Isnin, November 30, 2009

Kerja Perlukan Tonik

"Aiseh. Internet tak ada la" 
Pernah. Bila perkhidmatan internet di pejabat tergendala ramai dah susah hati. Masing-masing kepanasan. Muka monyok. Hati renyuk. 

Kerja. Walaupun tak secara langsung menggunakan internet kecuali untuk urusan penghantaran dan penerimaan email sedikit terjejas. Masing-masing dah ke sana ke mari. Macam tak ada bekalan elektrik. Walhal internet jer yang tak boleh guna. PC boleh jer kalau nak menaip laporan kerja tu.


Aku belajar satu perkara. Untuk buat kerja. Perlukan internet. Dengan kelajuan yang amat tinggi.


Noktah. Cerita satu. Yang jarang-jarang berlaku (kes internet tiada). Tapi bila berlaku, begitulah ceritanya.


"Eh... kerja hari ini" tanya awek che'gu. Melihatkan aku menggosok kemeja. Seraya mengambilalih tugasan menggosok. Aku biarkan sahaja pada yang pakar.

"Enche-enche bos bercuti hari ini" Walaupun mood bercuti masih ada. Aku rasa perlu hadir bekerja. Sekurang-kurangnya di pejabat. Tugasan boleh berjalan. Cuti silih berganti. Hari ini beliau. Esok aku. Lusa kamu. Tulat mereka. Lagipun kerja masa enche bos tak ada sedikit selesa. Ada ruang untuk aturkan jadual dan tugasan kerja yang perlu diselesaikan.

Belum jam 10 pagi. Perut dah berkeroncong lapar. Kes tak minum pagi. Kerja pun dah tak keruan. Talian internet ok. Laju macam selalu. 

Geng meja bulat kedai kopi hanya aku seorang yang datang. Yang lain bercuti. "Susah juga cenggini" getus hati. Rungsing. Bingung. Kawan tak ada susah nak buat kerja. Walau tiada bersangkut paut dengan mereka. Semangat untuk bekerja seakan tiada.

Noktah. Cerita dua. Cerita hari ini.

Aku belajar satu lagi perkara. Untuk buat kerja (aku) perlukan internet dan kawan.

Pesanan untuk kawan2:

1. "Weh.... bila korang nak masuk kerja nie"
2. "Aku cuti Selasa dan Rabu tau. Selamat bekerja"

Selasa, November 24, 2009

Tanggal 22 November 2009

Husna genap setahun.
Hari yang sama.
Kami memilih untuk berhijrah.
Berpindah ke teratak baru.

Husna.
Kamu mengingatkan ayah.
Pada diri sendiri.

Raut wajahmu.
Seperti ayah 30 tahun yang lalu.

Tingkah lakumu (kadang-kadang suka berangan berseorangan, segan pada orang) persis ayah.
Memberi kesempatan ayah.
Mengenali diri sendiri.
Melalui kamu.

Selamat Ulang Tahun Sayang.


Isnin, November 23, 2009

Hijrah

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan....
       - rumah sewa, apartment permai, DD


Gambar : Husna, sibuk membantu ayah dan mamanya mengemas barang.

Jumaat, November 20, 2009

Kemat Jadi Model


“Mana gambar ngko Kemat” tanya awek suka kucing yang sedang menelaah gambar-gambar yang aku rakamkan di Jepun. Dari tadi dia cari gambar aku la nie.

“Udah saya tukang ambik gambar. Kurang la gambar saya. Nie ha. Gambar saya pakai yukata. Amacam... ada gaya samurai tak” 

“Macam model lah” balas awek suka kucing.

Sah dia minat aku. Patutlah nak sangat tengok gambar aku.

“Model Jepun kan. Saya pun perasan macam tu jugak” aku cucuk jarum.

“Aha. Macam model weight gain. Yang pegang watak sebelum ambil weight gain tu” sampuk awek suka kucing. Sambil gelak mengkekek. Macam pontianak.

Cheh. Mentang-mentang la aku kurus melidi.

Nota dari cikgu wikipedia:

A yukata (浴衣?) is a Japanese garment, a casual summer kimono usually made of cotton. People wearing yukata are a common sight in Japan at fireworks displays, bon-odori festivals, and other summer events. The yukata is also frequently worn after bathing at traditional Japanese inns. Though their use is not limited to after-bath wear, yukata literally means bath(ing) clothes.


