Khamis, Mei 22, 2008

Merah Suka Biru Duka

Penyokong kipas susah mati MU tentu senyum bangga hari ini. Walaupun terpaksa datang kerja dengan mata yang merah, mereka puas dan tak sabar-sabar nak bercerita tentang kenangan manis awal pagi tadi. Atau ada yang cuti, amik MC ganti tidur di siang hari.

Untung aku sokong Liverpool, boleh tidur lena malam tadi. Lagipun rumah flat aku tiada Astro. Tak de kuasa aku nak menapak ke kedai mamak semata-mata nak tengok MU robekkan hati penyokong Chelsea.

Subuh tadi, awek Che'gu bagitau ada 2 sms aku terima. Aku suruh tengokkan dari sapa. Nik dan Muz katanya. "Oh.. sudah tentu MU yang menang" kata aku dengan yakin tanpa menyuruh pun awek Che'gu membacanya.

Aku harap Anelka dan Terry tak terima peluru hidup nanti.


p/s : Jom sokong Kedah. Pertahankan Piala Malaysia dan Piala FA.

4 ulasan:

Cik Keju berkata...

mujur aku xminat bola. aku sokong maner yg menang je. hahahaha...

CikguZue berkata...

sama la cikgu. tak sokong mane2. tidur pun terlebih lena. hehehe

Miss Reen berkata...

hye..saya singgah..
bingit tol kan pagi tadi..
duhhh... mao tido pun susah...
saya penyokong liverpool..
so, game pagi tadi tak tgk pon..

Kemat berkata...

cikin:
senang dan selamat...

cikguzue:
anak murid ada yg ponteng kelas tak keesokannya

heartless devilish:
kita serupa..You'll never walk alone