Isnin, Jun 30, 2008

Kemat : Fobia Exam

Aku memang fobia dengan exam. Dengar pasal exam jer boleh buat aku demam. Kadang-kadang panik tak tentu arah. Bukan budak darjah enam yang nak amik UPSR jer rasa cuak, aku yang dah berusia nie pun hati cepat gelisah.

Ada masa yang tertentu, aku teruja pula untuk exam. Tak sabar-sabar. Sebab aku dah bersedia atau sebenarnya cuma nak hilangkan rasa resah gelisah dari dalam diri ini. Lagi cepat exam lagi cepat untuk lupakan segala rasa tak tentu arah ini.

Exam kadang-kadang macam dejavu dalam hidup aku. Macam-macam bermain dalam kepala. Nak buat persediaan awal. Bangun baca buku awal pagi. Moga senang nak faham dan hafal apa yang perlu. Tapi bab nak laksanakan itu yang susah.

Aku memang dah terbiasa study last minute. Konon-kononnya ada thrill. Tapi bila dah exam, menyesal lak itu tak baca ini tak ulangkaji lagi. Rezeki baik, kadang-kadang trick study last minute menjadi tapi itu yang buat aku lupa diri. Masa depan ulang lagi tabiat study last minute nie. Setiap kali nak exam semangat baru akan muncul dan penyesalan tak mengikuti perancangan semangat baru akan timbul di akhirnya.

Oh ya. Adik-adik yang masih belajar, jangan dicontohi tabiat buruk ini. Don’t practice this at home. (Haha, macam ketam ajar anaknya berjalan, ada hati nak nasihatkan orang)

Usaha, doa dan tawakkal. Moga aku berjaya.

Khamis, Jun 26, 2008

Epi Birthday Wiraku (Awal Seminggu)

Masa nak cuci cermin kereta hitam aku dari ‘hadiah’ burung tempoh hari, terperasan ulang tahunnya yang bakal menjelma tak lama lagi. Nampaknya, kasih aku pada kereta hitam ini memerlukan aku berkorban wang ringgit lagi.

Road tax dah nak mati. Insurans kena perbaharui. Semua tu perlukan duit. Dan masa. Yang sememangnya cukup mencabar buat aku seminggu dua nie. Duit untuk bayar itu dan ini. Masa untuk buat itu dan ini.

Dunia atas talian cukup menyenangkan. Segalanya di hujung jari. Mula-mula buat insurans Takaful Etiqa secara online di sini. Lepas tu perbaharui road tax juga secara online di sini. Semuanya dalam satu pagi. Pagi tadi.

Tup-tup, tengah hari, ada sorang mamat datang opis hantar road tax baru aku.

Wow. Teruja sungguh dengan perkhidmatan yang diberi. Kalau ikut piagam pelanggannya, dalam 5 hari bekerja road tax akan disiapkan. Ini dalam tempoh tak sampai 5 jam. Cekap dan efisen. Lima belas bintang aku kasi.

Buat road tax guna MyEG Services nie, walau dicaj RM2.75 untuk e-perkhidmatan dan RM6 untuk penghantaran aku rasa berbaloi sekali. Tak payah susah-susah pergi bank minta perbaharukan road tax hari nie, pastu datang ambil semula esok (geran kereta aku kat bank, lecehla sikit, kalau ada kat tangan lain cerita, pergi terus pejabat pos jer)

Hmmm.. bila pulak nak dapat duit rebat nie.


Nota: Pedulikan tarikh pada gambar itu. Aku malas nak set tarikh pada kamera (atau sebenarnya tak tahu)

Rabu, Jun 25, 2008

Rajuk Perlu Dipujuk

Kalau dah merajuk, mesti kena pujuk. Lepas menghabiskan masa dengan sesi rawatan di bengkel kereta kat kawasan rumah, aku bawak kereta hitam aku pergi pesta buih. Sejak duduk flat nie, jarang benar aku berpesta buih ngan kereta hitam nie. Cuma hujan sajalah yang sudi mencurahkan air ke kereta ini.

