Keputusan SPM akan diumumkan hari ini. 12 Mac 2008. Khabarnya seramai 6,247 calon dapat A dalam semua mata pelajaran. Tahniah.
Kata orang, keputusan SPM seakan satu titik penting dalam perjalanan hidup kamu. Ia akan menentukan kamu ke mana dan di mana. Jika kamu berjaya, jalan pilihan kamu terbentang luas. Cita-cita yang dimpikan sejak kecil semakin hampir didekati. Tak hairanlah SPM diberi penekanan oleh ibu bapa dan masyarakat.
Namun, jika kamu gagal, tak bermakna segalanya sudah berakhir kecuali kamu mengambil keputusan untuk berhenti. Dari terus melangkah dan berharap. Memang sukar. Kerana ia seakan begitu asing buat kamu. Masyarakat akan membuat penilaian ke atas pencapaian kamu. Tapi, janganlah kamu menghukum diri kamu. Atas kegagalan sementara ini.
Percayalah. Kejayaan masih ada. Jika kamu masih yakin dan berusaha.
(Nota: Keputusan SPM aku dulu tak sedikit pun membanggakan. Cita-cita aku hampir terkubur. Syukur. Walau tak segah mana. Aku masih mampu berdiri hingga ke hari ini. Moga peluang aku untuk mencipta dan meraih kejayaan di masa hadapan terus terbuka. Aku juga ingin kecapi kemenangan. Seperti mana yang kamu rasakan)
17 ulasan:
Kalau begitu ramai dapat semua A, agak2nyalah, kuota universiti kita cukup tak suatu hari nanti?
erk..aku plak terbalik. result SPM ok, result matric krg ok sket, result degree krg ok byk..
alahai...(-_-)
hmmmm
kita sumer sama
tp mau blaja kena la ikut merit
kalo bagus kita dpt la
kalo kurang bagus paham2 la
hmmm itu situasi skrg kankan janetkan
spm tak ok la...SPM je tak ok..tapi bukan K.O terus.Masuk STPM 4.00, masuk U kurang OK plak..haish..
pening
ooo kau amik spm rupanya ha ha ha
tiada noktah dlm proses pembelajaran kan?
to me, spm-stepping-stone to shift the future
usaha tu penting sebenarnya... kalau malas mmg tak kan berjaya... betul tak?
adik-adik buatlah pilihan bijak...kuor nanti nak jadi apa.
sebelum spm nak jadi loyer
lepas spm mcm nak jadi engineer
hahahah
last2 jadi cikgu tusyen..
tapi oklah aku bahagia
hurm.. sy seorang calon SPM 07. dgn keputusan math yang tak kredit. pada mula saya anggap sy sudah tidak layak untuk memohon untuk sambung pelajaran tetapi selaps sy baca entry tuan ni sy rasa sedar dan sy tekad dlm diri yang sy harus kuat untuk belajar semula walau bermula kembali dgn merangkak.
kemat..
kadang2 ada sijil setinggi gunung, kelulusan tinggi everest tak semestinya berjaya dalam kehidupan..
so apa2 pun bersyukur dengan apa yang ada..
Salam,
SPM adalah titik permulaan.
Ilmu tanpa iman tidak berguna.
jgn sesekali putus asa ya
Ya. SPM macam satu masa yang menetukan lorong mana yang kau kena ikut, dan lorong tersebut tu adalah warna hidup kau pada masa depan.
Tapi, ada pilihan lain jugak lagi untuk mereka yg terpaksa ambik lorong yang tak menyenangkan tu.
SPM bukan segala-galanya. Kalaupun secara akademik penuntut gagal, bukan bermakna akan gagal terus di dalam hidup.
SPM bukan noktah kehidupan...
azhar:
kena buat 1 universiti satu daerah la kot..
cikin:
hmmm..blog kamu kenapa..tak leh buka la
anonymous:
:)
ted:
:)
kingbinjai:
err..
peepa:
ya betul
nasazfrog:
aha
amiezam:
itu sebenarnya yang dicarikan..kebahgiaan
khairnaj:
saya benar2 mengharapkan tulisan saya ada manfaatnya
aku bukan bidadari:
ya..aku tetap bersyukur
bunga rampai:
:)
maksu:
harapnya tidak
mazudi:
aha
blackpurple:
betul dude
haireusof:
tanda koma jer kot..
tulisan tuan mmang membawa manfaat pada diri sy. Skrg baru sy sedar sy harus kuat untuk belajar. Kenangan SPm ni akan sy jaikan sebagai peringatan untuk terus berusaha untuk jadi yg tebraik. Doakan saya ye...
Catat Ulasan