Rabu, Februari 28, 2007

Cerah Itu Mesra, Gelap Itu Kuasa

“Ngko kne pakai baju kaler cerah cam kaler putih. Baru la orang tak takut nak berkenalan. Baju kaler gelap cam kaler kelabu ni kalau nak masuk meeting boleh lah. Kaler gelap menampakkan tanda penguasaan. Kaler cerah melambangkan sikap keterbukaan” hujah Dayah, kawan lamer aku yg jadi perunding imej tak bertauliah ke atas penampilan aku nie. Dayah tak pernah lokek nak turunkan ilmu memikat pompuan.

Pagi tu, sbb aku tak menghadiri mesyuarat, aku tak masuk mana2 sesi perdebatan, aku berkemeja putih lengan panjang dan seluar hitam polos ke pejabat. Tiada apa yang menarik dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Aku pulang kerja agak awal. Tapi hujan lebat menyukarkan pemanduan. Aku lencongkan kereta ke kompleks membeli belah berdekatan.

Sekalipun tiada pesta jualan murah, aku kira jumlah pengunjung agak ramai. Mungkin ini bukti ekonomi negara kita sudah kembali pulih. Atau mereka juga seperti aku, tumpang berteduh seketika.

Alang2 dah tersangkut kat sini, sajer aku usha kemeja pejabat. Dah 2 helai kemeja aku rosak dek penangan seterika. Sedang aku membelek baju yg sesuai, terperasan ada awek dok senyum kat aku. Berbaju kurung dan beg tangan persis gaya seorang cikgu. Aku terperasan ada tanda nama di dadanya. Tapi aku tak cuba membaca takut disalahertikan pula pandangan yg aku lemparkan nanti tatkala skodeng namanya didadanya.

Ketika aku cuba bergerak meninggalkan lokasi pertemuan tadi, dia segera memanggil sambil melambai2 tangan padaku. Huh, hebat juga ilmu kamu Dayah. Baru sekali pakai baju cerah dah ader awek tegur.

Dan awek itu tanpa segan silu terus bertanyakan padaku, ”Err... harga yang tertulis kat tag nie dah discount ke belum”. Aiseh, dah macho camni pun dia ingat aku salesman ker.

Aku hanya tersenyum. Dan kali ini aku cuba mengamati namanya di dadanya.

Jumaat, Februari 23, 2007

Darah Manis

Pernahkan kamu dengar ungkapan darah manis. Ungkapan yang dirujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.

Benarkah darah itu manis. Dan kalau manis, sebanyak mana manisnya. Elok ker berdarah manis nie. Atau merbahaya kepada kesihatan. Selain manis, agak2 darah kita nie ada rasa apa lagi, masam, masin, pahit atau ada perasa strawberry, vanila atau coklat.

Sebenarnya, ungkapan ini dicipta bagi menggambarkan dugaan bagi mereka yang memegang status tunang. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Ada saja dugaan yang melanda. Kecil, besar bisa saja mencetuskan resah di jiwa. Sebab itulah agaknya, orang-orang tua tidak menggalakkan pertunangan dalam tempoh yang lama. Sebesar mana dugaan ketika bertunang, lagi besar dugaan ketika kamu bergelar suami isteri.

Jika sebelum ini, sukar benar kamu dirapati oleh teman jantina berlawanan. Jarang benar sapaan kamu dibalas, teguran kamu dijawab. Susah benar kamu ingin memulakan sebuah perkenalan. Sejurus tali pertunangan itu diikatkan, kamu dapati diri kamu jadi perhatian. Ada saja mata yang memandang. Ada saja senyuman yang dilemparkan. Jiwa muda kamu baru bermula. Tak salah sekadar berkawan. Kata-kata manis dari lelaki seperti aku. Dan pasti ramai yang menentang. Yang pasti kaum perempuan. Bagi aku, di sini perlunya kejujuran dan kesetiaan. Cuma hati-hati dalam berkawan. Kerna kadang2 ada gunting dalam lipatan. Ada api dalam sekam.

Manis atau tidak, pertunangan merupakan jalan persediaan ke arah hidup berumahtangga. Tapi pertunangan tidak bermakna segala batasan baik dari segi perbuatan atau pergaulan boleh diabaikan. Tanggungjawab ”rumahtangga” belum bermula.

Pagi tadi, sebelum keluar bekerja, sempat aku mengadu pada mama, ”Darah angah manis kot, semut dok hurung kaki dan badan masa tidur malam tadi. Tak lena dibuat dibuatnya”. Mama menempelak, ”Apa plak darah manis, yang kamu pergi tidur kat ruang tamu tu buat apa, bilik kan ada. Semut tu dok hurung sisa biskut si Haikal anak buah kesayangan kamu tu la. Tak sempat nak vakum karpet tu mlm tadi”.. Oo..ingatkan darah manis tadi...hehehe

"Apalah erti kerinduaan, andai tiada kesetiaan."