Kali nie bawak pergi pesta buih kat pekan jer. Cuma kelibat awek seksi jer tak der. Yang ada cuma 2-3 orang pekerja Bangla.

”Luar dan dalam ka” tanya mereka. Aku angguk sahaja.

Balik rumah aku cari tempat parking paling teduh. Bawah pokok besar semestinya. Sekurang-kurangnya tak der la panas sangat nanti. Hati aku kembali berbunga melihat kereta ini kembali ceria.

”Stoik”......

Belum sempat senyum itu hilang. Ada burung dah lepaskan hajatnya betul-betul atas kereta hitam nie. Alahai... marah benar burung nie dengan aku agaknya....


Isnin, Jun 23, 2008

Euro 2008: Satu Catatan

Sebagai kaki bola (kaki bola tak semestinya pandai main bola, minat giler kat sukan nie pun dah leh kira kaki bola), sana sini mesti bercerita pasal bola. Sejak Euro 08 bermula, tak pernah pulak aku cerita pasal bola kat sini kan.

Kata orang kebanyakan kaki bola adalah lelaki. Mungkin sebab mereka membesar dengan permainan ini. Tapi perempuan juga sering bercerita tentang sukan ini. Tak kisahlah dari sudut mana penceritaannya. Macam adik pompuan aku, yang turut bercerita dengan rakannya tak puas hati tak leh tengok cerekarama hari Sabtu baru-baru nie sebab satu rumah dah tukar jadi stadium bola tengok Kedah musnahkan hati para penyokong Selangor. Kedah menang 3-2. (*telah diperbetulkan dari edisi asal. terima kasih gdiz kerana mengesan kesilapan) Haha.

Itu cerita bola sepak tempatan. Kena tulis kat sini jugak. Takut ada yang terlupa kat sini pun orang dok main bola gak. Cerita pasal Euro 08, banyak betul kejutan. Yang kurangnya aku terkejut dari bangun tidur untuk tengok siaran langsung pagi-pagi buta. Sayang tidur beb.

Siapa sangka pasukan pilihan Portugal, Belanda, Croatia dah tumbang. Tiga-tiga juara kumpulan. Awal pagi tadi, satu lagi pasukan pilihan Sepanyol lawan Itali. Entah macammana aku leh terjaga tika permainan masuk minit ke 90. Aku tengok keputusan masih 0-0. Permainan di sambung ke masa tambahan dan seterrusnya sepakan penalti. Cuak jugak, camner Itali leh ikat Sepanyol nie. Apakah badi 22hb Jun kembali menghantui pasulan Sepanyol. Apakah satu lagi juara kumpulan akan tersingkir.

Tak patut. Itali tak patut menang. Itali tak patut melangkah ke pusingan kedua pun. Dah la menang ngan Perancis yang main 10 orang + Ribery awal2 dah keluar.

Skrip yang bermain di minda aku bertukar. Sepanyol menang juga penalti pagi tadi.

Mula-mula aku ingat nak sms penyokong fanatik Itali (Mie, Kisas, Rosey), tapi pasti mereka tengah berendam air mata sekarang nie. Ah. Tulis kat sini jelah. Aku cuma akan tengok fina Euro jika Jerman lawan Sepanyol jer kat akhir nanti. Adios.

Khamis, Jun 19, 2008

Rajuk : Pasca Kenaikan Minyak

Sejak Petronas jual minyak RM2.70 seliter kat aku, selalu jugaklah aku marah-marahkan kereta hitam aku. Tak tahu nak ubah gaya hidup langsung. Kalau dahulu seminggu paling kurang RM50 gak la dia mintak belanja petrol, sekarang makin lebih pulak. Tak reti nak berjimat cermat.