Rabu, November 18, 2009

Kemat (feat. Penulis Hebat)

PH:

Hidup kita
Adalah bait-bait kata
Yang perlu dicantumkan
Menjadi ayat
Dan wacana yang bermakna
Nikmati Ia

Kemat:

Andai hidup itu kata
Perlunya kata itu bersulam bahasa
Lahir dari
Hati yang bersih
Jiwa yang murni
Fikiran yang matang
Maka hidup pasti bermakna


Biodata Penulis Hebat (PH)
Maaf. Saya tak cukup mengenalinya. Tidak tahu asal usul kampung kelahirannya. Usianya.
Namun tulisan dan pilihan kata-katanya.
Cukup untuk saya kagumi. Tentang minat, semangat dan pengorbanannya.

Selasa, November 17, 2009

Hati Yang Tertinggal

"Hatiku tertinggal di Obihiro" kata salah seorang dari kami. Lelaki.

"Kami juga merindui Obihiro. Tapi hati kami tetap dan masih di Kuala Lumpur. Bersama insan tersayang" sampuk salah seorang dari kami. Tapi kali ini perempuan yang bersuara. Tanda setia barangkali.

"Oh.... hati kami banyak. Boleh ditinggalkan di mana saja kami pergi.  Dan masih ada lagi hati. Untuk ditinggalkan" balas kami. Lelaki. Dengan senyuman dan tawa yang paling girang.

Ahad, November 15, 2009

Jumaat, November 13, 2009

Menghitung hari



Tak lama lagi. Leh.....

Cium tangan ayah
Makan masakan mak
Cubit pipi Husna
Peluk awek che'gu

Dari Obihiro

Ada yang bertanya. Apa yang dicari sehingga jauh merantau ke Jepun nie. Dah puas ke bermain hujan batu di tempat sendiri hingga berniat mencari hujan emas di tempat orang. (Oh ya, perlu dicerita juga untuk buatkan ada yang rasa iri hati, kami berpeluang merasai 'hujan salji' pagi semalam. Hehehe)



Dengan nilai barang dan makan yang tinggi di sini, tidaklah saja-saja aku ke sini. Bukan banyak sangat duit aku semata-mata nak berjalan ke sini. Asal nak membeli jer, bila tukar ke RM cuak gak memikirkan harga yang dibayar.







Aku. Atau tepat kami. Kemari atas misi menambahkan ilmu di dada. Mencari pengalaman di tempat orang. Jangan percaya kalauaku boleh baca segala nota tulisan Jepun nie. Sepatah haram aku tak tahu. Samanya jer ejaan dia aku tengok.

Terima kasih kepada coordinator merangkap translator kami di sini. Berbuih gak aku tengok dia nak kene translate setiap patah penerangan yang diberikan. Tambah sesi soal jawab, kelam kabut dia nak pahamkan antara dua  pihak. Kami (peserta) dan pengajar macam ayam dan itik.


Nie. Aku snap gambar shorthand dia. Memang cakar ayam habis. Ditulis shorthand tapi bila baca jadi longhand. Hehehe.

Khamis, November 12, 2009

Salam Manja Untuk Husna III

Anak-anak Jepun di sini.
Seperti kamu.

Atau.

Kamu.
Seperti mereka.

Putih dan comel.
Buat ayah lagi rindu.



Rabu, November 11, 2009

Beg Ajaib

Doraemon pun cemburu dengan tuan punya beg nie. Dalam beg nie. Macam-macam ada.

Meggi, serunding, roti, nestum 3 dalam 1. Poket Doraemon mana dapat bendalah nie.


Selasa, November 10, 2009

Hidung

Cuaca panas.

Hidung mudah nak berdarah.

Sejuk-sejuk cenggini.

Berhingus pulak......

Isnin, November 09, 2009

Salam Sayang Untuk Mama Husna II

Maafkan ayah.
Tidak tinggalkan bekal makan yang cukup dalam peti ais di rumah itu.

Sibuk ayah.
Mencari meggi hanya untuk mengisi tembolok ayah di sini.

Lupa dan leka.
Memikirkan untuk kalian berdua. Cukupkah makan minum di sana.

Dengan sedikit wang belanja yang ditinggalkan itu.
Makan dan minumlah. Semahunya.
Carilah. Yang berkhasiat penuh manfaat.

Moga dengan keberkatan dan perlindungan dari-Nya.
Cukup untuk mengenyangkan.
Dapat menyenangkan segala urusan.