Rabu, Februari 21, 2007

Tahun Baru Cina

Opis masih sunyi. Kalau diikutkan, opis aku nie takde lak bangsa Cina. Yang dok berjiran ngan Cina mungkin ada la. Biasalah, cuti2 Malaysia. Kesempatan yang ada elok digunakan sebaiknya. Pergilah melancong tak pun melencong. Sbb cuti pun dah panjang, malas plak aku nak amik cuti tambahan. Simpan untuk hari tua nanti.

Amacam, sakit perut tak layan buah limau mandarin. Tahun nie macam x der ’ong’ cikit. Mungkin sbb ikon tahun baru cina kali nie menyebabkan sambutannya tak berapa meriah. Tahun nie juga tak der citer terbaru Jackie Chan kat wayang. Aku cuma dapat limau sekotak jer. Itupun mntak ngan opis lama aku. Opis lama aku dulu memang berkotak2 stok limaunya. Setiap staff dah ader kuota 10 kotak sorang. Untuk dihadiahkan kepada org2 yg korang selalu berurusan. Kira stok untuk client, consulant la.

Kat opis lama, masa kerja ngan kontraktor dulu, time CNY cukup meriah. Seminggu sebelum CNY, aku dah mula terima angpow. Kat opis, tiap2 petang depa open table. Main terup. Aku tak berapa reti gak main terup yg pakai duit nie. Tak tau kira. Duit pun takder. Kitaorg geng2 budak melayu lepak borak2 sambil perabis KFC, pizza jer. Sesambil menunggu tokey2 yang kaya tu hulurkan angpow. Dan lagi best, bila depa ajak lepak kat luar plak. Pegi makan kat maner2.. Huu, apalagi lambung Yinsang la kitaorang.

Ada orang tanya kat aku. Tentang sambutan CNY nie. Hmm, tak silap aku, pernah aku dengar sorang ustaz tu bercerita, sambutan yang melibatkan agama selain Islam tak dibenarkan meraikannya. CNY nie kira sambutan bangsa. So takder la kesalahan nak meraikannya tapi tak bermakna kamu leh makan segala makanan tak halal yang dihidangkan tu. Seeloknya, sambutan itu sekadar meraikan sahabat, jiran kita yang berbangsa Cina. Tak lebih dari itu. Jangan plak kamu terpengaruh ngan budaya dan adat depa.

Tapi yang aku pelik, biler ada orang tegur tentang meraikan sambutan Deepavali tahun lepas, ramai pulak yang bela kata boleh diraikan. Aku sedikit keliru. Deepavali tu bukan kira perayaan agama ker. Entah. Siapa sebenar yang keliru nie. Mungkin kalian ada jawapan yang sebenarnya.

Rasa pelik plak gaya penulisan aku kali nie. Cam ada yang tak kene plak. Entah. Terlebih tido kot time CNY baru2 nie.

Khamis, Februari 15, 2007

Bosan

Apa yg korang nak buat biler tersangkut lama kat airport...
  • Telefon kengkawan/sidia/sedaramara smpi abis kredit atau bateri henpon dah tinggal nafas yg terakhir
  • Baca semua ruangan/artikel kat suratkhabar yg korang beli termasuk ruangan notis pengisytiharan bangkrap dan info pasaran saham
  • Berjalan mengelilingi airport 7-8 kali
  • Berborak dengan sesaper sajer org disekeliling anda
  • Ulang alik ke tandas
  • Lepak kat restoran yg mahal tu dgn air segelas berjam2 lamanya
  • Cuba memikirkan catatan yg sesuai utk blog kamu dan merangka isinya
  • Tido kat surau
  • Cuci mata kat kedai duty free
Huh, kelmarin aku ke Langkawi. Selalunya guna feri, tapi kali nie teringin nak tengok Langkawi dari pandangan sang helang. Time balik, flight penuh. Selalu standby mesti ada kosong punya, ada passenger yg x turn up. Tapi kelmarin, aku menanti dan menanti. Dari jam 7 sampai ke pukul 10. Dalam suasana kebosanan, aku mudah terasa letih dan lesu. Keseorangan. Tiada teman. Arrrgghhhhh..............