Pemimpin dah kata, hujung minggu Sabtu dan Ahad, duduk kat rumah jer. Tapi kereta hitam aku tak reti nak duduk diam. Kejap-kejap balik jenguk rumah mak. Pastu rumah mak mertua. Kalau tak pergi menunaikan jemputan kenduri kahwin, mesti keluar pergi beli barang dapur ataupun jumpa rakan dan saudara mara.

Mana aku tak marah. Dah berminggu agaknya dia pendam perasaan. Yelah, dulu dia bini no 1. Sekarang asyik berdebu. Hari ini dia merajuk lagi. Pagi-pagi dah tak leh start. Aiseh.

Pagi nie. Aku naik komuter aje gi opis (minggu nie dah 2 kali aku ulang alik opis naik komuter). Hmmm.. sesak juga. Walau jam baru 6.45 pagi, orang dah ramai kat stesen komuter. Termasuk 2 awek cun kat opis aku. Terkejut agaknya tiba-tiba tengok aku muncul naik komuter sama-sama ngan depa sekali. Mereka senyum malu-malu.

Esok cutilah. Rehatkan fikiran sambill tengokkan kereta aku tu. Harap-harap rajuknya tak menipiskan poket aku.

Rabu, Jun 18, 2008

Bersahabat Dengan Alam

Di luar sana
Langit gelap sekali
Apakah hujan akan turun lagi
Membasahi bumi

Di dalam sini (di hati)
Warnanya hampir sama
Mencetuskan suasana kemurungan
Resah dan gundah
Tiada rasa untuk bermadah

Aku dan alam
Kami sama-sama berkongsi suasana muram

Isnin, Jun 16, 2008

Kenangan Terindah

Kata orang, bila kita mula dan asyik teringatkan kenangan dahulu, kita dah tua atau berusia...

iyer ker...

Khamis, Jun 12, 2008

Gaji : Bayar sekarang atau nanti

Aku dengar mereka tepuk kuat-kuat. Wah. Mesti ada berita baik nie.

Rupa-rupanya ada orang umumkan gaji sekarang 2 kali sebulan. Ooppsss.. dengar baik-baik, bukan gaji kamu naik 2 kali ganda, gajinya tetap serupa cuma dibahagikan 2. Separuh bayar tengah bulan. Separuh lagi kamu dapat akhir bulan.

Untuk apa. Katanya untuk kamu juga. Orang ekonomi kata untuk memastikan aliran tunai @ cash flow kamu dek kenaikan minyak nie tak terganggu. Agaknya depa nie ikut nasihat ”Bayarlah upah mereka (orang yang bekerja dengan kamu) sebelum kering peluh terakhir mereka”. Sebenarnya mereka lupa, dek kenaikan minyak nie, kami berpeluh tak kering-kering.

Kali ini, kamu betul-betul kena ubah gaya hidup. Kalau dulu, dapat gaji terus bayar hutang kete, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil henpon, bil astro, hutang PTPTN (semuanya sekaligus ikut maybank2u jer). Sekarang kena bijak berbelanja. Dahulukan mana yang patut. Kalau dah gaji tengah bulan dah setelkan semua hutang, alamat lagi 2 minggu la baru dapat merasa makan nasi beriyani. (Ini kalau gaji kamu biasa-biasa ajer cam aku nie, kalau gaji kamu cam pak menteri, abaikan jer. Kamu punya setengah bulan cam kami punya setengah tahun)

Bagi yang tak biasa, jangan terkejut pulak, selalu tengah bulan akaun dalam bank dah jadi 3 angka, lepas nie dok perasan orang kaya sebab masih berjaya kekalkan 4 digit.

Tak kisahlah apa cara pembayarannya. Seminggu. Dua. Sebulan sekali. Yang penting, jangan sampai dengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan. Duit kamu. Pandailah menyimpan. Gunalah sebaiknya. Untuk hari ini dan masa depan.
p/s: untuk rakan yang bekerja di unit gaji. Moga lebih tekun selepas ini dengan kerja yang menimbun.

