Isnin, Mac 30, 2009

Anak Cikgu

Sabtu Pagi. Awal Pagi. Beberapa Jam Sebelum Aktiviti Bergelap Bermula.

Sabtu itu Sabtu yang keempat jika merujuk kepada kalender Kedai Bateri yang aku gantung kat dapur. Kebanyakannya sektor swasta turut bercuti kecuali di bahagian perkhidmatan dan juga yang kerja kat tapak pembinaan. Sektor Kerajaan apatah lagi.

Awek che'gu ada sukan pulak pagi tu. Aku ada kursus. Kat PICC. Husna terpaksalah kami hantar ke taskanya. Kena caj RM10 sebab hantar di luar waktu. Tak kisahlah. Janji ada yang tengokkan dia.

Masa nak hantar pagi tu, aku tengok ada 4 orang bayi lagi. Nampaknya, bukan kami saja yang kena tinggalkan anak atas urusan kerja. Orang lain pun ada.

"Ingatkan saya sorang jer hantar baby. Ada gak ek orang lain hantar" tegur awek che'gu

"Aha Kak. Hari nie yang hantar semuanya anak cikgu"

Woitt...sapa kata jadi cikgu banyak cuti... siap ada cadangan nak suruh masuk berpolitik pulak lepas nie.

Rabu, Mac 25, 2009

ALLY ISKANDAR atau

Aku kurang gemar tampil ke hadapan. Lebih selesa berada di belakang. Berselindung di sebalik tabir. Menyorok di celah kelibat yang ramai.

Jadi, apabila tiba giliran aku bagi sesi pengucapan awam, jelaslah gementarnya aku berada di hadapan bila mata semua memandang. Entahkan nasib, entahkan hormon testosteron yang meningkat tika berada dalam tekanan, aku berjaya selesaikan cabaran yang aku sendiri rasa mustahil. Syukur benar bila cabaran itu sudah berakhir.

Dan aku, rasa telah melakukan yang terbaik sewaktu sesi pengucapan awam bila ada sorang awek tegur (stndard la, citer best mesti ada hero ngan aweknya)..

”Wah, Kemat... best la .. macam Ally Iskandar”

”Ally Iskandar.... Ali Nasi Kandar yer la” kata kawan lelaki aku (macam citer hindustan gak, ada watak antagonis yang tak puas hati ngan hero..hehhe)

Isnin, Mac 23, 2009

Politik Wang

Bila anak menakan aku kena tahan kat wad minggu lepas, segera dia telefon neneknya (atau 'Siti' sebagaimana panggilannya). Minta dibelikan mainan. Bagi memujuk hatinya yang terpaksa berkampung 2 hari di wad Ampang Putri tu.

"Wah. Sakit-sakit pun sempat mintak mainan lagi tu. Politik wang betullah cucu sorang nie" ungkap neneknya aka Siti.

Selasa, Mac 17, 2009

SPA Q

Petang semalam. Aku balik kerja agak awal dari biasa (walaupun sampai lewat gak, nak dekat pukul 7, jammed punya pasal). Dah lama tak minum petang bersama, aku singgah beli goreng pisang.


Masuk jer rumah, terdengar suara awek che’gu dok merungut depan tv sambil lipat kain..


”Ni lah lelaki... bukan boleh bagi muka sangat”


Aiseh.. apa hal pulak nie... aku ada wat salah ker...lain macam jer mood dia. Aku cuba intai kelibat Husna. Lenanya dia tidur dalam buai.


”Geram tul ngan Dafi nie” jerit awek che’gu lagi sambil bangun sambut aku dan terus ke dapur nak buat air


”Cheh..layan Spa Q ker... ingat apa tadi”



Nota sisi: Sejak sekian lama disajikan dengan cerita yang dibina berasaskan wanita e.g , Rozanna, Cinta Untuk Ain, Embun, sekarang dah ada citer guna nama lelaki... YUSSUF

Khamis, Mac 12, 2009

Bajet Mini

Awek che'gu sebagai Menteri Kewangan mengumumkan Bajet Mini kami yang terbaru. Selari dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua oleh Kerajaan (tapi aku rasa ia lebih selari dengan karnival jualan murah GP yang sedang berlangsung sekarang).

Tema bajet mini kami "Bajet Kasih Sayang". Ini berdasarkan sebahagian besar peruntukan disalurkan untuk si kecil comel Nur Azalea Husna. Kalau boleh, kami tak ingin terlalu limpahkan puteri itu dengan kemewahan harta benda (dimaksudkan di sini ialah barang permainan, pakaian dan juga peralatan bayi yang lain seperti stroller, baby coat, playgym, car seat dsb). Namun lumrah, dia anak pertama. Sebagai pengguna pertama dia akan perolehi yang baru belaka (aku anak kedua tiba-tiba terasa iri hati ngan abang selepas baca kenyataan ini..heheh)

"PM.... macam mana.. ok tak" tanya awek che'gu mohon sokongan.

Err.. yang mana satu. Aku nak jadi Perdana Menteri atau Papa Mithali (meminjam kata-kata Jonos).

Selasa, Mac 10, 2009

Tiada Cerita Baru Lagi


Tak sempat nak update lagi. Tinggalkan kamu dengan sumber ilhamku.

Selasa, Mac 03, 2009

Salam Buat Semua

Dah lama tak menulis. 2 bulan lamanya. Yang bersalin pun dah abis berpantang. Pokok cili pun kalau ditanam dah berbuah. Apatah lagi semak dan lalang.

Hampir-hampir aku terlupa password ke blog nie (aku tak pasti nama awek ketiga aku Milah atau Minah, nasib leh reset) . Perjalanan blog ini dah tak seperti dulu, yang kini umpama

1. Hidup segan mati tak mahu
2. Telur dihujung tanduk
3. Nyawa-nyawa ikan
4. Sepandai-pandai tupai melompat
5. Ku sangka panas hingga ke petang
6. Diluah mati bapak, ditelan mati emak

Kadang-kadang nak saja ditinggalkan dunia blog ini. Yang seringkali menuntut aku berkorban masa untuknya. Kadang-kadang tuntutannya mengganggu kehidupan aku. Tapi tanpa blog ini, ia sebenarnya lebih mengganggu. Fikiran dan perasaan. Manusia (yang malu dan pendiam)perlukan medium untuk bersuara.

Aku tak berhasrat untuk berhenti. Walau letih jari menari. Cuma lenggoknya mungkin perlahan. Harap tiada yang sumbang.

Salam buat semua. Jumpa kamu lagi nanti. Aku tak berjanji. Cuma ingin sekali terus berceloteh disini.


Khabar terkini. Baby Husna dah berusia 3 bulan. Keletahnya menyenangkan. Senyumannya mendamaikan. Wajahnya menenangkan fikiran. Jelas perwatakan yang diwarisi dari awek che'gu.