Keputusan peperiksaan SPM aku tidaklah baik. Malah aku segan jika dibandingkan dengan keputusan pelajar-pelajar hari ini. Yang cuma boleh dibanggakan mata pelajaran Matematik.
“Engkau memang la senang. Budak kelas sains. Dah la amik Add Maths. Matematik biasa nie kacang jer” ulas Zam, budak kelas Agama ketika kami membincangkan tahap soalan matematik sejurus selepas keluar dari dewan peperiksaan. Ada benarnya kata-kata Zam. Kami budak kelas Sains tidak harus menjadikan matematik sebagai kayu ukur betapa arifnya kami dalam ilmu kira-kira nie. Add Maths sebenarnya ujian besar buat kami.
Dari celah rakan-rakan yang berpusu-pusu keluar dewan, aku nampak dia. Resah di wajahnya menunggu kami di luar dewan. Aku senyum dan mengangguk padanya. Tanda keyakinan jua terima kasih. Pada dia, cikgu Matematik aku, Puan Gan.
Kamu tahu kan, kebanyakan pelajar-pelajar akan mula hilang pertimbangan di Tingkatan Empat. Tika kamu baru ingin menikmati kegembiraan hidup selepas kejayaan cemerlang dalam SRP/ PMR. Ketika itulah kamu mula merasakan gelodak jiwa remaja yang meminta kamu melanggar segala peraturan dan arahan. Mula ponteng kelas, ponteng sekolah, berjinak-jinak dengan rokok, keluar malam aka fly.. juga sudah berani memanggil junior mengadap di tengah-tengah malam.
Dalam tempoh masa yang kamu gelarkan honeymoon itu, kamu lupakan seketika pelajaran. Kamu kejar kegembiraan dengan mencabar undang-undang. Ada yang terus biarkan kamu hanyut dalam dunia khayalan itu.
Melangkah ke Tingkatan 5, ada sedikit kesedaran. Itupun timbul setelah kamu lihat rakan-rakan lain yang sudah jauh kehadapan. Sedangkan kamu seperi hari ini baru pertama kali masuk kelas. Segalanya asing. SPM sememangnya menakutkan. Ia digambarkan seolah-olah satu satunya peluang. Untuk kamu buktikan keupayaan dan tunjukkan jalan di masa depan.
Dalam aku kesamaran dan hampir hilang segala keyakinan, Cikgu Gan hadir membantu. Walaupun berbangsa Cina, aku tak rasa sedikit pun kurangnya kasih sayang terhadap kami, pelajar-pelajar Melayu ini. Tidak sedikitpun disorok segala ilmu pengetahuan dan rahsia matematik dari kami. Malah, Cikgu Gan tidak jemu-jemu menaikkan semangat dan minat kami dalam matapelajaran matematik.
Cikgu Gan berkongsi pendekatan pelajar-pelajar Cina memahami dan menguasai Matematik dengan pantas dan mudah. Hasilnya, SPM 1995, kelas kami semuanya dapat A1 dalam matematik.
Sehingga hari ini, jika ditanya cikgu-cikgu yang diingati selalu, namanya tak pernah tertinggal dari senarai yang aku sebutkan. Dan selalu jugalah, aku bercerita pada isteri tersayang, Awek Che’gu agar menjadikan semangat Cik Gan sebagai panduan. Aku minta dia mengajar dengan penuih kasih sayang. Jangan sesekali ditinggalkan pelajar yang dilihat lemah dan tidak menunjukkan sebarang keupayaan. Jangan hanya dijulang pelajar-pelajar yang sedia bijak dan rajin.
SELAMAT HARI GURU. JASA CIKGU-CIKGU AKAN KU KENANG DAN JADIKAN AZAM UNTUK MEMBANTU YANG LAIN PULA.

17 ulasan:
Selamat Hari Guru utk Awek Che’gu! ;)
slamat hari cikgu utk wifey =)
cikgu faveret sy: cikgu m3, en. khairuddin mahmud, org pekan, pahang =)
Salam,
Ya, ada saja seorang atau dua guru yang memberi kesan berpanjangan dalam kehidupan kita.
Selamat Hari Guru untuk sari hati Kemat :)
Selamat Hari Guru wahai Awek Che'gu!
:)
selamat hari guru jugak...
selamat hari guru to awek che'gu
to kemat..selamat berhujung minggu dgn awek che'gu..hehehee
petuanya kena mengajar dgn penuh kasih syg ek?
huhu..ssh jgk nak buat tuh,hehehe
moga lebih ramai yang menjadi seperti Cikgu Gan
selamat hari guru tuk awek che'gu n tuk semua gak...dalam xsedar, kita adalh guru untuk semua...kalu xmasakan ada yg meniru perlakuan kita...renungkan...
cara terbaik tuk mbls jasa guru, doakan kesejahteraannya dunia dan akhirat......
selamat berhujung minggu......
selamat hari guru kpd semua guru termasuk guru driving school.
ya selamat hari guru
selamat hari guru buat awek cge'gu. tanpa cikgu siapalah kita semua ni kan ...
budak2 sekarang kasi epal dan bunga lagi masa hari guru?
ooo..wife bro cikgu jugak yer...
selamat hari guru untuk dia :)
slamat hari cikgu gak utk wife..hehhee
Selamat hari cikgu untuk zaujah incet kemat :)
Bagi pihak awek che'gu saya ucapkan terima kasih...
cikin:
terima kasih..
peepa:
jgn lupa hadiahkan bunga utk en khairuddin
bunga rampai:
terima kasih
puterikure2:
terima kasih yer
cikguzue:
sama-sama raikan
hani:
haha...selamat berhujung minggu juga
hayad:
itulah rahsianya
haireusoff:
??
backtobasic:
ya..sebenarnya kita semua adalah cikgu..kita juga murid..
zizie ali:
cikgu driving school aku dulu malas..ajar nak tak nak jer,,,
king binjai:
terima kasih
izinni:
terima kasih
op:
masa dah berubah
nurul:
aha..sama-sama raikan yek
mazarina:
raikan bersama hari untuk kamu
akirasuri:
terima kasih
Catat Ulasan