Rabu, Jun 11, 2008

Hatiku Tertinggal Di Kelantan

“Cantik”. Kata kami. Aku dan awek che’gu. Bila rakan-rakan bertanya tentang kembara kami ke negeri Kelantan.

Awek Che’gu :

Pernyataannya sudah tentu merujuk kepada tudung-tudung yang bermacam fesyen, warna, corak, jenis dan nama. Ada yang beropol-ropol, disulam tangan dijahit mesin.

Kemat :

Pernyataannya sudah tentu merujuk kepada pemakai-pemakai tudung itu. Anak-anak gadis yang manis. Dari Pasir Mas barangkali.

"senyumlah..senyumlah..ahai cik mek molek"

Isnin, Jun 09, 2008

MARAH (yang tertangguh atau yang tak bersungguh)

Sepatutnya aku gembira untuk bercuti sambil berjalan-jalan dan menghadiri kenduri kawen member opis kat Kelantan. Entah macam mana, minyak boleh naik sampai 8 kupang malam tu. Nak tak nak, aku pergi gak beratur ramai-ramai kat stesyen minyak. Macam pesta.

Dekat 45 lima minit baru dapat isi. Sepatutnya aku bersyukur, masih boleh isi harga lama. Tapi hati aku tak berhenti-henti menyumpah. Oh. Aku juga berkongsi kutukan itu dengan kawan-kawan secara lintas langsung menerusi telefon jua sms sambil tunggu turn nak tuang minyak.

Malam tu gak, dalam kereta, radio dah bukak topik penjimatan minyak. Entah sapa ntah. Bagi idea, untuk ubah cara hidup. Kurangkan perjalanan.

Kalau ikut nasihat dia, aku kensel pergi kenduri member aku kat Kelantan (yelah, sebelah pompuan aku dah pergi dah)

Kalau ikut nasihat dia, aku kensel plan nak balik kg awek che’gu kat Mentakab (yelah...raya nanti leh balik lagi)

Kalau ikut nasihat dia, aku kensel plan nak balik umah mentua dah umah mak aku hari Ahad lepas (yelah. minggu lepas dah balik dah)

Tapi, aku degil. Aku tak layan nasihat dia. Aku pegang janji pada awek che’gu nak bawak dia berjalan-jalan cuti sekolah baru-baru nie. Lagipun dah 11 kali aku bagitau member opis aku akan sampai kenduri kawen dia.

Pagi Khamis tu. Aku bagitau awek che’gu. Sebelum memulakan perjalanan. Sebolehnya, aku inginkan perjalanan yang selamat dan penuh keriangan. Tiada kerisauan tentang harga minyak yang perlu dibelanjakan.

“Memang benarlah kita ini orang marhaen sahaja. Pasti terasa bila segalanya naik. Tapi perjalanan ini untuk meraikan kawan. Juga ambil peluang jalan-jalan rehatkan fikiran. Untuk menziarahi keluarga di kampung. Bertanya khabar menerusi telefon tak mampu hilangkan rindu yang sekian lama tersimpan. Ada yang lebih bernilai tapi kadang-kadang kita lupa untuk menilai”

Sebenarnya, aku malas dah nak tulis citer pasal minyak nie. Hampir semua blog citer sama. Tak ader yang tulis pasal Mawi atau CT. Tiba-tiba ada orang YM aku tanya kenapa tak update blog. Citer pasal minyak nie. Atau aku tak marah dengan kenaikan harga minyak nie.

Lambat benar aku ceritakan kat sini. Mungkin dah ada yang terbiasa isi minyak seliter dua ringgit tujuh kupang. Dah tak hairan lagi.

Marah aku macam tak bersungguh. Sekadar melepas geram sesama sendiri di kedai kopi. Atau sebenarnya marah aku tertangguh (aku isi minyak guna kad kredit, dah dapat bil nanti baru nak melompat lagi kot).

