Jumaat, April 18, 2008

Lari

Man tanya aku. Dah bersedia ke nak berlari.

"Lari"

"Larian BHP Orange 9km"

Kasut dah ada. Baju dah ada. Stamina. Selalu pegi balik keje aku kena panjat tangga kat rumah flat kami. Kira dah bersenam la tu.

"Tak cukup". Kata Man dia berjogging setiap kali petang pulang dari kerja. Juga dihujung minggu.

"Kita mesti practice berlari atau jogging, baru tak semput" hujah Man.

Ahad. 13 April 2008. Jam 7 pagi. Aku tunggu Man kat depan The Curve, Damansara. Tak nampak pulak kelibat dia. Aku sms Man.

Man balas. Ikut SMS. Jam 11 pagi. "Mat, maaf. Aku lupa nak practice bangun awal pagi di hari Ahad"
Man kata, dia tak sanggup lepaskan peluang tidur lepas Subuh di hari minggu. Bessttt...giler..

Semua orang letih bila berlari, tapi tak perlu la meletihkan orang lain nak kutip sampah yang kamu buang tu kan....


Inilah sebab aku tak menang. Atau berada di kelompok hadapan. Aku patuhi undang-undang jalan raya. Kena kurangkan kelajuan di sini.



Cenderhati dan sijil.

14 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Hhhaahahha nak bangun awal pun kena berlatih ek?

Tanpa Nama berkata...

heheheh.. klu lari ikot panduan jalan raya bile nak menang nye wehh.. haha

blackpurple @ jowopinter berkata...

Cayalah dude...!

Ted berkata...

at least dapat juga sijil//hehehehe

en_me berkata...

me pun teringin banget nak join larian gittewww.. tp nk bangun pagi pun x larat.. ahaha

Tanpa Nama berkata...

Syabas. Anda memang patut dapat sijil sebab mematuhi papan tanda jalanraya.
Hampehh... pernah ker kau duduk dalam kelompok yang terkehadapan.

Tanpa Nama berkata...

mak cik suka jugak masuk larian ni tapi selalunya ari cuti dan start awal pagi. cuba cadang kat penganjur buat 2 kategori, satu utk yg bangun awal, satu lagi jam 11.00 am utk yg bangun lewat mcm kawat kemat- mak cik Anne.

Cik Keju berkata...

bagus sungguh en kemat ini. bersemangat. semangat lebih sebab aweq che'gu teman kot eh? hehehe.. :D

Tanpa Nama berkata...

hisy x baik la tidur semula lepas subuh =)

Mak Su berkata...

aku nampak tu orang berlari-lari tu.

Tanpa Nama berkata...

lain kali kalau ada aktiviti macam ni ajak ler aku sekali.

Layla Haq berkata...

Saya selalu bangun pagi. Even sabtu dan ahad. Bukan sebab nak berjoging tapi nak berdamping dengan berkat dan rahmat. Itu pesan mak yang tak mampu saya elak.

Pesan pada Man, mulai hari ini berlatihlah sengkang mata selepas subuh. Dia akan rasa bezanya.

Intan and The Boys berkata...

waaa...
joging uuuu..
bagusnye!

Kemat berkata...

azhar ahmad:
kena..kena..

qasiehfirdaus:
heheh

jowopinter:
tahun depan jom join

ted:
leh bangga tunjuk akt anak dah tua2nanti

en mee:
salam kenal.. hahha

mazudi:
syyyy...

mak cin anne:
kul 11 dah panas, malas lak nak lari nnti

saad:
roger..

cikin:
awek che'gu dok tunggu kat umah jer

bayan:
ya..kami akan cuba

puterikure:
amalkan hidup sihat