Jumaat, April 16, 2010

Esok Cuti, Hari Ini Kita Menyanyi


Awek che'gu jadi guru Pandu Puteri kat sekolahnya. Setiap hari Rabu, kenalah pakai pakaian seragam Pandu Puteri. Pandu puteri nie kalau tak silap versi pengakap la bagi lelaki. Yer kan. Aku tak pasti sangat, cuma yang aku ingat masa sekolah rendah dulu, mamat pengakap selalu bercouple ngan minah pandu puteri.

Bukak cerita pengakap, teringat antara lagu pengakap yang cukup aku minat dulu-dulu. Lebih kurang cengginilah liriknya

Atas bukit ada rumput,
Rumput cantik tak pernah lihat,
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau...
Hey.. rumput yang hijau...

Atas rumput ada pokok,
Pokok cantik tak pernah lihat,
Pokok atas rumput,
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau...
Hey.. rumput yang hijau...

lalala (banyak rangkap, malas nak tulis)

Rangkap akhirnya lebih kurang macam ini, kalau kreatif leh tambah lagi

Atas jambul ada kutu,
Kutu cantek tak pernah lihat,
Kutu atas jambul,
Jambul atas burung,
Burung atas telor,Telor atas sarang,
Sarang atas daun,
Daun atas ranting,
Ranting atas dahan,
Dahan atas pokok,
Pokok atas rumput,
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau...
Hey.. rumput yang hijau...

Sekarang, kalau nak nyanyi kena tukar sikit lirik dia, bukit yang hijau dah tak banyak...abis semua kena gondol



6 ulasan:

Amy Z! berkata...

hahaha. teringat pandu puteri~ oh nostalgiknyaa..


tapi kena nyanyi laju2 tau semua yang atas semua tu..

hahaha.

comel!!

BooK berkata...

Encik Liepan,

Hoi aku suka gila lagu ni. Ni lagu favorit aku tatkala membasuh baju di asrama. Haha. Terus produktif kerja-kerja membasuh aku.

Mungkin sekarang aku kena praktis balik lagu ni.

puterikurekure berkata...

pernah dgr lagu ni. tapi dah tak ingat camne melodinya.

shasha berkata...

kaaannn...dah byk bukit yg gondol~!!

kemat berkata...

amyz:
hahaha.. masih ingat lagi lagu ini

book:
nyanyi bor..jgn tak nyanyi, kasi berus abis....

puterikure:
cuba tanya budak pengakap

shasha:
kata mereka untuk pembangunan..yer ker

nizamsani berkata...

tak pernah dengar lagu ni.
tak pernah masuk pengakap.
pandu puteri pun tak pernah juga.