Khamis, Jun 26, 2008

Epi Birthday Wiraku (Awal Seminggu)

Masa nak cuci cermin kereta hitam aku dari ‘hadiah’ burung tempoh hari, terperasan ulang tahunnya yang bakal menjelma tak lama lagi. Nampaknya, kasih aku pada kereta hitam ini memerlukan aku berkorban wang ringgit lagi.

Road tax dah nak mati. Insurans kena perbaharui. Semua tu perlukan duit. Dan masa. Yang sememangnya cukup mencabar buat aku seminggu dua nie. Duit untuk bayar itu dan ini. Masa untuk buat itu dan ini.

Dunia atas talian cukup menyenangkan. Segalanya di hujung jari. Mula-mula buat insurans Takaful Etiqa secara online di sini. Lepas tu perbaharui road tax juga secara online di sini. Semuanya dalam satu pagi. Pagi tadi.

Tup-tup, tengah hari, ada sorang mamat datang opis hantar road tax baru aku.

Wow. Teruja sungguh dengan perkhidmatan yang diberi. Kalau ikut piagam pelanggannya, dalam 5 hari bekerja road tax akan disiapkan. Ini dalam tempoh tak sampai 5 jam. Cekap dan efisen. Lima belas bintang aku kasi.

Buat road tax guna MyEG Services nie, walau dicaj RM2.75 untuk e-perkhidmatan dan RM6 untuk penghantaran aku rasa berbaloi sekali. Tak payah susah-susah pergi bank minta perbaharukan road tax hari nie, pastu datang ambil semula esok (geran kereta aku kat bank, lecehla sikit, kalau ada kat tangan lain cerita, pergi terus pejabat pos jer)

Hmmm.. bila pulak nak dapat duit rebat nie.


Nota: Pedulikan tarikh pada gambar itu. Aku malas nak set tarikh pada kamera (atau sebenarnya tak tahu)

9 ulasan:

Intan and The Boys berkata...

HaPpY BiRtHdAyyyyyyyyy!!!!!!

:D

ns berkata...

baru teringat..hitamku yang menawan tu pun birthday dia sebulan dari sekarang. huh.

Dua bulan ni dua birthday perlu ns sambut..;p

antalya berkata...

besday ebon (hitam jugak) ujong thn. insurans kita sama la. thanx kasi link yg memudahkan proses renew road tax tu ye. wajibbb nk guna gak nanti

Tanpa Nama berkata...

fasa II dah start.bleh la claim rebet tu.

senang kan skrang? semuanya dihujung jari anda. kesian anggota badan yang lain,penat² kerja carik duit, tup² hujung jari anda senang²habiskan duti tu.hehe..

Mazarina berkata...

oooo..ingatkan befday anak..hehhee..anak brape oghang dah en.kemat?hhehehe

Tanpa Nama berkata...

Dah bayar road tax eek...
Boleh la buat claim pasni.

Tanpa Nama berkata...

lepas ini pergi beratur kat pejabat pos pula ye..

tak de lagi sistem online² ni...

Kemat berkata...

puterikure2:
:)

gdiz:
orang kete banyak..hehhe

antalya:
tak tau nanti leh tanya

penyubiru:
boros betul hujung jari nie kan

mazarina:
coming soon....

mazudi:
tak sabar nak tunggu claim rebat

kujie:
aha..

Tanpa Nama berkata...

Энциклопедия для молодых родиелей.
Мы даем прекрасное пособие которое поможет всем
познающим родителям понять как лучше ухаживать за вашим дитем наш http://rubebi.ru
Извините что может не в ту раздел добавила. но не нашел раздел рекламы
[url=http://rubebi.ru/mult/1717-skazka-stranstviy-1983.html]Сказка странствий (1983) : Энциклопедия для родителей[/url]