Isnin, Februari 08, 2010

Cinta Perlukan 'Chemistry'

"Betul ker cinta perlukan chemistry" tanya seorang rakan. Yang masih bujang. Belum berpunya.

"Mestilah. Cinta perlukan ikatan. Ada chemistry. Ada ikatan" balas aku. Lagak sang arjuna cinta.

"Macammana nak cari chemistry dalam cinta tu. Susahlah. Dah ramai aku berkawan. Kata mereka. Kami tiada chemistry

"Hah. Engkau dah bertanya pada orang yang seharusnya. Kemat si Raja Percintaan" sambil tersenyum lebar (tanda bangga diri). "Aku boleh tolong engkau dapatkan chemistry. Taklah susah sangat. Yang penting kena usaha. Dan doa agar campuran chemistry engkau tu betul" sambung aku lagi selepas meneguk teh tarik di gelas depan.


"Cayalah Mat. Ini macam kawan. Aku belanja engkau makan. Err.. camner dapat chemistry dalam cinta engkau. Kongsilah sikit" 


"Senang jer. Aku kawen ngan cikgu kimia" 

"Cheh"

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh tu rahsia kemat... hehe.....

Intan and The Boys berkata...

hahahaha!
lawak isnin. ceria sket hidup aku.
tq kemat!

Amyz! berkata...

hehehe. bagus betul strategi tersebut. haha. :-p

shasha berkata...

huhuhu...kalo cikgu bio lak..camna?

avataraang berkata...

terbaik..tp dl cikgu kimia kitorg xde kimi lgsg dn anak murid..tiap kl masuk kelas ade je yg xkne..hehehe

kingbinjai berkata...

ha ha ha

Kemat berkata...

acik:
kamu cikgu apa yer

puterikure2:
begitulah asalnya tujuannya, menceriakan siapa saja yang singgah ke laman ini

amyz:
bijak tak..heheh

shasha:
itu peringkat tinggi sikit tu

avataraang:
mintak dia ajarkan cara nak tukar unsur ke sebatian, baru menjadi

kingbinjai:
haha

skidg8 berkata...

itu kalo ngan cikgu kimia. kalo ngan cikgu English?

huhu...

kemat, kene tolong ni...heheh...