Salam Manja Untuk Husna II

Anak patung badak sumbu yang kamu suka itu. Ada di kocek beg galas ayah. Ayah pun tidak perasan entah bila kamu letakkan ia di situ. Mungkin semasa kamu "tolong" ayah kemaskan beg ini.

Jangan menangis nak. Nanti ayah pulangkan. Sementara itu, biarlah ia temani ayah disini.

Nota: Bau air liur kamu masih melekat pada anak patung itu. Kan ayah dah pesan, jangan masukkan semua benda yang kamu capai ke dalam mulut. Tapi, bau itu hari ini sebenarnya buat ayah lagi rindu.


Ahad, November 08, 2009

Dia Ter...... (katanya)

"Betul la hipotesis aku. Bau kentut dalam cuaca sejuk lebih busuk kan"

Cheh. Nak cari alasan tak bersalah melepaskan kentut di khalyak ramai la tu.

Tiada maaf bagimu.

Pagi Ahad

Kenapa tv kat sini pagi-pagi Ahad tak ada cerita kaetrun Doraemon, Narito, Pikachu. Bukan hari Ahad raksaksa mengganas di Jepun dan Ultraman datang menyelamatkan bumi.

Aku nak jumpa ultraman. Nak mintak pinjam bintang ultra.

Jumaat, November 06, 2009

Selipar Jepun

“Hah. Ngko pergi Jepun carikan opah selipar Jepun yer”

Aku. Ada bawak selipar Jepun. Haram. Orang Jepun pun tak kenal selipar sendiri. Siap menafikan lagi itu selipar Jepun. Macam mana misi aku nak ketemukan selipar nie ngan keluarga dia kat sini.

Nota: Kalau dikira darin segi penjualan, aku yakin selipar Jepun dah banyak dapat royalti dia.

Jadi Jepun

Aku tanya kat coordinator Jepun aku, kenapa orang Jepun suka jalan laju-laju.

"Oh.. diaorang sejuk. Jalan laju-laju kasi panas badan sikit"

Turun dari teksi. Aku jalan laju-laju masuk ke hotel.

"Mau jadi orang Jepun ker" tanya coordinator aku.

"Tak. Mau buang air besar. Tak tahan dah nie"

Khamis, November 05, 2009

Kiblat Mana

"Kiblat arah mana"

"Ikut arah kaabah". Jawab sorang mamat. Acuh tak acuh jer. Kalau aku yang bertanya sah-sah aku pelengkung sekali. Jawapan tak membantu langsung.

Kalau hotel kat Malaysia, leh tengok tanda arah kiblat kat siling, tak pun dalam laci. Kadang-kadang, ada gak guna piring Astro.

"Ngko hala ke pintu. Senget sikit sebelah kiri" aku cuba membantu. Sambil menunjukkan dengan tangan.

Pagi esok. Mamat yang tanya tu tanya lagi. Untuk kepastian.

"Aku tengok matahari naik lain macam jer pagi tadi"

Plap. Aku tepuk dahi. Bila dia berdepan ngan bilik aku. Memang lain la jadinya. Dah terbalik 180 darjah.

Plap. Dia pun ikut tepuk dahi.

Rabu, November 04, 2009

Salam Sayang Untuk Mama Husna 1

Di sini. Cuacanya sejuk sekali. Tak macam masa kita panjat Bukit Fraser tempoh hari. Khabarnya akan ada salji tak lama lagi. Ada rezeki, berpeluang juga ayah genggam ais salji nanti.

Anginnya saja bisa buat ayah menggigil sendiri. Mujur ada

Winter coat....
Snow cap.....
Gloves.....

Yang mama belikan untuk ayah
Terasa hangat sekali. Macam mama yang peluk ayah di sini.

Salam Manja Untuk Husna 1

Ayah. Dah menjejakkan kaki. Di bumi Obihiro. Ingat lagi. Peta yang ayah tunjukkan itu (dan telah kamu koyakkan). Nun di utara sana.

Selasa, November 03, 2009

Kosong

Seat dalam kapal terbang nie banyak yang kosong. Kalau diaorang bagitau awal-awal tadi. Leh aku ajak orang kampung sekali.

Isnin, November 02, 2009

Minit Terakhir

Aku tercari-cari seluar jeans kesayangan.

Pap. Aku tepuk dahi. Masih dalam bakul. Lupa nak basuh.

Sempat lagi tak nie...