Hati ini sudah dimiliki - Siti Nurhaliza
Rata2 surat khabar hari ini memaparkan cerita ini...baik di Utusan Tanah Melayu, Berita Hari-hari, The Bintang, Kosmo!(bace ngan nada t'gezut), Straits Time Yg Baru, Mail Melayu, Seharian Metro...malah kat Tamil Nesan...Sin Chew Jit Poh.. Kwong Wa Jit Poh ..Borneo Post pun ader diselit’n kisah ini...kecuali Harakah..itupun sbb ia adlh akhbar dwibulanan(terbit sbln 2 kali daa..itu pun x tau ker)...Kisah ini cukup sensasi..silap2 kat dalam parlimen pun Yang Berhormat itu akan berdebat kes ini...MakCik Piah yg jual nasi lemak kat simpang tiga pg2 dah kecoh ngan citer nie..dia sedikit lega namer suaminya tak dibabitkan dalam polemik ini..Aku tak nak komen panjang..aku sertakan keratan akhbar untuk kalian bacer sendri bersama ulasan ringkas aku akan pernyataannya..Entri blog aku ari nie pelik ckit..dari segi gaya, cara dan tujuannya..mungkin kerana terlalu Percayakan Siti...Kuala Lumpur 6 Mac - Penyanyi popular, Siti Nurhaliza hari ini mengakui hatinya sudah dimiliki. ``Memang sekarang Siti berkawan dengan seseorang. Siti tidak mahu orang cakap Siti menipu atau berbohong,'' katanya. Ia adalah pengakuan pertama Siti, 26, setelah kisah percintaannya dikaitkan dengan seorang ahli korporat, Datuk Khalid Mohd. Jiwa yang juga dikenali sebagai Datuk K. aku tak suka dengar namer Datuk Khalid Mohd Jiwa nie(bacer ngan nada marah ckit..kalu korang tak raser nak marah pun wat2 marah la..tp bg laki2 bujang je..yg dah kawin tu jgn nk tensen plak dgr namer nie..bini kat sebelah tu muncung jer tengok cik abang berkerut dahi sambil menggeleng bace pengakuaan Siti ni)..kenapa Khalid itu tak digantikan sajer ngan Kemat...atau andai benar Datuk Khalid adalah orangnya..saya benarkan anda gunakan nama samaran Kemat...
Penyanyi pujaan ramai itu berkata demikian pada majlis Bersarapan Bersama Bintang-Bintang anjuran Star Movie, Astro, di Hotel Ritz Carlton di sini hari ini. Perghh..klau dah bersama Siti..tak payah sarapan pun dah leh kenyang..yelah..hati manyak senang...
Malah, kata Siti beliau berharap semua pihak memahami siapakah gerangan orang tersayang yang dimaksudkannya. Bagaimanapun, buat masa ini, Siti memberitahu, dia belum bersedia mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu. Oppss..statement nie kne kasi clear ckit...hang dah wat semua jejaka kat Malaya nie tertanya tanya adakah kami yg Siti maksudkan terutama mereka yg mempunyai nama bermula dengan huruf K cam En Kemat 'k' jugak, Tuan Kemat pun pangkalnya 'K', Yang Berhormat Kemat juga bermula dari 'K'..hmmm..saper lagi..ramai gak yg ader 'K' nie..haa..Lebai Kemat pun 'K' jugak..
Mengakui dirinya kini semakin matang, Siti ternyata semakin terbuka membicarakan tentang cinta. "Siti sekarang dah cukup matang dan dewasa. Jadi Siti rasa tak salah Siti memperkatakannya kerana Siti tahu peminat di luar sana ingin mengetahuinya. Manusia biasalah apabila semakin dewasa perasaan sayang menyayangi dan cinta memang ada. Itu tak dapat lari daripada kehidupan sebenar kita,'' kata Siti. Yap betul..kalu dahulu kita semua sibuk mengejar cita2..sudah tiba masanya untuk kita mengejar cinta pula..
Siti juga berkata, dia akan mengumumkan tentang perkahwinannya apabila tiba waktu kelak.
"Jangan risau Siti akan beritahu semua orang jika sampai masanya. Siti tak boleh beritahu sekarang semata-mata untuk puaskan hati semua orang. Orang nak berteka-teki atau anggap apa saja terpulang kepada mereka, tunggu sahaja kerana sampai waktunya Siti akan mengumumkan segalanya,'' katanya. Aku raser pengumuman ini amat dinantikan sebagaimana kita menantikan pengumuman tarikh hari raya walhal kita dah leh agak..alah..kalender kater lusa baru rayer..sok kne pose lagi(ayat kecewa time kecik2 dulu sbb sok tak leh balun ketupat lg di siang hari)..
Program tersebut diadakan sempena Anugerah Academy ke-78 di samping ulang tahun Astro ke-10. Aku tak nampak kaitan Anugerah Academy ngan Astro..juga antara ulang tahun ke 78 dan 10..ada persamaan ker...Tapi kalau ader pendapat yg menyatakan sesaper yg lahir thn 78 akan nampak lebih muda 10 tahun..aku percaya tanpa was-was...
Dalam pada itu, Siti turut menafikan tentang gosip perkahwinannya yang dikatakan akan diadakan dalam masa terdekat ini. "Gosip tersebut tidak benar sama sekali. Siti belum terfikir lagi akan kahwin dalam masa terdekat ini,'' kata Siti lagi. Ok la tu..sempat lagi aku kumpul duit..
Sambil menyifatkan segala gosip suka dan duka yang hadir di dalam dirinya sebagai satu cabaran hidup, Siti memberitahu perkara tersebut membuatkannya lebih tabah dan kuat. Agak2 nye la kan..kalu hari2 kne gosip mesti Siti jadi semakin kuat..lagi dan lagi kuat....stakat angkat tong gas naik tingkat 15 ikut tangga rileks jer...
Seramai 18 penghibur hadir memeriahkan majlis tersebut bersama-sama 60 pelanggan bertuah Astro, menonton Anugerah Academy secara langsung. Antara yang hadir ialah Nana AF1, Misha Omar, Azizan Nin, Ashraf Sinclair dan Zahid AF2. Aku tak pasti kenapa pelanggan astro yg dapat menonton anugerah academy dianggap bertuah..Oooh...nie mesti dpt tgk fesyen tak cukup kain nie..mmg bertuah..aku yg rugi tak menontonnya..he..he..
1 ulasan:
hello kawan bagus punye artikel. masing-masing dok layan hati pasal gadis sensasi malaya nak kawin.kalau itu macam kau tulis ape kate kau masuk politik cepat dapat datuk mane2 artis atau org tv3 kau boleh sapu.
epi,klang
Catat Ulasan