Sabtu, Februari 20, 2010

Dari Blog Husna


Hari itu hari Khamis. Pelik juga. Bila buka mata. Jam 8 pagi. Ayah masih ada. Berdengkur di penjuru katil. Dengan kain pelikatnya. Cuti agaknya. Biasalah ayah, asal cuti jer mesti tidur. Jangan harap la nak pergi motong getah awal pagi cenggini.

Mama pun ada kat rumah pagi tu. Masih bercuti. Syok juga jadi cikgu nie. Banyak cuti. Ingat dah besar nanti nak jadi cikgu macam mamalah. Anak murid ramai. Sampai pencen pun orang akan panggil cikgu. Jurutera macam ayah tak best, asyik sibuk jer. Balik malam dengan wajah rungsing dan kepenatan jer.

Jam 9. Ayah dah mandi. Dressing ayah lain macam. Mesti nak keluar nie. Mama pun sama. Cantek betul hari nie. Saya jer. Masih pakai baju dok kat rumah. Walau dah mandi. Tak ranggi lah kalau keluar berjalan pakai macam nie.

Sambil kemas beg pakaian saya, mama dan ayah sibuk berborak. Pasal cerita kat wayang. Saya tak pasti wayang tu apa. Tapi sepupu saya yang pernah pergi wayang ada bercerita, kat situ tv dia besar punya. Takkanlah mama dan ayah nak pergi tengok tv besar. TV kat rumah nie pun dah jarang-jarang tengok.

"Ok. Dah siap. Jom" kata mama. Pada ayah. Cepat-cepat, saya hulur tangan. Minta dukung. Nanti kena tinggal. Tapi, baju tak tukar lagi nie. 

Dalam kereta. Dah mula simpan angan-angan. Kat manalah ayah nak bawak kitaorang berjalan hari ini. Dah nama angan-angan. Susah nak jadi kenyataan. Ingat dapat ikut mama dan ayah, rupanya kena pergi taska hari ini. Alahai. Hari ini. Ayah nak 'dating' ngan mama. Macam orang-orang muda. Jalan berpegangan tangan.

Petang, balik dari taska. Ayah bawa pergi taman. Mungkin ayah rasa bersalah, tinggalkan saya pagi tadi. Walau tamannya cuma kat depan rumah, jarang dapat pergi. Mama kata, nak pergi kena tunggu ayah. Tapi ayah balik dah malam. Petang tu, ayah benarkan saya cuba semua permainan kat situ. Seronok sangat. Mungkin lepas nie, kena tunggu ayah bercuti untuk pergi lagi. 

Oklah. Tak boleh nak online lama-lama. Nanti mama marah pula. Buku pun tak baca lagi hari nie. Ayah lupa agaknya nak ajarkan saya. Tapi jangan lupa, janji ayah nak belikan baju baru, sebab saya jadi anak yang baik, tak menangis ditinggalkan pagi tadi.

Sayang mama. Sayang ayah juga.

7 ulasan:

Intan and The Boys berkata...

alololo...cian husna kena tinggal ek.
takpe...husna besar sket nanti mama ngan abah bawak husna tgk wayang.

:)

shasha berkata...

uiksss...husna dah ada blog sendiri...yeay!!!

kingbinjai berkata...

ha ha mati mati aku ingat kisah ko

tasuke berkata...

hai la husna...kalo kerap berlaku kejadian serupa ini..tak lama lagi dapat adik le ngko...

Kemat berkata...

puterikurekure:
husna nak tengok teater

shasha:
yeay..hahha

kingbinjai:
hari ini, semua orang boleh menulis

tasuke:
err...hehe

Nida Shaari berkata...

aik nampaknya husna tengah chatting di Facebook tuh... amboi...

Kemat berkata...

nida:
tengah bertatih jadi penulis