Isnin, Februari 12, 2007

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Aku rasa aku betul tentang ini. Sila hantar surat bantahan jika kamu tidak bersetuju dengannya.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kata seorang bapa percintaan masa aku kat 'U' dulu. Walaupun ketika itu aku tak berminat untuk bercinta. Sebenarnya bukan tidak berminat, tapi tiada peminat.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Maksud aku bertolak ansur dengan rakan2 sejantina. Lelaki sering tolong menolong rakan2nya yg sedang mabuk dalam percintaan. Tika kawannya itu rungsing, kami hulurkan pandangan, ketika poketnya kering, kami sama2 kongsi megi sepinggan. Ketika kawan dating ngan awek lain, kami cover tutup tembelang.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Dulu pernah, seorang kawan ingin meminjam CLK kesayangan aku. Yang ketika itu baru berumur setahun jagung. Bukan kawanku. Tapi CLK itu.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Asalnya, aku tegur kawanku yg asyik membonceng aweknya ke sana kemari. Katakan sajalah aku dengki. Sebab tak berpeluang nak gendong awek macam tu. Aku tak pernah ada motor dulu2. Aku bagitau kat dia, tak manis bawak anak dara orang ke sana kemari naik motor. Tak sangka kawanku itu akur kata2ku. Dan alasan itu digunakan untuk meminjam CLK aku.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Aku merelakan CLK aku itu digunakan oleh rakan untuk berjumpa dengan aweknya. Katanya ada majlis makan tenagh hari di rumah keluarga aweknya. Meet the parents kali pertama. Gembira dapat menolong kawan menyempurnakan hajatnya. Sedih kerna aku tak dipelawa bersama.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Entah macammaner CLK aku buat hal hari itu. Air cond yg selalunya sejuk terasa panas. Kata kawanku, kesesakan jalan raya ditambah pula bahang mentari KL membuatkan peluh jantannya mengalir laju.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Mujur juga dia sampai di rumah aweknya tepat pada masa yg dijanjikan. Mujur juga ada perfume dalam CLK aku yg sempat dikebasguna olehnya bagi menghilangkan bau peluh itu.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Terkejut juga aku mendengarkan pernyataan ada perfume dalam CLK aku. Err.. biler pulak aku standby perfume dalam CLK kesayangan.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kata kawanku, dia gunakan pewangi kereta 'Ambi Pur' untuk penambahan pada wangian diri. Sekurang2nya bau peluh jantannya tidak mengganggu mereka menikmati hidangan tengah hari.

Betulkan. Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kami tidak memilih. Rotan tiada, akar pun berguna.


Jumaat, Februari 09, 2007

Antara Wira dan CLK

Kata orang, bini pertama seorang lelaki adalah keretanya. Kereta adalah segalanya. Sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk kereta. Kalau boleh hari2 nak dibasuh kereta itu. Tapi itu ketika dia bujang. Kasih sayangnya pada kereta semakin berkurang. Bila ’si dia’ mencelah mengisi ruang dalam rumah yang bertangga. Dan semakin kurang bila mata mula bercahaya.

Dan kereta kadang2 pandai menunjuk rasa. Merajuk tidak tentu hala. Dulu segalanya ok. Sekarang banyak pulak ia meragam. Bila kasihmu mula berubah. Dari kereta kepada ’si dia’.

Dan wira hitamku, juga merajuk kelmarin. Dan 2 hari sebenarnya. Pemanduan tidak selancar dulu. Kejap2 batuk. Kejap2 tersengguk. Ketidakselesaan pada pemacuan yang ditunjukkan memaksa aku meninggalkan seketika wira itu di rumah. Sementara menunggu doktor mekanik itu merawat, aku beralih kasih pada CLK lama yang kutinggalkan.

Dah lama tidak aku bawa CLK ini merempuh jalan yang jauh. Hari ini, CLK menemani aku ke tempat kerja. Jasa CLK ku tagih kembali. Menempuhi kesesakan kota yang tak pernah sunyi dan sepi. Bukan tak sudi nak kerah kudrat CLK selama ini. Namun, aku lebih suka jika CLK tidak berjalan jauh.

Rajuk dan deman Wira hitam mengorbankan not seratus aku. Adeh.., lari plak bajet bulan nie. Wiraku, jangan kau rajuk lagi. CLK, terima kasih daun keladi.



