"Hello Encik Kemat" kata suara di hujung corong sana. Garau dan parau.
"Iya. Saya. Dengan siapa saya bercakap nie"
"Saya dari agensi cari ilham. Kami difahamkan encik tengah mencari ilham. Boleh kami bantu, ilham bagaimana yang encik perlukan. Yang ada kisah sedih duka lara atau kisah gembira penuh suasana tawa ria. Atau mungkin sedikit kisah jenaka bersama sindiran tajam terhadap politik semasa"
Benar Orang bisnes pandai dan cepat mengintai peluang. Tahu-tahu saja aku sedang mencari ilham segera ditawarkan perkhidmatan yang pasti perlukan imbuhan balasan.
"Err.. saya tak nak Encik Ilham"
"Eh, kenapa pula. Bukankah encik perlukannya. Janagn risau. Saya yang terbaik di sini"
"Saya, kalau boleh nak cari Cik Ilham. Yang cantik. Manis. Ranggi. Manja. Dan gedik. Baru ada semangat. Ada Cik Ilham + semangat, barulah rajin nak menulis"
Dan talian telefon. Terus terhenti di situ sahaja. Putus.
"Hello...hello.... hello...". Tetap tiada jawapan.
Manusia [aku lah tu] mudah sombong bila mendapat nikmat. Meminta peha sedangkan betis sudah cukup buatnya.
4 ulasan:
Begitulah.
dgn cik ilham baru la menjadi kan..kan?hehehe..
kalau ko dah dapat betis tetapi kemudian ko minta peha yang datang kelingking camne?
tanpa nama:
alkisahnya
shasha:
heheh
kingbinjai:
ambil semula betis,,,
Catat Ulasan