Khamis, April 10, 2008

Hatiku Bukan Kristal

Lama tak posting gambar kat sini. Kebetulan masa aku tgh kosongkan memory card kamera aku, baru terperasan ada amik gambar pergi jalan2 kat Ganu masa cuti sekolah bulan 3 baru nie. Mungkin terlambat tapi tak kisahlah.
Dulu pegi Terengganu mesti orang tanya " Gi tengok penyu bertelur tak". Sekarang sibuk pakat tanya pasal Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristalnya. Jadi, TTI aku jadikan sebagai salah satu destinasi yang mesti dikunjungi selepas Pasar Payang.


Inilah Masjid Kristal. Aku tahu korang semua dah biasa tengok. Dulu, hari2 keluar tivi dan surat khabar pasal masjid nie. Sebelum orang pakat2 buang kertas dalam tong lutsinar. Cantik. Tapi aku rasa cam lebih layak panggil Masjid Kaca jer...entah.. mungkin aku tak tahu bezakan kaca dan kristal... rumah flat aku tak der lak barang2 kristal..

Gambar nie sedikit membuatkan diri aku musykil. Dan tertanya-tanya. Rasanya tempat nie dah dirasmikan dan dibuka untuk lawatan, tapi masih ada kerja-kerja yang belum diselesaikan.




Atau sebenarnya pameran ini dibuka untuk pelajar kejuruteraan awam. Juga yang nak berjinak-jinak dalam dunia kontraktor.


"Cheh... tak siap lagi la nie" marah awek Che'gu. Kami datang jauh2 setelah mendengar perkhabaran di media arus perdana akan keajaiban di taman ini. Mujur hatiku bukan kristal. Kalau tidak sudah tentu hancur berderai apabila hasrat tak tercapai.


Mujur papan tanda ini jujur menceritakan apa yang berlaku.

Alang2 dah sampai, pusing jugaklah. Tengok monumen2 masjid. Ada yang dah siap. Ada yang sikit lagi nak siap. (aku guna ayat promoter kat saner)






Maaf. Tak diletakkan replika dari masjid mana. Kertas catatan tempoh hari hancur dalam mesin basuh yang baru kami beli.

Akhir sekali...

Aku tak tahu kaitan replika masjid dengan mainan nie. Tapi benda nie ada sekali.

Nota : Gambar ini diambil masa cuti sekoalh bulan 3 yang lalu. Sekarang nie mungkin dah siap. Aku tak tahu. Tanyakan pada MB Baru kamu.

13 ulasan:

GDIZ berkata...

Banyaknya Masyid. Tiap2 minggu mesti org2 kat terpikir, mana satu nak pegi.

mamaranggie berkata...

bende tu boleh naik ke?(kincir!)

nasazfrog... berkata...

nak sgt tgk masjid kristal tuh..

achik berkata...

ala lak tersesat unsur2 funfair kat situ ek.. ;p

Pa'chik berkata...

menurut kata, bulan nam ni baru siap sepenuhnya..

perasmian hari tu dibuat.. untuk pru 12..

gdiz, kalau orang tu bersaiz budak umo dua tiga tahun.. buleh lah...
ekekek...

kingbinjai berkata...

dengar dengarkatanya masjid kristal tak dibenarkan bersembahyang di dalamnya ya?

Tyra berkata...

harap2 tak jadi masjid pertama dlm dunia yg hanya sekadar hiasan.

puterikurekure berkata...

dengar2, kiblat masjid ini dah tersalah ye?

hanya bertanya saja.

amieiezam berkata...

tak siap lagi sepenuhnya, saya menetap di KT...bukan anak negeri

dah dekat 5-6X juga ke situ...dah solat pun disitu alhamdulillah. ok takder larangan..datanglah melawat.

tapi memang tiada solah jumaat kerana masjid tu tiada khariah.. dibuat untuk keselesaan orang ramai yang akan berkunjung ke TTI.

Aku Bukan Bidadari berkata...

cantik eh masjid kristal tu..

cikin berkata...

lama dah aku xpegi ganu..

Pa'chik berkata...

Ngikut kamuih dewan
masjid
Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.

surau
tempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dll), langgar, madrasah; bagai bertandang ke ~ prb perihal bertandang ke rumah orang yg tidak memberi apa-apa kpd tetamunya, tidak mendapat apa-apa.


err.. nak kena panggil Surau Kristal je lah kot... huhuhu...

Dhani berkata...

banyak tul dengar citer tak elok tentang masjid ni. dengar citer jugak masjid ni akan muncul muka "seseorang" kalo diperhati betul-betul.eeeeeee takut!!!! hehehe. :p