Dan kami namakan dia, Harith Idlan..................... pada hari ketujuh kelahiran.
Ahlah wa sahlan. 39 minggu dalam kandungan, membesar dari zat yang dikongsi dan disalurkan menerusi placenta, akhirnya telah ditakdirkan untuk menjenguk dunia selepas 2 minit jam berdenting 11 kali di pagi 14 Jun 2011.
Hati mana yang tak berdebar, jiwa mana yang tak resah, wajah mana yang tak gelisah tatkala menanti kelahiran permata hati kedua ini, putera pertama melengkapi kehidupan yang kian bermakna.
Tangisan pertamanya, membutirkan senyuman penuh kesyukuran. Disambut dengan alunan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri, bayi seberat 3.76kg kini menjadi tanggung jawab kami untuk mencorakkan perjalanannya.Warna mana yang bakal kami pilih, warna mana pula yang kamu suka.
Harith Idlan,
Hari ini perjalanan kamu di dunia sebenar baru bermula. Akan ada rasa suka, duka, senyum tawa, sedih, pedih, pahit, manis. Namun segala rasa dan rencam kehidupan itu indah sebenarnya. Nikmatilah ia.
14 ulasan:
Tahniah.
Selamat datang ke dunia wahai khalifah Allah...semoga membesar menjadi anak liepan yg soleh..
Be a superb father ek Bapak Liepan...
tahniah kemat.
aku tumpang gembira..
.
tahniah....
Tahniah.
Akhirnya dapat merasa menjaga, membesar dan mendidik seorang puteri & putera. Semoga menjadi anak-anak yang soleh.
bulat2 tembam mcm mimi keh keh keh keh
tahniah awak!
:)
nizamsani:
tq
mushroomcute:
amanat kamu saya akan cuba laksanakan
tasek:
tk
zonaku:
tk
ns:
permulaan kepada perjalanan menjadi bapa kpd puteri dan puteri
antalya:
hehe
cik fatihah:
tk
tahniah en kimat
Tahniah! Dari muswadee
tanpa nama:
tq
muswadee:
tq, dok mana sekarang nie bro
tahniah bro!
Ehhhh...tatau pun!!!tahniah abg kemat!!!harith sgt comel...
Tahniah Kemat! Wah....hero pula ye. lengkap dah famili.
:)
Catat Ulasan