Selasa, Mei 13, 2008

Rahsia Dompet Kemat

Cik Cikin ada bagi kerja rumah. Yang dah lama bertangguh. Biasalah, anak murid yang nakal, esok diminta hantar, minggu depan baru diselesaikan tugasannya. Soalannya tak berapa susah, apa yang ada dalam dompet Enche Kemat. Tak der la banyak sangat. Ia bukan topi silap mata yang boleh keluarkan arnab. Juga bukan spesis Doraemon yang boleh keluarkan apa jua yang kamu harapkan. Sepatutnya ada gambar bagi membuktikan isinya, tapi aku lupa, bukan sekadar memory card, kamera perlukan bateri untuk beroperasi dengan baik.

Untuk kamu yang kepingin tahu apa ada dalam poket belakang seluar aku.Ni haa... aku ceritakan pada kamu. Untuk Cikin, kasi markah yer untuk kerja rumah ini. Berapa bintang...


Duit – kaler hijau ade 3 keping, kaler merah ada 2 keping, kaler biru ada 8 keping, kaler biru gak tapi besar sikit saiz dia ada 4 keping (nie sebelum beli beras balik keje nanti)…

Kad Pengenalan
– penting, zaman pendatang lebih banyak dari warga tempatan terutamanya di KLCC di hari cuti perayaan sekarang nie memerlukan kamu sentiasa berdampingan dengan kad ada cip nie, mana tau silap-silap kena angkut sekali…

Kad Lesen Memandu – aku paling tak suka bila abang polis trafik mintak lesen memandu….gggrrrr…..

Kad Perakuan Nikah – penting. Sbb ada no IC awek Che’gu. Kami lelaki cukup sukar nak hafal nombor-nombor nie, maklumlah lelaki marhaen seperti kami tidak tikam nombor.

Kad ATM Maybank- Aku sayang kad ini bila nilainya banyak

Kad ATM Bank Islam - Aku sayang kad ini bila nilainya banyak

Kad hutang Maybank – Aku benci kad ini bila nilainya banyak

Kad hutang HSBC – lom penah guna. Itu ari ada awek cun datang promosi kat opis. Wangi giler awek nie. Aku syak dia baru jer sembur perfume sebelum masuk bilik jumpa aku. Disebabkan aku tak nak berfantasi macam-macam, aku isi jer borang permohonan tu.

Kad Bonuslink
– aku simpan cita-cita, kalau point aku dah banyak nanti, aku nak tebus ngan BMW 7 series…

Kunci kete (spare punye)
– penah masa keje Penang, kunci kete aku hilang. Malam tu jugak, aku amik bas balik KL semata-mata nak amik kunci spare kat rumah. Ini kira belajar dari pengalaman la nie…

Kad akses pejabat- antara kad yang berjasa saban hari kecuali hari cuti

Kad kuasa kerja – antara kad yang selalu ditinggalkan kad awek jaga setiap kali cuba dapatkan pas masuk di pejabat/ bangunan tertentu

Kad nama – salah satu sumber rujukan no fax dan alamat opis masa aku kat luar

Transaksi bayar pinjaman kereta bulan lepas punya – untuk kemudahan aku ingat no akaun pinjaman kereta. jangka hayat kertas transaksi nie ada dalam dompet aku adalah satu bulan, akan digantikan dgn kertas transaksi baru. Biasalah, habis madu sepah dibuang

Gambar aku masa kechik
– harta berharga dalam dompet aku. Siapa sangka aku anak yang comel aka bulat aka montel suatu ketika dulu

4 keping setem 3 kupang – aku syak setem nie lebihan masa aku beli secara pukal untuk pos kad kawen dulu..

Kalender poket 2008 – aku baru tau hari nie aku ada simpan kalender poket dalam dompet

* Aku ada satu tag lagi belum dijawab..nanti yer..

9 ulasan:

antalya berkata...

ahah terkurang satu..pics isteri tersayang

Lily Abdullah berkata...

Salam,

Woo..Encik Kemat kita ni sayang kad berduit jer ye...awek yang berkorban segala tak sayang ke?

ps: sebijik macam lelaki kak Lily. Kad duit tu dia sayang time gaji masuk je. :)

Kemat berkata...

yun:
pics isteri dalam hati..

waterlily:
kad duit time gaji masuk la paling bererti ..heheh..
aweks yg berkorban segalanya untuk kita mestilah jadi keutamaan...

Cik Keju berkata...

tahniah kerana berjaya menyiapkan kerja rumah ini. 7.77/10! hehehe...

*suka ati aku je bg markah.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha..rupanya orang lelaki ni, boleh tahan jugak isi perut dompetnya yerk!

Ingatkan orang pempuan jer...! ha ha ha ha!

Intan and The Boys berkata...

hehe..
awat pics si isteri nggak ada?
kite pon benci kalau kad utang ada balance banyak. terus rasa nak shopping! huhuhu...

achik berkata...

"Kunci kete (spare punye) – penah masa keje Penang, kunci kete aku hilang. Malam tu jugak, aku amik bas balik KL semata-mata nak amik kunci spare kat rumah. Ini kira belajar dari pengalaman la nie…"

uish, kena buat gak la camni.. bahaya!! ;)

izinni berkata...

gambor mak pak hang takda? hehehhe

Kemat berkata...

cikin:
aiseh..kenapa tak dapat A nie (cheh..dah hantar lambat nak A pulak aku nie)

chentahati:
dompet kamu.. apa ada

puterikure2:
patahkan jer kad hutang tu..heheh

achik:
elok sangat2 tu

izinni:
dalam hati