Isnin, April 26, 2010

Dia Takut Hujan Agaknya


Puas cuba mengelak pujuk rayunya. Akhirnya. Aku terima. Lamarannya.

Petang itu. Ada orang datang panjat bumbung rumah. Pasang piring besar, mengadap arah kiblat. 

Iya. Malam-malam kami akan ditemani Cik ASTRO. Malam yang sama piring itu dipasang, aku dah simpan angan-angan. Nak tengok bola. Nak tengok cerita itu. Cerita ini. Malam pertama memang nak tidur depan tv kalau boleh.

Malam tu. Hujan lebat. Sangat. Aku tidur bawah selimut tebal. Cik ASTRO. Entah ke mana menghilang. Kami hanya jumpa dalam mimpi.

3 ulasan:

shasha berkata...

finally...abg kemat mengalah gak..heheheh

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

gtu lah cik astro..tem hujan mmg sembunyi..tem bulan mengambang/mthri d ufuk timur je cik astro kua..ha ha ha

Kemat berkata...

shasha:
kuat dia menggoda..heheh

@yue:
cik astro tak adil