Jumaat, April 23, 2010

Salam Buat YB.


Salam. Nama saya Rakyat. Kenal? Mungkin tidak. Ingat? Barangkali tidak juga. Tidak mengapa. Saya tidak berkecil hati. Lagipun pertemuan kita yang terakhir kira-kira 2 setengah tahun yang lalu. Dan mungkin akan berjumpa pada 2 setengah tahun akan datang. Dan pertemuan seterusnya mungkin pada setiap 5 tahun.

Tuan Yang Berhormat. Err.. betulkan gelaran yang saya berikan. Maaflah kalau tersalah. Sebab saya tahu tuan pentingkan panggilan gelaran yang tepat. Saya mungkin keliru sebab di awal pertemuan kita dahulu, tuan minta dipanggil dengan gelaran Yang Berkhidmat. Cuma akhir-akhir ini tuan selesa dengan panggilan Yang Berhormat.

Melalui tulisan ini, tidaklah saya mengharapkan apa-apa. Tidak harta. Tidak wang ringgit. Tidak lot banglo. Tidak kontrak bekalkan barang-barang. Tidak permit khas mengusahakan perniagaan.. Cuma sekadar masa sahaja (oh.. bagaimana saya boleh terlupa, masa itu emas, terutamanya masa Yang Berhormat)

Beginilah. Saya ringkaskan sahaja. Saya cuma membawa khabar dari kampung. Menyampaikan mimpi dan angan-angan yang kami pasang bertahun yang lalu. Kami pernah cuba lupakan mimpi dan angan-angan itu, tapi dalam pertemuan 2 setengah tahun yang lalu, kami diminta terus berharap pada mimpi yang sama. Ia akan jadi kenyataan. Pasti jadi kenyataan. Itu kata-kata Yang Berhormat dahulu.

Mimpi apa? Oh, maaf. Lupa saya ceritakan. Pasti mimpi kita tidak sama. Bukan mimpi melancong ke negara atas angin. Bukan mimpi memegang jawatan besar. Bukan mimpi menaiki keretammewah. Mimpi kami melihat kesejahteraan dalam kehidupan.  Mimpi melihat anak-anak tidak perlu bangun seawal jam 5 pagi. Berjalan kaki, berbasikal berbatu jauhnya ke sekolah yang beratap nipah. Mimpi melihat jalan merah diturap cantik (tapi tidaklah seperti yang diturap di pekan 2 setengah tahun lalu. Tergesa-gesa benar dibuatnya, tak sampai 6 bulan dah kembali berlubang sana sini). Mimpi melihat tiang-tiang elektrik dan telefon tercacak di depan rumah. Mimpi melihat lebih banyak perusahaan kecil yang dapat menjana pendapatan kaum ibu. Mimpi melihat pekan yang lebih bersih, tiada longkang yang tersumbat, mimpi melihat surau dibesarkan bagi menampung lebih ramai jemaah. Mimpi... wah banyak pula mimpi kami.

Maaflah. Mungkin kami sudah dibiasakan dengan bermimpi. Tapi tak salahkan kami bermimpi. Kerana pada 2 setengah tahun yang lalu, ada wakil syarikat elektrik dan telefon datang membuat banci penduduk yang ingin terangkan rumah dengan cahaya kalimantang dan punya telefon di ruang tamu. Ada kontrakor datang mengukur kelebaran jalan. Saya pasti Yang Berhormat juga masih ingat, ketika majlis pecah tanah sekolah baru. Semua yang hadir senyum riang. Anak-anak beroleh basikal baru. Golongan berusia beroleh kain pelikat sepasang buat persedian hadir ke surau yang akan dibesarkan dengan peruntukan ribuan ringgit. 

Selepas 2 setengah tahun, ia masih begitu. Jakan keluar masuk kampung masih bertanah merah. Surau semakin uzur keadaanya. Tapak sekolah baru dah jadi belukar.

Maaflah. Terpanjang pula celoteh ini. Terambil masa berharga Yang Berhormat. Saya cuma mewakili suara menyampaikan pesan. Dan rindu untuk menatap dan bersalaman dengan Yang berhormat sekali lagi. 

Oh ya... sekadar menceritakan apa kata-kata orang di sini. " iapa perlukan wakil rakyat, bila kita dah ada aduan rakyat". Iya. Hati terbakar tiada siapa yang tahu.

Terima kasih. Kerana sudi membaca celoteh ini. 

-Rakyat-

7 ulasan:

GDIZ berkata...

ermm..semua YB dr mana2 parti sm je kot... Nak komen lebey2 tak berani la pulak. Kena masuk kampung ronda2 see youself lah.

ayobkelubi berkata...

bravo kemat!

Tanpa Nama berkata...

garang lu kemat...

shasha berkata...

demam pilihanraya?

kemat berkata...

gdiz:
sekadar catatan bersifat umum

ayobkelubi:
:)

tanpa nama:
dalam hati jer

shasha:
musim....

Faiz Faiza berkata...

salam en.kemat
(selama ni jd silent reader. hari ni tgerak hati mahu komen sama)

"Saya mungkin keliru sebab di awal pertemuan kita dahulu, tuan minta dipanggil dengan gelaran Yang Berkhidmat. Cuma akhir-akhir ini tuan selesa dengan panggilan Yang Berhormat." btambah panas musim panas ni =)

sinikal2...apa guna wakil rakyat bila dh ada Aduan Rakyat? byk en.kemat; masa ni nk tjk hebat, byk kerja yb tengah buat, tp tak boleh cepat2, psl peruntukan tgh tsumbat. opss!

maaf pjg celoteh, psl saya pn rakyat =)

kemat berkata...

faiz faiza:
terima kasih sudi membaca. Letih melihat YB (mungkin segelintir sahaja) yang lupa amanah yang diberikan