Isnin, Jun 23, 2008

Euro 2008: Satu Catatan

Sebagai kaki bola (kaki bola tak semestinya pandai main bola, minat giler kat sukan nie pun dah leh kira kaki bola), sana sini mesti bercerita pasal bola. Sejak Euro 08 bermula, tak pernah pulak aku cerita pasal bola kat sini kan.

Kata orang kebanyakan kaki bola adalah lelaki. Mungkin sebab mereka membesar dengan permainan ini. Tapi perempuan juga sering bercerita tentang sukan ini. Tak kisahlah dari sudut mana penceritaannya. Macam adik pompuan aku, yang turut bercerita dengan rakannya tak puas hati tak leh tengok cerekarama hari Sabtu baru-baru nie sebab satu rumah dah tukar jadi stadium bola tengok Kedah musnahkan hati para penyokong Selangor. Kedah menang 3-2. (*telah diperbetulkan dari edisi asal. terima kasih gdiz kerana mengesan kesilapan) Haha.

Itu cerita bola sepak tempatan. Kena tulis kat sini jugak. Takut ada yang terlupa kat sini pun orang dok main bola gak. Cerita pasal Euro 08, banyak betul kejutan. Yang kurangnya aku terkejut dari bangun tidur untuk tengok siaran langsung pagi-pagi buta. Sayang tidur beb.

Siapa sangka pasukan pilihan Portugal, Belanda, Croatia dah tumbang. Tiga-tiga juara kumpulan. Awal pagi tadi, satu lagi pasukan pilihan Sepanyol lawan Itali. Entah macammana aku leh terjaga tika permainan masuk minit ke 90. Aku tengok keputusan masih 0-0. Permainan di sambung ke masa tambahan dan seterrusnya sepakan penalti. Cuak jugak, camner Itali leh ikat Sepanyol nie. Apakah badi 22hb Jun kembali menghantui pasulan Sepanyol. Apakah satu lagi juara kumpulan akan tersingkir.

Tak patut. Itali tak patut menang. Itali tak patut melangkah ke pusingan kedua pun. Dah la menang ngan Perancis yang main 10 orang + Ribery awal2 dah keluar.

Skrip yang bermain di minda aku bertukar. Sepanyol menang juga penalti pagi tadi.

Mula-mula aku ingat nak sms penyokong fanatik Itali (Mie, Kisas, Rosey), tapi pasti mereka tengah berendam air mata sekarang nie. Ah. Tulis kat sini jelah. Aku cuma akan tengok fina Euro jika Jerman lawan Sepanyol jer kat akhir nanti. Adios.

11 ulasan:

ns berkata...

erkk..pembetulan..Kedah menang 3-2.Bukan 3-1 en. kemat.

Marah Penyokong Red Giant nnti. :p haha

Tanpa Nama berkata...

salam kemat,
3-1 @ 3-2 tetap kalah jugak...tak perlu nak marah dah...tul tak kemat?
apapun saya tetap kata Rusia vs turki final nanti

Kemat berkata...

gdiz:
aha..silap terima kasih...sori red giants

azriey:
huh..ada berani...

Pa'chik berkata...

ada eh orang main bola kat sini.. ingat main putsal je.. hahahah...

pukul dua setengah pagi tadi, ada orang mesej aku... "itali menang malam nih..."

pukul lima setengah pagi tadi, aku balas mesej dia.. tulis...

"hahahahahahahahahahahahhaah"

pukul lapan setengah baru mesej tu sampai... dan dibalas balik...

"cilako punya penalti..."

hahahah....

final... aku 'syak' rusia turki... hahaha...

akirasuri berkata...

Huhu..

Saya lagi sayang tidur dari nengok bola.. :p

Tanpa Nama berkata...

aku xminat tengok bola. tapi tetap frust bila selangor kalah.. -_-

Aku Bukan Bidadari berkata...

sekarang beckham tak tgk bola dah..tiara soh dia tido..psl nanti kalo baby kuar.. time tido dh limit.. hi hi hi

Unknown berkata...

gud bye portugal italy..

Kemat berkata...

pa'chik:
rusia turki boleh buat upset..siapa tau

akirasuri:
teruskan tidur.....

cikin:
oleh itu, marilah bertukar menyokong KEDAH..heheh

tiara:
Beckham ngan bola mana leh pisahkan..

penoreh getah:
adios

Tanpa Nama berkata...

Menurut ramalan playstation ku TURKEY dan RUSSIA akan masuk final...KENAPA?
hahaha...aku main jerman kalah,main spain bungkuss...

Lan Rambai berkata...

nampaknya isnin nanti ko akan bermata merah ke opis sebab jerman akan jumpa spain hahaha

dan spain akan jadi Juara!!!