"Nak tengok filem Nur Kasih" tanya aku pada awek che'gu. Soalan yang aku tahu jawapannya. Nur Kasih pernah jadi fenomena dalam hidup awek che'gu. Juga mak. Cuma aku tak adalah nak ajak mak tengok wayang pula. Mak tak pernah tengok wayang dan tak mungkin akan.
.............
"Versi drama lebih menarik dari versi filem" komen awek che'gu. Iya. Filem ini lahir dari kejayaan sambutan luar biasa dramanya. Kelebihan drama, ia mampu buatkan kita tertunggu-tunggu kisah seterusnya. Seperti cinta, perasaan rindu itu buatkan cinta itu besar maknanya dalam hidup. Tidak sabar untuk menunggu. Tidak sabar untuk bertemu.
Menghasilkan filem dari genre drama sememangnya sukar. Kekuatannya terletak pada dialog dan lontaran emosi yang seharusnya mampu buatkan kamu turut menyelami perasaan setiap watak yang dilakonkan. Nur Kasih pada aku berjaya untuk itu.
Selain dari episod cinta, pengorbanan dan kesetiaan yang merupakan ramuan utamanya, plot watak Adam dan Nur mengajar anak-anak muda yang liar tapi punyai keinginan untuk menjadi sebahagian dari ahli masyarakat yang berguna disampaikan penuh jujur. Biar sekadar lakonan, watak anak-anak muda itu sememangnya ada bersama masyarakat kita. Cuma kita yang memandang sebelah mata dan terus membiarkan mereka hanyut tanpa keinginan untuk menghulurkan hatta sebatang kayu.

....................
Ahhh. Aku tak pandai untuk mengulas tentang filem. Aku cuma tahu tekan butang "LIKE" sambil jempul ibu jari ke atas. Peminat drama Nur Kasih tak seharusnya melepaskan kesempatan menonton filem ini. Tambahan pula dikhabarkan ia tayangan esklusif di pawagam sahaja. Tiada di Astro First. Untuk mak, nanti kami carikan DVDnya. Untuk awek che'gu, "Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang".
6 ulasan:
wah sweet ucapan incik Kemat..
oh takde kat astro first..
versi donlod ade tak haha...
*entri baru Gambar Ekslusif : Buang Bayi macam Buang SAMPAH!...
hepi eniberseri kemat n awek chegu..
.
selamat ulangtahun.....
semoga ikatan berkekalan abadi....
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan juga bro :) Wife aku asyik ajak je aku pi tengok cerita tu. Tapi takde masa lah nak pi,hehe. Nak tengok malam2 sejuk katanya. Dia tak tahan aircond :P macamlah siang aircondnya kurang.
Selamat ulang tahun abg kemat dan awek che'gu...bape thn dah???
tintakibod:
tq
tasekM:
tq
zona:
tq
acai:
tq, kena gi tengok bro..
shasha:
tq.. 4 tahun (muda lagi rumah tangga kami)
Catat Ulasan