Khamis, Julai 29, 2010

Menjelang Ramadhan

"Awak tak mengidam kan" tanya aku pada awek suka kucing. Dengan penuh sopan dan santun. Iyalah. Orang yang mengidam selalu dikaitkan dengan mengandung. Pembawakan budak. Dan mereka ini mudah tersentuh. Sensitif.

"Isshhh.. ngko jangan buat spekulasi Mat"



"Abis tu. Dari pagi tengok asyik makan jer.  Nie tengah hari layan makanan cara omputih nie. Lain macam selera"

"Oooo.. aku dah abis ganti puasa. Kira cam raya awal la nie"


Iyaaa.. Bagi yang belum sedar. Ramadhan dah hampir tiba. Bila mana gadis-gadis nakal, awek-awek manja, perempuan-perempuan melayu terakhir, juga para solehah berusaha lunaskan hutang puasa. Bersemangat hari demi hari.


Err abang-abang nakal, kalau ada yang tertinggal jangan buat-buat lupa. Masih ada masa.


Selasa, Julai 27, 2010

Ubat II

Aiseh. Dah lebih setengah tahun. Azam nak tambah berat belum menampakkan tanda kejayaan. Lelaki yang suka pakai stetoskop tu bagi aku ubat. Tambah selera makan. Tapi tak jalan. Selalu aku miss makan ubat.


Aku rasa. Aku nak cari ubat. Yang boleh tambah selera makan ubat. Baru jalan.

Ahad, Julai 25, 2010

Rindu Pungguk Pada Bulan

Kata Pungguk.
Ia rindu pada bulan.
Yang bersembunyi di balik awan.

Tunjukkanlah dirimu bulan.
Sinarilah dunia ini dengan terang.
Dari cahayamu yang gemerlapan.

Malam makin kelam.
Tanpa kamu sebagai teman.

Rabu, Julai 21, 2010

Yang Penting, Manis Itu Ada (Haha)

"Susah kan jadi orang cantik nie" keluh awek suka kucing di suatu pagi.

Sudah. Dia dah buat dah. Pagi-pagi mengheret aku ke persoalan yang penuh emosi nie. Setengah minit pertama aku masih berdiam. Memikirkan reaksi terbaik. Aku tak pasti. Orang cantik itu merujuk kepada orang lain atau cerita tentang dirinya. Tersalah tafsir buruk padahnya. Hati kawan harus dijaga. Benar. Kita perlu berterus terang. Ikhlas. Tapi siapa sanggup dengar cacian. Siapa yang tak suka pada pujian.

"Engkau macam mana Mat" sambung awek suka kucing lagi. Kali ini dia benar-benar mengheret aku ke dalam kancah persoalan emosinya pagi itu. Mungkin dia nak tahu bagaimana aku berhadapan dengan masalah menjadi orang cantik, atau kacak jika ditukar pada jantina lelaki.

"Err, aku.."  Belum sempat aku habis ayat, awek suka kucing menyampuk lagi. 

"Kau mesti tak der masalah atau rasa rimas orang sekeliling asyik pandang jer bila ngko lalu kan. Tak perlu rasa malu-malu jadi perhatian dan tarikan orang sekeliling"

Cheh. Tak berlapik langsung. Direct to the point saja. Tak jadi aku nak beri komen.

Selasa, Julai 20, 2010

Rahsia Masak Char Kway Teow Siri Dua

Akhirnya, dia akur juga untuk ajarkan cara makan masak Char Kway Teow pada kali ketiga kami bertanya tentang resepinya.

"Char Kway Teow yang sedap ada 3 rahsia" kata kawanku memulakan sesi demostrasi petang itu di dapur bujang kami.

"Pertama. Char Kway Teow kena masak sekali untuk setiap hidangan. Kalau ada 3 orang nak makan, 3 kalilah kena ulang masak. Tak boleh sekaligus". Sepantas kilat dia tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili blender. Bila dah naik bau sikit, dicampakkan pulak udang dan kerang.

Tak sampai 5 minit Char Kway Teow pertama kami siap.

"Kedua. Char Kway Teow kena makan masa panas-panas. Tengah berasap lagi. Kalau udah sejuk, memang tak 'masuk' punya" ujar kawan sambil sendukkan Char Kway Teow ke dalam pinggan. Dan terus bersila depan tv.

"Eh. Takkan ngko jer. Char Kway Teow kitaorang macam mana"

"Ha... itu rahsia no tiga. Anak murid kena masak sendiri. Tak boleh cilok sifu  punya"

Cheh. Dan Char Kway Teow pertama hasil air tangan kami dah macam Kway Teow goreng jer. Petang tu, kami cuma ambil bau saja




Ahad, Julai 18, 2010

Rahsia Masak Char Kway Teow Siri 1

"Serius nak belajar masak char kway teow" tanya kawan rumah sewa aku kat Penang. Yang memang arif dalam bab masakan char kway teow nie.

Kami berdua mengangguk serentak. Mengiyakan hajat kami.
"Wokeh. Nak masak char kway teow nie mudah sahaja kalau kamu tahu rahsianya"

"Eh, kalau udah namanya rahsia. Macam mana kami nak tahu. Kalau ngko bagi tahu, bukan rahsia lah tu" betah kawan aku yang sorang lagi. Yang bijak dalam menilai char kway teow terbaik di Penang, tapi ilmu masak sekadar meggi unplugged sahaja.

Kawan yang arif masak char kway teow terus diam. Tak jadi sambung cerita. Malam tu, kami makan char kway teow kat Sani di Restoran Nasi Lemak Liverpool lagi.

Pelajaran pertama kami: Jangan banyak sangat bersoal jawab dalam bab nak berguru nie.

Isnin, Julai 05, 2010

Biarkan Aku Pergi

Saat itu. Kami cuma berdua.  Mukanya jelas tampak kemerahan. Mungkin malu.

Aku. Cuba menahan. Gelodak jiwa dan segala yang menggetarkan perasaan. Ini bukan masa yang sesuai. Muka aku, jika berkulit putih pasti jua tampak kemerahan. Bukan malu. Tapi menanggung resah gelisah. Namun, semakin lama ditahan, semakin aku tak keruan. Aku pasrah. Aku perlu lepaskan jua. Demi ketenangan hati.

 "Ngko kentut yer Mat" tanya awek suka kucing sejurus kami keluar dari lif.

Khamis, Julai 01, 2010

Mencari Jalan Pulang

"Betul kamu tahu nak ke sana" tanya kawan. Yang teringin tapi was-was.

"Singapura nie kechik jer. Selagi kita tak langkah Tambak Johor, pasti kita kat pulau nie lagi. Dah jom. Bas dah sampai" ujar aku sambil tunjukkan bas 2 tingkat yang menghampiri perhentian.

15 minit selepas itu. Kami dah sampai ke tempat yang ingin dituju. Jalan Bugis.

"Leh tahan ngko punya pengetahuan pasal jalan kat sini yek" puji kawan yang berpuas hati dengan destinasi 'redah-redah cari makan' yang aku cadangkan. Aku senyum. Tak boleh nak bangga lebih-lebih. Tapi memang terasa nak buang jer peta kat tangan tu.

"Eh, balik nie macam mana"

Aku diam. Aku lupa fikir pasal jalan balik masa datang tadi.

Dan kata mak cik kat hentian bas tu " Hotel 81, ada banyak kat Geylang tu... lorong mana satu hotel kamu nie". Peta tadi memang dah aku buang. Alahai.