"Kita tak boleh biarkan perkara ini. Ia akan membuatkan kita berfikiran jumud, sempit dan dangkal. Tiada pembaharuan. Tiada keberanian" pekik satu suara.
Dan suara lain pula menambah, "Benar kita bukan burung yang boleh terbang tinggi dan melihat dari pandangan atas yang luas. Tapi kita boleh sahaja mendongak ke atas. Cuma bukan diintai dari ruang ini sahaja"
"Lalu, apa kata kalian" sahut satu suara, ketua barangkali yang memohon pandangan yang lain.
"Kita bakar aje.. Kita bakar aje" celah satu suara, peminat filem Hantu Kak Limah barangkali.
"Kita kumpulkan kesemuanya. Dan pecahkan biar lerai berderai. Tiada lagi boleh mengikat kita selepas ini"
..............................
Bertebaranlah sang katak mencari tempurung kelapa. Ada yang dipecahkan. Terbelah dua dan tiga. Ada dibakar, sampai tingggal debu. Mereka percaya, tempurung telah menyekat pemikiran mereka selama ini. Membelenggu idea kreatif dan inovatif untuk mereka bergerak maju. Tanpa tempurung, mereka bebas melihat dunia. Tidak hanya mengintai dari dalam tempurung sahaja. Punca kerendahan martabat katak dihapuskan. Mereka yakin sepenuhnya.
Kecuali seekor dua. Yang masih menyimpan tempurung. Sebagai tempat berlindung. Dari hujan lebat atau panas terik. Juga dari ular yang lapar. Salah itu bukan pada tempurung, tapi bagaimana digunakannya. Itu pula hujah mereka yang menyimpan tempurung.
4 ulasan:
Hmmm.....*pikir sambil kunyah karipap sebagai sarapan pagi
setuju!
jangan salahkan tempurung
masih ramai yg duduk dlm tempurung sebab takut nak berubah.. katanya dah cukup selesa dah kat dalam tu..
shasha:
jangan sampai tersedak sudah yer..hehhe
zonaku:
LIKE
saad:
berikan pilihan, sediakan jalan
Catat Ulasan