Khamis, Jun 12, 2008

Gaji : Bayar sekarang atau nanti

Aku dengar mereka tepuk kuat-kuat. Wah. Mesti ada berita baik nie.

Rupa-rupanya ada orang umumkan gaji sekarang 2 kali sebulan. Ooppsss.. dengar baik-baik, bukan gaji kamu naik 2 kali ganda, gajinya tetap serupa cuma dibahagikan 2. Separuh bayar tengah bulan. Separuh lagi kamu dapat akhir bulan.

Untuk apa. Katanya untuk kamu juga. Orang ekonomi kata untuk memastikan aliran tunai @ cash flow kamu dek kenaikan minyak nie tak terganggu. Agaknya depa nie ikut nasihat ”Bayarlah upah mereka (orang yang bekerja dengan kamu) sebelum kering peluh terakhir mereka”. Sebenarnya mereka lupa, dek kenaikan minyak nie, kami berpeluh tak kering-kering.

Kali ini, kamu betul-betul kena ubah gaya hidup. Kalau dulu, dapat gaji terus bayar hutang kete, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil henpon, bil astro, hutang PTPTN (semuanya sekaligus ikut maybank2u jer). Sekarang kena bijak berbelanja. Dahulukan mana yang patut. Kalau dah gaji tengah bulan dah setelkan semua hutang, alamat lagi 2 minggu la baru dapat merasa makan nasi beriyani. (Ini kalau gaji kamu biasa-biasa ajer cam aku nie, kalau gaji kamu cam pak menteri, abaikan jer. Kamu punya setengah bulan cam kami punya setengah tahun)

Bagi yang tak biasa, jangan terkejut pulak, selalu tengah bulan akaun dalam bank dah jadi 3 angka, lepas nie dok perasan orang kaya sebab masih berjaya kekalkan 4 digit.

Tak kisahlah apa cara pembayarannya. Seminggu. Dua. Sebulan sekali. Yang penting, jangan sampai dengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan. Duit kamu. Pandailah menyimpan. Gunalah sebaiknya. Untuk hari ini dan masa depan.
p/s: untuk rakan yang bekerja di unit gaji. Moga lebih tekun selepas ini dengan kerja yang menimbun.

13 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Tengah dok fikir ni cik Kemat.

Gaji laki saya tak sampai seribu. Saya dah berhenti kerja.

Kata la dapat RM500 untuk tengah bulan pertama( maknanya 2 minggu tu kena posa kut hahaha).

RM500 tu untuk tarif segala tarif ja.

Mmg kena ubah sungguh ni...alahai!

SisHoney berkata...

huhuhu.sy keje buat gaji.mst akan keje menimbun lepas ni.huhuhu.macam mana ye sy semunya potong bulanan.sy xsuka cadangan ini.tapi sy bukan menantu paklah :(

ns berkata...

Byk betul pengorbanan rakyat utk kerajaan.

Terbalik pulak. Sepatutnya kerajaan berkorban utk rakyat.

Ted berkata...

aduh, kalau ted bagi dua kali sebulan, lagila tak pandai budjet..mesti habis terus

Nida Shaari berkata...

Ya.. pandai-pandai lah menabung lepas ni..

gdiz, kan di TV kerajaan selalu ada kata-kata yang dilaungkan "usah tanya apa sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara"

wawa berkata...

adoii...sakit la....mana nak bayor tu..bayo ni...

Tanpa Nama berkata...

senang sgt pemimpin negara (Barang Naik) nak membodohkan rakyat..!! kita sebagai rakyat jangan tertipu dan bersubahat..

APSAL RAKYAT YANG KENA UBAH GAYA HIDUP.. sepatutnya KERA_JAAN (BN) KENA UBAH CARA MENTADBIR kalau x mampu.. UBAH KERAJAAN LA..

Tanpa Nama berkata...

Semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan berbayar. Highway?..tol mahal..Apa yg free??

konon nak turut merasai kesusahan rakyat. potong 10% elaun keraian diorg apelah sgt.Ape yang diorg raikan? Rasanya rakyat yang raikan diorg. Kemana diorang pergi semua free.

Mak Su berkata...

4 digit? hahahaha

Cik Keju berkata...

kesian org finance..

13may berkata...

hmmmm....tak terkomen plak cik kemat..

adie berkata...

aku tak berape setuju gaji 2 kali sebulan nie, susah nak manage.dari sudut psikologi,takut cepat habis.

Kemat berkata...

waterlily:
mereka di atas dengar ke suara kita

sishoney:
makin sibuk la sis lepas nie..jgn lupa update yer sis..ramai tunggu nak baca blog sis

gdiz:
sebab ini bkan kerajaan kebajikan, "kita' pilih kerajaan ini

ted:
kena hati-hati

madulebah:
nak tanya kat sapa, MP, pak menteri

wawa:
kena sabar la

anonymous:
mana lebih senang, ubah gaya hidup atau ubah kerajaan

maksu:
:)

Cikin:
nasib orang gaji

13may"
syyyyy