontian. he..he..
Maklum le lepas lahir trus pindah tempat lain.. Hujung minggu lalu, saya gi lagi dgn anak2 tapi tak gi ke Taman Negara.. gi kat Tg Piai Resort ke pebenda nama dia.. sgt menyedihkan, kotor.. bina resort atas laut tapi tak ambil berat langsung pasal alam sekitar. tandas pun atas laut.. Rasa nak tepon Karam Singh je..

Aku Bukan Bidadari berkata...

Tanjung piai..hmm menariknya..

zwitterion berkata...

tak penah sampai lagi..

DeeN berkata...

Ooo .. tg Piai kat johor rupanya. Ingatkan kat sumatera. Isk.. buduh benor geografi aku neh.

Cuti2 Malaysia!

achik berkata...

bila la nak sampai kat sana.. teringinnya nak gi.. insya-Allah..

rupiah berkata...

dunia ni sebenarnya tak ada hujung. itu sume tipu helah orang bercinta..
kalau dia kata nak ikut sampai kehujung dunia, dia tu mesti tak pas geografi. usahlah nak bercinta dgn orang yg tak pas geo tapi terror bahasa...gelap masa depan.

Pa'chik berkata...

tak penah sampai... walau pun tak lahir kat johor...

ekekeke....

skidg8 berkata...

ish ish...
kat johor ke tg piai tu?
ish ish...

sah sah tak terer geog.

arianna adrizal berkata...

rasa mcm ada lagu sebut pasal tanjung piai laa.. tp lagu apa ntah.

suka nk melawat sabah lg! :)

Kemat berkata...

jowopinter:
oh..kamu memang patut ke sana, usah kembara di tanah asing dulu

brandal lokajaya:
lenkali rehatkan diri seketika di sana

kinbinjai:
konvoi ramai2..

mudin:
:)

bayu senja:
kalau tak dihapuskan oleh hujan, kesan tpak kaki seharusnya ada di sana

akirasuri:
tak berhajat nak ke sana

kurekure:
jgn tak pergi

ungkunor:
jusco saya tak pasti,tp ituari ada ternampak kelibat plastik jusco kat saner. mungkin ader orng buang sampah kat saner kot

silentreader:
thanks for reading my blog. di akui, keadaan jalan sana juga teruk, berlopak, berlubang sana sini..

tiara:
melancong dalam negri la..

zwitt:
kamu patut cuba ke sana

NUraddean:
heheh

Achik:
angan2 dulu, lepas tu usahakan jd kenyataan

makcik anne:
dunia bulat mana berpenghujung ek..

pa'chik:
cuba la jejak2 ke sanan..tak rugi

skidg8:
kamu kan terer bab pelancongan nie

anne:
Sabah memang menarik esp Gunung Kinabalunya...

cikdinz berkata...

dah bertahun tak ke tanjung piai. lagi cantek agak nya tempat tu...

Tanpa Nama berkata...

jom ler gi simpang mengayau @ tip of borneo..best..pantai masih cantik..laut biru..pasir putih orang kater...crystal clear...