Selasa, April 13, 2010

Rahsia Diari Biru VI: Pungguk. Hari Ini Kau Punya Kawan

Mat Bon tahu. Cintanya bagai telur dihujung tanduk. Bakal jatuh berderai. Atau barangkali embun dihujung rumpun. Entah. Mat Bon kurang pasti perumpamaan sebenarnya. Dia bukanlah pakar bahasa. Cuma sejak dilamun angau cinta, dia berjinak-jinak dengan bahasa (dan kebaikan secara tak langsung, dia menyedari keindahan Bahasa Melayu itu sendiri).

Esah. Masih begitu. Memikat tapi sukar dijerat. Belum sudi terima cinta Mat Bon. Dan belum menolaknya juga. Mungkin Esah mahu simpan. Nak lihat sejauh mana cinta Mat Bon boleh berkembang. Selama mana cinta itu boleh bertahan. Kuatkah ia menempuh cabaran.

Atau Esah. Cuba jadikan cinta Mat Bon pertaruhan. Andai cinta yang dicari Esah tidak kesampaian. Atau Esah ingin mengejar cita-cita dahulu menyebabkan dia tidak pedulikan tentang cinta. 

Pernah. Mat Bon ikut kata nasihat kawan-kawan. Berpaling dari cinta Esah. Tapi tak lama. Cinta Esah ada di mana-mana. Depan. Belakang. Utara. Selatan. Dia tidak mampu menipu diri sendiri. Kalau benar dia dipukau cinta Esah, dia rela. Angau cinta itulah yang buat dia semangat untuk bangun pagi ke kuliah. Bukan sekadar bangun tapi mandi pagi. Pakai brycream separuh tapak tangan.

Pungguk. Hari Ini Kau Punya Kawan. Beginilah maksud disebalik catatan dalam diari biru itu.

3 ulasan:

shasha berkata...

hmm...ayat mat bon tak cukup power lagi kah?

Cik Keju berkata...

kalau aku jadi mat bon, aku lupekan je si esah. jual mahal sgt.. :p

Kemat berkata...

shasha:
belum bisa mnecairkan hati Esah

cik keju:
dia sanggup menawarkan harga yang tinggi..haha