Isnin, Februari 05, 2007

Semangat Berpasukan

Kata cikgu, masa kat sekolah rendah dulu, " Kita kena ada semangat berpasukan dalam kehidupan. Umpama lidi, mudah dipatahkan jika sebatang, tapi sukar bila dikumpulkan menjadi seberkas". Kami didedahkan sejak kecil dengan konsep dan kepentingan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

Aku tengok filem omputih, juga ada sebut perkara nie. "One for all. All for one"

Masa belajar kat U, lecturer juga bagi gambaran yg serupa " pasir, simen, aggregat dan air jika disatukan akan menjadi konkrit yang keras dan kuat"

Kes rompakan kedai emas di Subang juga menceritakan senario yang sama. Kerjasama pasukan polis cawangan siasatan jenayah Selangor, unit gerak khas Bukit Aman dan polis negeri Kelantan berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 7 jam. Dan perompak, yang berpecah ketika melarikan diri mudah benar ditumpaskan kumpulan polis2 ini. Syabas. Bukan pada perompak. Tapi polis. Ini membuatkan aku semakin minat pada Inspektor Aleeza.

Dan pagi tadi, aku terlewat ke tempat kerja kerna ada sedikit permasalahan. SMS pada mber "Bro, aku masuk lewat ckit. Tolong cover aku"

"K" jawapan yg aku terima pada skrin telefon bimbit itu.

Tengok, cikgu.. aku tak pernah lupakan nasihat dan ajaranmu. Sampai sekarang, kami masih mengamalkan semangat kerja berpasukan dan tolong menolong.

Jumaat, Februari 02, 2007

Hutang

Setelah berlembut untuk seketika, kini PTPTN memperlihatkan api kemarahannya. Itu yang dapat aku gambarkan dari petikan akhbar Berita Harian pagi tadi. Menagih kembali hutang2 lama yang dijanjikan oleh bekas-bekas peminjamnya yang kini sudah menjawat pelbagai jawatan besar di ibukota, bergaya dengan kereta mewah dan beradu tenang di rumah besar.

Aku akui, setelah berhempas pulas (err.. betul ker kamu sedaya upaya) mendapatkan segulung ijazah, kamu perlukan kehidupan yg penuh dengan kesenangan disulami gaya yg eksklusif. Kata org, bersusah2 dahulu, bersenang lenang kemudian. Dulu kamu susah ketika belajar, kini kamu ingin mengecapi kesenangan dari ilmu yang kamu pertaruhkan atas nama kerjaya itu.

Aahhh.. pedulikan pada PTPTN itu. Sudahler dikenakan caj pentadbiran 4% tu, belum sempat aku rasa gaji pertama dah kamu hantar surat notis pembayaran itu. Maka, kamu abaikan saja surat cintanya dari hari pertama sehinggalah kamu punya anak dua. Benar, tak semua yg punya gaji besar, ada juga yg hanya memperolehi gaji kecil dan tinggal di kota besar.

Tapi, kenapa mudah benar kamu lupa. Pada janji yg kamu akurkan pada borang itu. Tatkala PTPTN menjadi pembantumu, membuka jalan untuk kamu meneruskan perjuangan mencari ilmu di menara gading itu. Kamu lupa agaknya, dunia ini bukan kamu sahaja penghuninya. Lupakah pada sanak saudaramu, jiran tetangga mu, kawan2mu yang teringin untuk menjejak kaki ke gedung2 ilmu itu. Lemahnya negara ini, tidak dapat memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyatnya. Kamu pun tahu hakikat itu. Bukan kamu shaja. Tapi sipolan dan polan itu juga perlu menyediakan wang untuk membeli ilmu di sekolah2 kerjaan. Tapi kenapa kamu lupa untuk membayar semula, sesuatu yg dipinjamkan kepada kamu untuk diberikan pada mereka2 yg lain pula. Kamu nak biarkan sahaja anak2 muda itu berkeliaran tanpa hala tuju lantaran tidak dapat meneruskan pengajian kerana kesempitan wang.

Senangnya bercakapkan bila kamu tak perlu menjelaskan sebarang hutang pembelajaran. Senangnya berhujahkan bila kamu tak perlu mengagihkan sebahagian gaji kamu kepada pemberi2 pinjaman ini.

Aku tidak membicarakan soal berapa yang perlu kamu jelaskan tiap2 bulan. Aku tak mempersoalkan berapa lama masa yg kamu ambil untuk jelaskan hutang itu. Aku cuma keliru kenapa masih ada yang lari, jauh dan terus menghilangkan diri dari tanggungjawab yg pernah kamu ikrarkan dulu.

Kadang2, kita yang memberi hutang lebih malu untuk menuntut kembali hutang itu dari mereka yang berhutang. 2-3 kali bertanya masih tiada jawapan. Kita cukup malu untuk bertanya kali ke-4nya, tapi mereka tak pernah malu untuk terus meminjam dan berjanji menyelesaikannya bila sampai masanya.

Aku ingat pesan ayah, jangan sesekali jadikan berhutang itu tabiat dalam kehidupanmu. Segeralah jelaskan hutang2 itu agar dia tidak mengikatmu di hari perhitungan itu nanti.