Gambar nie sedikit membuatkan diri aku musykil. Dan tertanya-tanya. Rasanya tempat nie dah dirasmikan dan dibuka untuk lawatan, tapi masih ada kerja-kerja yang belum diselesaikan.
Atau sebenarnya pameran ini dibuka untuk pelajar kejuruteraan awam. Juga yang nak berjinak-jinak dalam dunia kontraktor.
"Cheh... tak siap lagi la nie" marah awek Che'gu. Kami datang jauh2 setelah mendengar perkhabaran di media arus perdana akan keajaiban di taman ini. Mujur hatiku bukan kristal. Kalau tidak sudah tentu hancur berderai apabila hasrat tak tercapai.
Mujur papan tanda ini jujur menceritakan apa yang berlaku.
Alang2 dah sampai, pusing jugaklah. Tengok monumen2 masjid. Ada yang dah siap. Ada yang sikit lagi nak siap. (aku guna ayat promoter kat saner)
Maaf. Tak diletakkan replika dari masjid mana. Kertas catatan tempoh hari hancur dalam mesin basuh yang baru kami beli.
Akhir sekali...
Aku tak tahu kaitan replika masjid dengan mainan nie. Tapi benda nie ada sekali.
Nota : Gambar ini diambil masa cuti sekoalh bulan 3 yang lalu. Sekarang nie mungkin dah siap. Aku tak tahu. Tanyakan pada MB Baru kamu.
13 ulasan:
Banyaknya Masyid. Tiap2 minggu mesti org2 kat terpikir, mana satu nak pegi.
bende tu boleh naik ke?(kincir!)
nak sgt tgk masjid kristal tuh..
ala lak tersesat unsur2 funfair kat situ ek.. ;p
menurut kata, bulan nam ni baru siap sepenuhnya..
perasmian hari tu dibuat.. untuk pru 12..
gdiz, kalau orang tu bersaiz budak umo dua tiga tahun.. buleh lah...
ekekek...
dengar dengarkatanya masjid kristal tak dibenarkan bersembahyang di dalamnya ya?
harap2 tak jadi masjid pertama dlm dunia yg hanya sekadar hiasan.
dengar2, kiblat masjid ini dah tersalah ye?
hanya bertanya saja.
tak siap lagi sepenuhnya, saya menetap di KT...bukan anak negeri
dah dekat 5-6X juga ke situ...dah solat pun disitu alhamdulillah. ok takder larangan..datanglah melawat.
tapi memang tiada solah jumaat kerana masjid tu tiada khariah.. dibuat untuk keselesaan orang ramai yang akan berkunjung ke TTI.
cantik eh masjid kristal tu..
lama dah aku xpegi ganu..
Ngikut kamuih dewan
masjid
Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.
surau
tempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dll), langgar, madrasah; bagai bertandang ke ~ prb perihal bertandang ke rumah orang yg tidak memberi apa-apa kpd tetamunya, tidak mendapat apa-apa.
err.. nak kena panggil Surau Kristal je lah kot... huhuhu...
banyak tul dengar citer tak elok tentang masjid ni. dengar citer jugak masjid ni akan muncul muka "seseorang" kalo diperhati betul-betul.eeeeeee takut!!!! hehehe. :p
Catat Ulasan