Nantilah. Ada kesempatan aku ceritakan kisah kembara aku ke negeri cik siti wan kembang. Ia tentu lebih menarik dari kisah minyak yang naik tak sudah.

Selasa, Jun 03, 2008

Ini Bukan Cerita Pasal Tali Pinggang Keledar

“Kita jumpa jam 12 kat gerai cendol luar simpang tu” ada sorang buat keputusan. Dia umpama ketua antara kami.

“Tak awal sangat ker. Pengantin jam 1 baru sampai” tanya yang lain pula.

“Ok ler tu. Korang semua kalau cakap jam 1, kul 2 baru masing-masing nampak batang hidung” kata dia yang seumpama ketua antara kami.

“Oo.. kira pukul 1 la nie” kata aku mengakhiri perbualan.

Dulu. Masa bujang. Kalau kami ingin ke majlis kenduri kahwin kawan-kawan, pasti kami bergerak secara rombongan. Jarang-jarang pergi kenduri sorang-sorang. Masa mula-mula kerja, kebanyakannya masih menggunakan motor lagi. Antara harta yang diwarisi dari zaman bergelar siswa universiti. Kami akan berkumpul kat mana-mana tempat yang senang dalam jarak 1 km dari rumah kenduri. Orang bujang macam kami (dulu la..) cukup seronok pergi kenduri kahwin nie. Selain dapat makan free, ada peluang tengok anak dara melaram. Masing-masing sibuk cari jodoh kat sini. Tapi strategi datang ramai-ramai tak membantu sebenarnya. Yelah...bila bunga hanya sekuntum, kumbang pula berekor-ekor.

Bila dah ada yang berkereta. Status kami pun dah up sikit. Tak main la merempit. Mengamalkan seruan Kerajaan untuk berkongsi kereta, kami naik ramai-ramai. Kancil kadang-kadang pun boleh muat sampai 6 orang. Lagipun kami masing-masing tengah berjimat cermat nak kumpul duit hantaran. Mana tahan asyik tengok member jer kat atas pelamin. Minyak dan tol semua kena bayar kongsi-kongsi.

Bila naik kereta ramai-ramai, aku paling suka duduk kat belakang (kecuali kereta aku punya sendiri la). Kalau dok depan jadi co-pilot, kamu akan dipertanggungjawabkan membaca peta mencari jalan. Kalau tersalah lorong tersilap jalan, pedaslah kena kutuk dengan penumpang-penumpang lain (pelik pulak, driver jarang-jarang marah, mungkin kene beri tumpuan pada pemanduan). Juga yang aku tak suka duduk depan kena pakai tali pinggang keledar. Memanglah untuk keselamatan. Tapi anak muda bujang tak rasa cool jika duduk dalam kereta elok-elok pakai tali pinggang keledar.

Sekarang. Kamu naik depan atau belakang. Kena pakai tali pinggang keledar juga. Tak percaya. Baca kat sini. Juga sini. Kat sini pun ada.

Isnin, Jun 02, 2008

Anniversary

"Terima kasih" Kata awek Che’gu. SMS aku awal pagi tadi romantik sekali. Walau ada tersalah tulis, tapi tak mengapa. Ia cukup bererti.

Aku. Diam seketika. Memikirkan semula kata-kata indah yang aku susun dalam SMS pagi tadi.

Tak mungkin tersalah hantar. Hanya dia seorang sahaja, yang teristimewa dalam hidupku.

"Err.. silap kat mana ek"

"Sepatutnya ulang tahun perkahwinan. Bukan kelahiran"

Ooh... mesti salah tekan butang kekunci pada henset nie. Dah setahun kahwin, tapi pagi tadi perasaan berdebar ketika berjabat tangan di majlis akad nikah masih terasa.

* Hari ini. 2 Jun 2008. Ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Baru teringat album kahwin tak siap-siap lagi. Semua gambar masih dalam bentuk soft copy sama ada dalam cd atau kat pc. Bila entah nak print semua nie.