Isnin, Mac 24, 2008

Ini Melayu Baru

Kata Tok Su, Melayu itu ada dua.

Pertama seperti Tuah. Taat setia menjunjung titah. Berkorban harta benda dan nyawa. Jiwa Melayunya jiwa hamba. Pantang sekali perintah diingkar begitu saja.

Melayu kedua Jebat gelarannya. Bukan orang lain, mereka bersaudara. Cuma Jebat berbeza jiwanya. Melayunya perlu merdeka. Perlu bebas. Menurut apa yang benar, membantah apa yang salah. Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah.

Lama Tuah dan Jebat menyelami kehidupan Melayu kita. Sehinggalah kini, timbullah satu lagi Melayu.

Melayu Baru, itu katanya. Mewakili sekalian rakyat jelata itu matlamat yang dicanangkannya. Benarkah. Mungkin. Tapi kepentingannya untuk siapa. Rakyat yang kamu perjuangkan atau habuan sendiri yang tak rela dilepaskan ke tangan lain.

Beraja di hati, bersultan di mata. Ku lihat sudah tiada jiwa hamba dihatinya.


Kalau dahulu, pantang kaum lain mempermainkan Sultan Melayu. Satu negeri diamukkan. Hari ini, Melayu jualah yang menolak Sultan.

Aku Melayu. Aku malu.

10 ulasan:

kingbinjai berkata...

well...

Cinta berkata...

salam..saya bukan melayu tapi saya tetap malu..biasalah melayu mudah lupa..bukan saya kata..mereka yang kata..sudah tukar ke? :p

cikin berkata...

erm..berani betul diorang menafikan kuasa sultan eh..xfaham..xfaham..

*sambil geleng kepala

neeziee berkata...

saya banjar..

haha..

Mak Su berkata...

atui ler

Pa'chik berkata...

oh.... pepatah melayu baru tuh... kalau melayu lama... beraja di mata, bersultan di hati... hahah...

err.. kalau yang tuhan suruh pun buleh diingkar... sultan... apa lah sangat...

13may berkata...

hmmm....hmmm...

Pegawai Khalwat berkata...

Hoh!

Jentayutiara berkata...

sedih...

kemat berkata...

king:
sapa MB negara binjai ..hehehe

cinta:
mereka benar2 dah lupa

cikin:
mereka terlalu taksub dgn kuasa

neeziee:
satu rumpun jugak tu

mak su:
:)

pa'chik:
aha..betul tu..perintah Tuhan lagi diingkar..inikan pula..

13 may:
oho

pegawai khalwat:
:)

jentayu tiara:
:)