Selasa, Mei 27, 2008

Love is Cinta

Opppss…. Hampir terlupa. Ada lagi kerja rumah yang belum diselesaikan. Ya, adik-adik, seeloknya kerja sekolah diselesaikan di awal cuti, barulah boleh bercuti dengan hati yang senang. Tidaklah diakhir nanti kelam-kabut nak selesaikan.

Aku kena tagged. Ada la suatu ketika dulu. Dengan aweks nie. Orang Melayu, dijual pantun harus dibeli. Ada yang mengajak belanja makan, jangan ditolak rezeki.

Soalnya berkisar tentang cinta. Mudah. Sebab aku kan raja percintaan. Hahaha. Susahnya soalan dalam bahasa omputeh. Ilmu chenta dalam omputeh aku cuma belajar “I love you”.

1. What does true love mean to you?
Percaya, memahami dan bertanggungjawab.

2. How do you know you're really in love?
Bila kita perlukan seseorang untuk berada di sisi hanya untuk menemani. Biar tanpa bicara kehadirannya menenangkan jiwa.

3. How many times in your life have you fallen in love?
Kamu maksudkan cinta monyet, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta tak kesampaian. Barang yang lepas usah dikenang.

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
Tidak. Cinta selalunya menenangkan.

5.Do you feel love and physical attraction are the same thing?
Jujurnya soalan ini kurang difahami. Tidak, adalah lebih dekat dengan pemahaman ini.

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
Sudah pasti.

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
Bila sudah kemaruk cinta, sukar untuk orang lain menjadi hakim pada jalan yang dipilih. Namun tidak bererti segala nasihat dan panduan yang diberikan dibiarkan begitu sahaja. Kebanyakannya kita menerima apatah lagi yang memberi tunjuk ajar mereka yang kita hormati, cuma bukan dengan tergesa-gesa. Entahlah kerana cinta atau ego sebenarnya.

8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
Kadang-kadang kita tak berpeluang memiliki sepenuhnya yang kita cintai.

9. Would you give up something you want for someone you love?
Yang membahagiakannya itu yang diutamakan.

8 ulasan:

Cik Keju berkata...

ntah. aku xtau la bercinta² ni. berkasih sayang aku tau la. ekekekek.. :p

ns berkata...

ahah..dah tau cinta ecik kemat :p

kingbinjai berkata...

ha ha apada kene tag juga!

akirasuri berkata...

Cinta tu apa?
He he he..

Kemat berkata...

cikin:
aha..yer ker

gdiz:
menjawab soklan kamu tak

kingbinjai:
lama tak nampak dude

akirasuri:
nak berguru, bawak mai ayam panggang satu..err tukar KFC lah..

antalya berkata...

'Bila kita perlukan seseorang untuk berada di sisi hanya untuk menemani. Biar tanpa bicara kehadirannya menenangkan jiwa'

sy sedang mencuba utk jd seseorang spt itu. adakah sifatnya lelaki tidak suka kan pompuan yg talkative?

Kemat berkata...

yun:
tidaklah kami tidak menyukai sepenuhnya jika pasangan talkative, cuma adakalanya kami hanya perlukan senyuman kamu untuk menceriakan hari kami. Dalam keresahan, diam adakalanya yang terbaik.

Aku Comel berkata...

takut hendak bercinta..
sudah patah hati..
hehehe..

tp cinta itu adalah anugerah.
pabila sudah bertepuk dua belah tangan...
jaga lah perhubungan itu baik-baik..
kan kan kan.