Jumaat, November 16, 2007

Berita Yang Menakutkan

Suratkhabar hari ini menakutkan. Kata kawanku ketika kami bersantai2 selepas habis waktu rasmi untuk bekerja. Petang2 pekena teh tarik di kawasan yg sibuk dgn awek mundar mandir memang terapi yang menyeronokkan. Rasa mengantuk ketika di opis tadi sekejap saja hilang.

Kata kawanku itu lagi. Selepas mencicip buih teh tarik yang tinggi tu. Hari2 cerita pasal orang berbunuhan. Cerita pasal jenayah seksual. Cerita pasal kemalangan yang mengerikan. Baik di dalam atau di luar negara.

Lebih menakutkan tugas menjadi wartawan. Bukan dia. Tapi aku yang mencelah. Wartawan hari ini ditakutkan dengan amaran tentang penulisan. Berita yang cuba disampaikan. Mata mereka melihat, telinga mendengar tapi tangan menulis apa yang telah diarahkan sahaja. Berita-berita tentang sanjungan sangat2 dialu-alukan. Apa-apa cadangan yang mereka utarakan itulah yang perlu digembar-gemburkan sebagai terbaik.

Kalau dahulu, akhbar memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat kemerdekaan. Dalam jiwa-jiwa Malaya. Kini, jiwa akhbar itu sendiri tidak merdeka. Terkongkong. Terkepung. Maka yang dapat disajikan hanyalah kisah orang berbunuhan, jenayah ke atas kaum wanita juga diselitkan kisah-kisah artis untuk sedikit menghiburkan.

Suratkhabar hari ini menakutkan. Lebih menakutkan jika kita pembaca takut membaca artikel2 yang disifatkan boleh mencetuskan desakan untuk ingin tahu dan mencari kebenaran.

15 ulasan:

LadyTiz berkata...

media perlu jadi sebuah badan individu.
tapi... susah. walau camana pun... nanti tender susah nak dapat. politik politik.

Pa'chik berkata...

sekarang.. sokkabar jadik cam MPP unibesiti lah...

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahha, itulah cik kemat dunia sekarang... Hummm... dulu, utusan siap diharamkan demi menegakkan keadilan....

Tanpa Nama berkata...

Surat khabar dari dulu, bagi aku, dianggap satu wadah bacaan ringan harian.

Sekarang rasanya nilai "ringan" tu dah terlalu ringan sehingga... tah la!

Acaii Jawe berkata...

hehee, dunia skrang..upside down..:) setuju sgt ngan pernyataan " perempuan lalu lalang merupakan terapi yg menyeronokkan" ,hahaha

Bunga Rampai berkata...

Yang tidak menakutkan boleh dikira dengan jari.

Salam :)

achik berkata...

saya baca paper hari ahad je.. huhuhu..

siew berkata...

ada lg manakutkan...
VSS utk kakitangan kerajaan
hahahahaha

booraa berkata...

suratkhabar....,bila dpt free bc..kalau harap nk beli takde pun..

Mak Su berkata...

kat mana ler dapat kita ni cari berita yg telus ek?

Pa'chik berkata...

hari tu kan jurugambar guongming kena tumbuk ngan ahli parti liar...
yang lebih menakutkan.. ada orang dok memomok-momok dengan perbalahan antara kaum.. selepas berjaya buat tahun 69 dulu... sampai la ni.. mereka asik duk momokkan orang ramai ngan benda bodoh ni...

DeeN berkata...

Koran..
Newspaper...
Suratkhabar....

Er..er.. No Komen!

Kemat berkata...

tyrexia:
media dan politik = politik dan media

pa'chik:
semua terikat..

azhar ahmad:
dulu...

mazudi:
berat dgn iklan jualan murah jer

faisal:
jom berterapi..heheh

bunga rampai:
hati2 mengira..

acik:
ruangan gossip tu ker

siew:
vss kaang2 takut, kadang leh bawa keuntungan..dlm kesempitan pun ader org amik peluang

n:
the sun..itu percuma yg selalu org rebutkan di stesen lrt, kedai 7 e

mak su:
kena rajin explore blog la kot

pa;chik:
harap2 org tak menjadi semakin bodoh

nuraddean:
:)

Brader Black berkata...

sy mula menyampah dgn akhbar arus perdana..
semuanya mengampu KERAjaan & sanggup dijadikan keldai tunggangan..

Nida Shaari berkata...

Minggu lepas aku makan tengahari dengan wartawan dari Berita Harian.

Aku kata mahu tulis dalam blog.

Tapi dia minta di-off record. Takut katanya.

OOppss.. aku dah tercerita dalam komen kau lah.