Baru berkias sahaja. Belum betul-betul lagi. Kalau jadi pun tak der lah cepat sangat. Mana nak cekau duit rib-rib nak masuk minang. Setakat bertanya boleh lah.
Mudah benar dia 'patah hati'. Dengar kisah ingin dimadukan. Dia merajuk. Sampai aku tak senang duduk.
Hajat hati. Nak cari yang slim. Biar cantik mata memandang. Hari-hari tak sabar nak pulang. Kalau boleh 24jam nak mengadap jer.
Bingung juga. Nak pasang sampai dua. Tapi awek che'gu dah setuju. Aku turut besetuju setelah mencongak wang simpanan aku. Tapi lagi 3 bulanlah.
Kami sama-sama gembira. Cuma dia yang nampak kecewa. Dan terus merajuk. Seminggu dah. Sejak kami berbual serius tentang perkara itu.
"Abang. TV LCD baru tu kita beli dalam minggu nie lah. Nak tunggu yang nie hantar repair makan minggu nie baru siap" bisik awek che'gu yang juga separa merajuk tak dapat tengok AJL secara langsung. TV kami rosak lagi. Alahai.
6 ulasan:
laaaaa...ingatkan kereta baru tadi...huhuhuhu
tingin sgt dh awek chegu nk tgk TV skrin beso tuh...
kot la awek chegu ngidam kot??husna nk dpt adk kot lalala...
wow.50" ke?
mat ko beli projektor aje senang, lagi besor
shasha:
jgn sebut nanti yang tu pulak merajuk
@yue:
ngidam... err..err
nizam:
mak aih.. tu besar sangat tu
3kays:
aku bukan nak bukak kedai mamak bro.. mana nak cekau RM nie
aah agaknya barang2 ni pun ada instinctkan ... kalau rasa nak beli baru je dia start rosaklah, hilanglah... pernah jadi gak kat saya ni...
Catat Ulasan