Rabu, April 16, 2008

Beras

“Beras dah abis” bagitau awek che’gu.

Aku yang baru saja keluar dari bilik air sedikit tersentak. Diam seketika sebelum kembali menyambung kata-kata. “Eh, macam mana pulak boleh habis. Kerajaan dah kata bekalan mencukupi”

“Itu peringkat nasional. Nie beras kat rumah dah tak der nie”

Aku kembali terdiam. Kalau tak der beras nak makan aper pulak malam nie. Nak makan kat luar pun, duit kat dompet tinggal beberapa keping jer. Itu pun yang kaler biru. Malas pulak nak pegi cari ATM malam-malam nie.

Soal beras tiada bukan perkara yang boleh dipandang remeh.. Bila dah lapar sebab tak makan, orang akan jadi lebih cepat marah. Atas alasan nak cari makan, kita sanggup lakukan apa saja. Mungkin kerana kita dah biasa hidup mewah dengan makanan. Di negara orang, ada yang mati kebuluran tak makan. Di negara sendiri, ada yang sakit berpunca dari pemakanan.

Macam tak percaya. Rasanya aku masih ingat pelajaran Geografi dahulu. Akan makmurnya negara ini dengan limpahan hasil pertanian. Padi diusaha secara meluas di beberapa negeri.

Mungkin kerana perubahan corak hidup dan sosio ekonomi. Tiada lagi yang mahu turun ke bendang. Kalau berselut pun, cuma kanak-kanak yang sibuk mencari ikan laga. Apakah kerana pagar yang makan padi, bekalan yang dicari semakin kurang hari ke hari.

Dalam kebingungan, aku terima SMS.

“Balik rumah jap malam nie. Ada sedara datang dari Baling” tulis mama.

“Jom” kata aku pada awek che’gu.

“Mana”

“Beras takder. Tak leh masak. Kita makan kat luar”.

* Malam tu, kami makan kat rumah mama jer. Alah..setakat 4 km jer jarak rumah kami. Bukan jauh pun.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duit banyak-banyak kepung dalam bank nak buat apa bang..

ns berkata...

Orang kata jangan bagi beras dalam rumah putus. Maknanya sentiasa adalah walaupun bakinya sedikit.

Bila dekat dengan rumah mertua @ mak sendiri,biasalah selalunya akn dpr sms berbunyi'

'Datanglah mkn mlm kat sini'..
'Jom ramai2 mkn luar mlm ni'..
'Minggu ni dtglah sini'..mkn2..

kan murah rezeki namanya tu..:)

Cik Keju berkata...

owh.. awek che'gu dah mengajar di sini ya.

*aku yg xde stok beras di rumah. :D

Korakora berkata...

tiada yg lagi bahaya daripada perut rakyat yg lapar.

Acaii Jawe berkata...

slm bro, akupun peliklah...sbnarnya byk disebabkan pembelian panikla..bila akhbar cakap beras kurang sume pakat beli beras byk2,huhu..aku masa tu pegi pasarraya ada org angkut beras 5kg tu sampai 5 bungkus,huhu...org2 camtulah yg buat beras kurang...

Tanpa Nama berkata...

salam,
setuju dgn faisal tapi media kita rasanya punca utama masyarakat panik. Ini tidak...hari2 dok highlight benda tu jaaa. Panik la semua orang. Kes ni mcm kekurangan gula dan minyak dulu la.
Kesimpulannya media kena pandai la kawal cerita mcm ni...jgn dok nak sensasi semua berita.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh mengharukan

Kemat berkata...

neeziee:
nak pegi Mekah bang

gdiz:
murah rezeki kan

cikin:
aha

nazmi:
dalam maksud tu

faisal:
cepat melatah masyarakat kita nie

azriey:
:)

lola:
hmm...